Moscow: Seorang wanita di Nakhabino, Russia mendakwa dia ditumbuk di muka oleh seorang lelaki kerana memakai pakaian tidak sopan ketika berjoging, lapor laman berita RT semalam.
Menurut laman berita Pravda, penyerang tersebut tidak menyukai seluar pendek yang dipakai mangsa kerana didakwa terlalu singkat. Dalam kejadian itu, penyerang dilaporkan memegang tangan mangsa dan bertanya mengapa dia berlari dan berpakaian sedemikian. Tanpa menunggu jawapan daripada wanita itu, penyerang berkenaan terus menumbuk mukanya dengan kuat. Wanita itu menegaskan kepada RT bahawa dia tidak memakai pakaian ‘provokatif’ dan hanya memakai baju-T dan seluar pendek ketika berjoging. Penyerang tersebut dikatakan terus mengejarnya tetapi mangsa sempat merakam gambarnya menerusi telefon bimbit.
Seorang pejalan kaki kemudian bertindak campur tangan dan cuba menjelaskan kepada lelaki itu bahawa gadis tersebut hanya keluar berjoging. Penyerang berkenaan kemudian menyatakan bahawa kaum wanita tidak boleh bersukan sebelum bertindak melarikan diri dari tempat kejadian. Pegawai penguat kuasa undang-undang berkata, suspek telah pun ditahan manakala beberapa laporan media tempatan menyebut lelaki tersebut sebagai warga Tajikistan. – Agensi Sumber: Kosmo! Online
|
ina_na replied at 25-8-2023 12:30 AM
Kat rumah aku ni sb COVID ade amoii awal2 jogging mmg pakai seseksi nye...setiap kali dia lalu apek2 ...
bottombikini replied at 24-8-2023 11:44 PM
tak yg deme ni pegi jogging pakai seksi2 utk ape sbnrnya
daya pecutan lebih kalo kurang pakai ...
FOTHER-MUCKER replied at 24-8-2023 10:40 PM
Dah boleh teka kaum mana sebelum baca
pet_ayut replied at 25-8-2023 07:49 AM
Sama lah jugak kalau sukan olimpik ape semua tu..tengok lah pompuan punye baju mcm pakai tupis je. ...
FOTHER-MUCKER replied at 24-8-2023 10:40 PM
Dah boleh teka kaum mana sebelum baca
ina_na replied at 25-8-2023 12:30 AM
Kat rumah aku ni sb COVID ade amoii awal2 jogging mmg pakai seseksi nye...setiap kali dia lalu apek2 ...
ADVERTISEMENT