CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15976|Reply: 16

Anak Panda Shengyi, Yiyi Pulang Ke China Selasa Depan

[Copy link]
Post time 25-8-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Anak panda gergasi, Sheng Yi dan Yi Yi bakal dihantar pulang ke China pada 29 Ogos ini bagi mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC).


Kementerian Sumber, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam satu kenyataan berkata, penghantaran pulang anak panda iaitu Yi Yi sebelum ini tertangguh kerana penutupan pintu masuk ke RRC akibat penularan pandemik Covid-19.






Sebelumnya Kosmo! melaporkan China Cultural Centre Kuala Lumpur (CCCKL) dengan kerjasama Zoo Negara telah menganjurkan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-17 pasangan panda gergasi iaitu Xing Xing dan Liang Liang bertempat di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP), Zoo Negara pada Rabu.


Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) NRECC, Abdul Wahid Abu Salim, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Pejabat Kedutaan Republik Rakyat China ke Malaysia, Malaysia-China Chamber of Commerce dan Malaysian Zoological Society (MZS) turut hadir dalam sambutan ulang tahun pasangan panda terbabit.


Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-17, Xing Xing dan Liang Liang dilihat dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara habitat dan spesies hidupan liar terancam serta memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua negara.


Terdahulu, kerajaan Malaysia telah dipinjamkan sepasang panda gergasi iaitu Xing Xing dan Liang Liang sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC) bagi tempoh 10 tahun pada 21 Mei 2014.


Melalui hasil kejayaan konservasi ex-situ Malaysia, panda gergasi betina, Liang Liang telah melahirkan tiga ekor anak betina iaitu Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi.


Anak pertama pasangan itu, Nuan Nuan telah dihantar pulang ke RRC pada tahun 2017, manakala Yi Yi dan Sheng Yi akan dihantar pulang pada 29 Ogos ini.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2023 03:49 PM | Show all posts

berapa negara china hantaq panda ni??
kt korea, netizen sana siap sedih sbb Fu Bao nak kena hantaq balik china..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang kalo xbalik, takut lupa asal usul sndr plak

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 04:12 PM | Show all posts
clara_nur replied at 25-8-2023 03:49 PM
berapa negara china hantaq panda ni??
kt korea, netizen sana siap sedih sbb Fu Bao nak kena hantaq  ...

x sure berapa
x rajin plk nk baca hbs2 dlm wiki
tp para2 awal tu menarik mata iol
back in 1941 till 1984 panda dr china diberi sajork sbg hadiah
later on baru disewakan
huh

dbwh ni ada cerita:
https://en.wikipedia.org/wiki/Panda_diplomacy

cc: @dani-rox
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 04:17 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 25-8-2023 04:12 PM
x sure berapa
x rajin plk nk baca hbs2 dlm wiki
tp para2 awal tu menarik mata iol

I mean, they're getting comfy with their world superpower ketuanan PRC. Kenapa bg free, kalau ko boleh paksa negara lain bayar kheenn
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 04:27 PM | Show all posts
elokla amik balik... tak pasal menanggung anak orang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2023 04:55 PM | Show all posts
dani-rox replied at 25-8-2023 04:17 PM
I mean, they're getting comfy with their world superpower ketuanan PRC. Kenapa bg free, kalau ko b ...

dkt 40 thn dh pun
rakyat2 je yg mengomel
pemimpin2 suci hati je nk
ni yg thn dpn so far xde lg bunyi nk renew ke caner



Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok panda kat zoo negara tak puas. Rasa tak berbaloi. Tak dapat tgk dekat2. Panda pemalas macam kak rosmah.
Tengok panda kat everland baru puas. Panda pun aktif.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 25-8-2023 08:09 PM
Tengok panda kat zoo negara tak puas. Rasa tak berbaloi. Tak dapat tgk dekat2. Panda pemalas macam k ...

Mungkin uols sesuai tengok Oyen je.

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai.. rasanya esok masih ada ka teruih simpan kat dlm?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 11:37 PM | Show all posts
Pelik juga kenapa di dunia ini cuma China sahaja yang ada binatang ini
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 11:47 PM | Show all posts
Jadi..disewakan selama 10 tahun since 2014, tahun depan dah kena pulang la 2 ekor mak ayah panda ni? Bangunan rumah panda dlm zoo negara tu nanti buat simpan apa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 11:00 AM | Show all posts
putriTS replied at 25-8-2023 11:47 PM
Jadi..disewakan selama 10 tahun since 2014, tahun depan dah kena pulang la 2 ekor mak ayah panda ni? ...

Oyen dan anak-anak beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sp2 pnh pg zoo negara akan rs habitat panda ni best giler. Ekon 24 hours. Bersih. Untung jd panda.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 12:55 AM | Show all posts
Knowlee replied at 26-8-2023 11:00 AM
Oyen dan anak-anak beliau...




Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sedih bethol tgk kt tt huhu..bengkak bijik mata sbb asik nngis..dh la dk tgk yg panda kena dera kt us tu....
pastu tgk nuan nuan tu mcm sedih je dk sana...
pastu i tgk panda yg nama yaya kt us tu kn berpisah ngn keeper dia 20 thn..bila daddy dia panggil masa p nk amek dia balik kt us tu dia cpt cpt p intai kt pintu..sho sad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 25-8-2023 03:49 PM
berapa negara china hantaq panda ni??
kt korea, netizen sana siap sedih sbb Fu Bao nak kena hantaq  ...


fu bao tu kazen nuan nuan ngn yiyi n sheng yi ni..bapak dorg sibling

sedih sbb comel comel mnja..net malaysia pun sedih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.188954 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list