|
Thailand : Hasrat seorang lelaki ingin membakar rumah jirannya terbantut apabila dia mengalami kecederaan parah akibat dijilat api ketika ingin menyimbah minyak petrol ke rumah tersebut. Memetik laporan Thaiger, kejadian yang berlaku di Chonburi, Thailand itu berpunca daripada ketidakpuasan hati seorang lelaki bernama Net Anantakul, 47, terhadap bunyi bising serta bau busuk yang datang dari rumah jirannya. Namun begitu, lain pula jadinya apabila Anantakul terkena simbahan petrol sekaligus membakar dirinya sendiri tanpa sengaja. Terkejut dengan kejadian yang menimpanya itu, Anantakul terus melarikan diri ke rumahnya dan mengalami luka di bahagian muka, lengan dan kaki.
Sementara itu jiran kepada Anantakul, Siriporn Homsaen yang terkejut dengan kebakaran yang berlaku terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak bomba bagi membantu memadam kebakaran. Sehingga ke hari ini, pihak polis melakukan siasatan dan masih belum ada kenyataan lanjut mengenai kejadian tersebut. - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.210842 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.