CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tutup Enjin Dan Berkunci- Tergamak Tinggalkan Anak Dalam Kereta Tengah Panas Selama 40 Minit, Muka Dah Pucat

25-8-2023 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27302| Komen: 44

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak ditemui lemah selepas didakwa ditinggalkan penjaganya selama hampir 40 minit di dalam sebuah kenderaan berkunci.

Mnerusi perkongsian Di Twitter, kanak-kanak tersebut ditemui oleh orang ramai yang lalu-lalang dalam keadaan lemah dan berpeluh-peluh.


Malah, menurut video sama, kenderaan tersebut juga diparkir di tengah panas.


Foto: twitter

“Tinggalkan anak dalam kereta tengah panas macam ni? Sudahlah tutup enjin, kereta berkunci, tingkap pula buka sedikit sahaja. Muka pun dah pucat.

“Hampir 40 minit saya tunggu di situ tetapi tidak ada sesiapa pun yang datang. Akhirnya, saya minta tolong orang ramai untuk pecahkan cermin dan bawa dia ke klinik,” katanya.

Menurut pengguna tersebut, kanak-kanak tersebut kini dalam keadaan selamat dan sudah mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, keberadaan penjaganya tidak dapat dipastikan.


Meninjau ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa marah dan kecewa atas tindakan tidak bertanggungjawab penjaga kepada kanak-kanak tersebut.

“Boleh buat laporan polis ni. Ini dah dikira pengabaian terhadap kanak-kanak,” kata Riesna.

“Budak tu selamat tak? Saya harap awak buat laporan polis. Kasihannya, tak sanggup nak tengok keadaan dia,” kata seorang pengguna.

“Saya duduk dalam kereta lima minit pun dah sesak nafas apatah lagi 40 minit,” kata seorang lagi pengguna. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 25-8-2023 08:02 AM
Ni mesti kes terlupa ada anak kat belakang.
Quote manehnya 25-8-2023 08:57 AM
teruk benar laaa... sampai berpeluh2 budak tu, tingkp pun x buka, apa ke benak nya parent tu, mkn ketom ke

apa jd kt budak tu the end? cerita sekerat
Quote Tinot7 25-8-2023 09:11 AM
Mak pak mana? Lupa anak kat blakang ka?
Quote ally9970 25-8-2023 09:23 AM
Jom kita teka, mak ke bapak yg tinggalkan anak tu kat belakang kereta...
Quote laksmanabentan 25-8-2023 09:26 AM
airfilterkotor replied at 25-8-2023 08:02 AM
Ni mesti kes terlupa ada anak kat belakang.

xde nya terlupa uollss... sbb tingkap tu di buka sikit tu...
maybe dia ingat dia boleh settlekan kejap jer tu...
ehh tahu2 lama ler pulakkkk....
dia pun mesti risau juga tu....
Quote blue_blur 25-8-2023 09:28 AM
harap dia pecah kan cermin depan untuk buka pintu tu, walaupun budak tu dah agak besar reti untuk buka kan lock pintu kereta.
Quote shernazz 25-8-2023 10:01 AM
Pecahkan aje...
Senang...
Harga yang perlu dibayar selepas tinggal Anak
Anak Mati
Boleh buat Anak lagi
Quote bulanbulat 25-8-2023 10:05 AM
Orang yg tunggu pun sedikit bodoh. Tak payah la tunggu sampai 40 minit..
Quote black_handbag 25-8-2023 10:07 AM
bulanbulat replied at 25-8-2023 10:05 AM
Orang yg tunggu pun sedikit bodoh. Tak payah la tunggu sampai 40 minit..

kan. pelik aku. dia tgu budak tu pengsan dulu kot baru nak pecahkan
Quote airfilterkotor 25-8-2023 10:26 AM
laksmanabentan replied at 25-8-2023 09:26 AM
xde nya terlupa uollss... sbb tingkap tu di buka sikit tu...
maybe dia ingat dia boleh settlekan k ...

Entahlah. Banyak kali dah jadi macam ni.
Ada yg lupa... ada yg tinggal sekejap masuk kedai... macam-macam perangai.

Tu nasib baik la cermin tak gelap.
Quote black_handbag 25-8-2023 10:46 AM
traumaaku tgk video budak ni berpeluh2 kat ig.. kesian dia gelisah pusing kiri kanan berpeluh lencun. klu aku lama dah mntk tlg org pecahkan cermin kereta tu bkn rakam jelah tgu smpi 40 mnt
Quote elnor_81 25-8-2023 10:57 AM
Mustahil tertggl. Aku rse dia igt urusan kejap je. Tu tggl. Eh..paler bana laaa!  
Quote tri-max 25-8-2023 11:08 AM
mungkin otak parent tertinggal kat rumah
sbb kalut cari kunci kereta
hidup ini keras dik
lebih keras kalau dapat parent hansuang mcm ni
outsider lagi prihatin dr kuarga sendiri

Quote Thunderclouds 25-8-2023 11:15 AM
Kalo ikot logik akal.
Besar tu dh reti bahasa & kalo disuruh bukak kunci dia bole buat.
Tp xto la kalo mak dia pesan jgn bukak kt stranger.
Quote gadis_tulip 25-8-2023 11:15 AM
Nie boleh charge pengabaian kanak2 kan?

Teruk betul la sape suka tinggal anak2 dalam kereta.
Quote laksmanabentan 25-8-2023 11:29 AM
airfilterkotor replied at 25-8-2023 10:26 AM
Entahlah. Banyak kali dah jadi macam ni.
Ada yg lupa... ada yg tinggal sekejap masuk kedai... maca ...

sama ada singgah kejap pergi Bank... tapi ehhh sampai Bank ramai orang ler pulak... addoii...

atau nak beli barang kejap... ehh tiba2 tak jumpa pulak barang tu.. lps tu nak bayar, laaa pehal la pulak ramai orang nih....

gitu la uoollss....
Quote krustykrab 25-8-2023 11:41 AM
elnor_81 replied at 25-8-2023 10:57 AM
Mustahil tertggl. Aku rse dia igt urusan kejap je. Tu tggl. Eh..paler bana laaa!

Kalau dia nk buat urusan kejap, takkn la tergamak tutup ekon bagai.
Rasanya mcm tertinggal, telupa la tu .

Takpe nt buat lg baby ramai ramai..apedehal. yg mati tu blh la buat video warwarkn nnt tunggu parents kt syurga sambil boh lagu sedih² sambil kutip sedekah.
Quote elnor_81 25-8-2023 11:53 AM
krustykrab replied at 25-8-2023 11:41 AM
Kalau dia nk buat urusan kejap, takkn la tergamak tutup ekon bagai.
Rasanya mcm tertinggal, telupa ...

Kang klo komen lebih2..ad yg kata. Dh takdir allah. Btul takdir allah. Tp ntah la..xleh terima la tggal anak. Sbb tu aku pastikan aku letak brg sebelah anak aku. Supaya aku akan alert ad org lain skali.
Quote raihaneem 25-8-2023 01:46 PM
manehnya replied at 25-8-2023 08:57 AM
teruk benar laaa... sampai berpeluh2 budak tu, tingkp pun x buka, apa ke benak nya parent tu, mkn ke ...

Tingkap bukak sikit.
Jd mmg bukan kes tertinggal la ni...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.076876 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top