CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ibu Diabai, Anak Tukar ‘Sim Kad’ Elak Diganggu

22-8-2023 09:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8001| Komen: 5

Ibarat kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, namun seorang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.

Itulah perumpamaan tepat yang boleh digambarkan terhadap kisah seorang wanita yang diabaikan 12 orang anak sendiri.


Gambar yang dikongsi Mohd Nazryn di laman Facebook.

Kisah malang itu dikongsi oleh seorang individu yang dikenali sebagai Mohd Nazryn juga pemandu p-hailing menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Menurut lelaki itu, kisah tersebut diceritakan sendiri oleh seorang pelanggan yang kesal dengan tindakan anak-anak sering mengabaikannya.

“Makcik ni seorang ibu tunggal, ada 12 orang anak, semuanya sudah pun berumah tangga dan masing-masing dengan kehidupan mereka. Kebanyakan anak-anaknya semua jauh, tinggallah mak cik dengan cucu-cucunya yang terdekat sahaja.


“Dalam 12 orang anak, ada tiga orang anaknya yang tidak lagi mahu menegur dengan beliau. Ibarat tiga orang anak itu menganggap ibu mereka sudah tidak wujud lagi,” katanya.

Tambah Mohd Nazryn, ada diantara anak-anak wanita terbabit sanggup menukar sim kad supaya ibunya itu tidak dapat menghubungi mereka.

“Bukan mak cik mahu minta duit dengan mereka, mak cik cuma mahu dengar khabar mereka sahaja. Sampaikan mereka tukar sim kad supaya makcik tidak dapat hubungi mereka lagi.

“Biar pun mereka buat makcik begitu, mak cik sentiasa doakan yang terbaik untuk semua anak-anak mak cik. Semoga suatu hari nanti mak cik dapat berkumpul semula dengan mereka,” luah wanita itu kepada lelaki tersebut. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 23-8-2023 09:17 AM
Mesti makcik tu suka ngumpat anak yg 3 org tu dgn anak yg lain. Tu sbb depa berjauh hati - kataku menuduh yg bukan2 terhadap makcik itu
Quote orangbiasaje 23-8-2023 10:19 AM
Persoalannya..waktu 3 anak2nya tu dibesarkan, adakah mereka juga dilayan seperti tak wujud? Yelah, sampai 12 anaknya, biasa ada yang akan terabai. Lazimnya perangai mereka bila besar dibentuk drpd bagaimana mereka dibesarkan juga.

Ada kawan sis, hidup sampai mental disebabkan mak dia bersifat narcissist dan bipolar sepanjang dia membesar, justeru bila dewasa, demi tak jadi anak derhaka + tak mahu mental lagi, dia amalkan NC (no contact). Cuma sekrg sedara-mara dia pun mcm pulaukan dia, sbb mak dia , bila tak berjaya suruh anak jaga dia secara ugutan, buruk2kan dia kat relatives.
Quote Zeatyisaac 23-8-2023 04:28 PM
I ada tonton satu drama ni. Bukan Malaysian. SI ibu bencikan si anak, dan SI anak pun bencikan si ibu. Bila dewasa, si anak tukar no. phone, konon taknak ada contact dengan so ibu. Satu hari kawan dia pregnant, dan awal trimester tu, kawan dia macam kain buruk, lembik. Lepas tu kawan dia cakap kat dia, bila dia jadi ibu, dia rasa ibulah anugerah yang terindah. Sanggup menahan siksa sepanjang pregnant dan sakitnya bersalin. Kawan dia nasihatkan dia, kalau ibu tak berubah, anaklah kena berubah. Itu bukan sekadar hubungan dunia, tapi itu hubungan Syurga. Dia berubah dan cuba mengambik hati ibunya walau sebenci manapun ibu dia padanya, kerana dia anak yang tidak diingini, namun ibunya tidak membuang dia.
Quote Lagubestbest 23-8-2023 04:39 PM
alah.. ada lagi 9 "yang menjadi". mmg tu pun tujuan beranak ramai kan?
Quote conceptwrite 23-8-2023 07:00 PM
Lepas tu kawan dia cakap kat dia, bila dia jadi ibu, dia rasa ibulah anugerah yang terindah. Sanggup menahan siksa sepanjang pregnant dan sakitnya bersalin. Kawan dia nasihatkan dia, kalau ibu tak berubah, anaklah kena berubah. Itu bukan sekadar hubungan dunia, tapi itu hubungan Syurga. Dia berubah dan cuba mengambik hati ibunya walau sebenci manapun ibu dia padanya, kerana dia anak yang tidak diingini, namun ibunya tidak membuang dia. Assignment Writing Service

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.028890 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top