Kuala Lumpur: Anak panda gergasi, Sheng Yi dan Yi Yi bakal dihantar pulang ke China pada 29 Ogos ini bagi mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC).
Kementerian Sumber, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam satu kenyataan berkata, penghantaran pulang anak panda iaitu Yi Yi sebelum ini tertangguh kerana penutupan pintu masuk ke RRC akibat penularan pandemik Covid-19. Sebelumnya Kosmo! melaporkan China Cultural Centre Kuala Lumpur (CCCKL) dengan kerjasama Zoo Negara telah menganjurkan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-17 pasangan panda gergasi iaitu Xing Xing dan Liang Liang bertempat di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP), Zoo Negara pada Rabu. Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) NRECC, Abdul Wahid Abu Salim, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Pejabat Kedutaan Republik Rakyat China ke Malaysia, Malaysia-China Chamber of Commerce dan Malaysian Zoological Society (MZS) turut hadir dalam sambutan ulang tahun pasangan panda terbabit.
Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-17, Xing Xing dan Liang Liang dilihat dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara habitat dan spesies hidupan liar terancam serta memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua negara. Terdahulu, kerajaan Malaysia telah dipinjamkan sepasang panda gergasi iaitu Xing Xing dan Liang Liang sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC) bagi tempoh 10 tahun pada 21 Mei 2014. Melalui hasil kejayaan konservasi ex-situ Malaysia, panda gergasi betina, Liang Liang telah melahirkan tiga ekor anak betina iaitu Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi. Anak pertama pasangan itu, Nuan Nuan telah dihantar pulang ke RRC pada tahun 2017, manakala Yi Yi dan Sheng Yi akan dihantar pulang pada 29 Ogos ini. Sumber: Kosmo! Online
|
clara_nur replied at 25-8-2023 03:49 PM
berapa negara china hantaq panda ni??
kt korea, netizen sana siap sedih sbb Fu Bao nak kena hantaq ...
supernaturalee replied at 25-8-2023 04:12 PM
x sure berapa
x rajin plk nk baca hbs2 dlm wiki
tp para2 awal tu menarik mata iol
dani-rox replied at 25-8-2023 04:17 PM
I mean, they're getting comfy with their world superpower ketuanan PRC. Kenapa bg free, kalau ko b ...
drivethru replied at 25-8-2023 08:09 PM
Tengok panda kat zoo negara tak puas. Rasa tak berbaloi. Tak dapat tgk dekat2. Panda pemalas macam k ...
putriTS replied at 25-8-2023 11:47 PM
Jadi..disewakan selama 10 tahun since 2014, tahun depan dah kena pulang la 2 ekor mak ayah panda ni? ...
Knowlee replied at 26-8-2023 11:00 AM
Oyen dan anak-anak beliau...
ADVERTISEMENT