CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Tahu Isu Nad, Tapi Pilih Untuk Berdiam’ – Marsha Milan

24-8-2023 02:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 39355| Komen: 81

Penyanyi dan pelakon Marsha enggan mengulas lebih lanjut berhubung isu yang sedang viral membabitkan rakannya, Nad Zainal. 

Tambahnya, dia memilih untuk berdiam buat masa ini.


"Maaf. Walaupun saya tahu tentang isu ini, saya pilih untuk berdiam. Harap maklum," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, pelantun suara ‘Kembali Terang’ ini mengakui bahawa dia terbayang wajah sahabat baiknya, Nad Zainal ketika bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM 37) yang lalu. 

Menurut Marsha, dia hampir mengalirkan air mata tatkala berkongsi momen sedih sewaktu dirinya melawat Nad Zainal di hospital.

Tambah Marsha, dia belum mempunyai masa untuk bertemu dengan Nad Zainal selepas pelakon tersebut kembali sihat dan mendirikan rumah tangga. 

Ujar Marsha lagi, kali terakhir dia berjumpa dengan Nad ketika pelakon ‘Cina Buta’ itu berada di Unit Rawatan Rapi. Pada masa tersebut, Nad tidak sedarkan diri.



"Saya tak jumpa dia sejak dia sedar dari hospital sehinggalah sudah berkahwin. Kami tak sempat jumpa. Saya gembira dia dah bahagia. Kami masih berhubung. Plan nak jumpa dah 5 tahun tapi tak jumpa-jumpa," katanya.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan, Marsha dan Nad Zainal masih ‘follow’ antara satu sama lain di Instagram.

Terdahulu, tindakan pelakon Nabila Huda meninggalkan komen pada sebuah video temu bual aktres Nad Zainal telah mencuri perhatian netizen, baru-baru ini. 

Bukan itu sahaja, Nabila turut menegaskan dia sama sekali tidak pernah kenal dengan aktres Nad Zainal yang dulu pernah menjadi kawan rapat.

Malahan Sharifah Sakinah turut memberikan kenyataan menguatkan lagi dakwaan isu bermasam muka yang timbul.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 24-8-2023 03:08 PM
Pada aku respon paling baik mcm si syerry tu atau pilih diam je.....itu kawan baik kau kalau dia pilih hilang dari radar pon tak payah menggelupor nak perli kat socmed ke hape...cukup kau tgu je senyap2 kalau dia ingat nak cari kau jumpe jugak nanti kalau tak biarje lah dia dgn hidup dia.....maybe lepas ni dah tak sama mcm dulu at least antara kau je yg tau.....
Sebab tu bila kita tolong org jgn harapkan sekelumit pon balasan...waktu dia tak sedar tu memasing pon dah dpt limelight kan? Dah feel good kan dapat tolong? Cukupla.....pasal baki duit kumpul tu aku tak rase dia songlap pon.. dah memang keperluan duit tu takkan berenti takat dia keluar hospital...lepas keluar pon lagi kena pakai duit sesapa yg masuk hospital pon tau.....
Quote OsHiN_hOnEy 24-8-2023 03:14 PM
kotakominami replied at 24-8-2023 03:08 PM
Pada aku respon paling baik mcm si syerry tu atau pilih diam je.....itu kawan baik kau kalau dia pil ...

sherry kata both busy dgn kerja
tapi sherry ada jer berhubung dgn mak bpk nad
sherry tu very diplomatic
yg boleh baca between the lines tu cuma nad dan laki dia jer
but obvious kot, dgn mak bpk kawan baik boleh jer berhubung
tapi dgn kawan sendiri takda masa?
and perlu ker sherry mentioned tentang aksi derma kilat yg kawan2 nad dah buat for her?

tu semua baik punya perli dlm nada tenang dan relaks
abil mmg lar very confrontation orgnya, tapi mesti dia terkesan betul
dgn tindakan nad dan laki sombong bongkak dia tu
Quote sleepandream 24-8-2023 03:35 PM
iols rasa kalau ada kawan iols buat iols gini... iols jenis si nabila...
perli buat tak kenal dah...
asalkan tak gang up mengutuk si nad dalam live macam.......
Quote kucingitam 24-8-2023 03:43 PM
kotakominami replied at 24-8-2023 03:08 PM
Pada aku respon paling baik mcm si syerry tu atau pilih diam je.....itu kawan baik kau kalau dia pil ...

betul. Diamkan je, jawab no komen, sudah. dia taknak kawan, lantak dia. pasal sumbangan tu, tak nampak mana isunya atapun aku tak ikut isu ni. yg aku tau dia masuk icu, lepas tu minta sumbangan. jadi kalau tanya mana pergi sumbangan tu tk patutlah, dah tentu la bayar ke hospital, kan? balance tu, dia guna lah, takkan kau expect dia bayar duit hospital, balance dia pulang balik kat kau? unless dia dah fully covered by insurans, tapi minta sumbangan juga, tu mmg melampau.
Quote lanacondor 24-8-2023 03:48 PM
Nasib la kerja bhgian hiburan. Gaduh abis semua org Tau. Jg mulut je la nad kalau ye Pon de trsa ati mn2. Kang kwn2 londeh aib abis mn ltk muka
Quote stania83 24-8-2023 04:12 PM
sherry punya reaction ialah yg paling islamic, matang dan democratic. dah tua tua pon nak gaduh apa..
Quote AkokKocik 24-8-2023 04:22 PM
Aku dh tertinggal ketapi ni, apa isu Nad sbenarnya??
Quote mrseller 24-8-2023 04:50 PM
This is smart. Jgn hentam kuat sangat nanti esok esok nak kawan balik noh —-lionel
Nusi, 2023—
Quote Lagubestbest 24-8-2023 04:52 PM
dah pungut derma atas nama si nad tu, kalau hukum islam haram kau nak amek walau sesen pun, semua nad punya lah.
Quote sayangselasih 24-8-2023 04:56 PM
Lagubestbest replied at 24-8-2023 04:52 PM
dah pungut derma atas nama si nad tu, kalau hukum islam haram kau nak amek walau sesen pun, semua na ...

takda sorang pun kawan kawan nad nk mintak balik duit sumbangan. or am i missing the boats?
Quote bankerpencen 24-8-2023 04:57 PM
Sampai sudah taktau apa yang jadi sebenarnya. Tapi iols tak minat pun nadjenal ni. Kena cancel ke apa ke lantak kau la. Bukan rugi pun kalau dia kena palau pun
Quote Lagubestbest 24-8-2023 04:58 PM
sayangselasih replied at 24-8-2023 04:56 PM
takda sorang pun kawan kawan nad nk mintak balik duit sumbangan. or am i missing the boats?

tapi berbaur depa tanya khabar pasal duit tu la kan?
Quote sayangselasih 24-8-2023 05:01 PM
Lagubestbest replied at 24-8-2023 04:58 PM
tapi berbaur depa tanya khabar pasal duit tu la kan?

meols rasa more to gengs terluka with nad punya perangai which is kita taktau sebab takda lagi anyone of this geng spill tea..
Quote laksmanabentan 24-8-2023 05:06 PM
AkokKocik replied at 24-8-2023 04:22 PM
Aku dh tertinggal ketapi ni, apa isu Nad sbenarnya??

Nad baik da sakit.. seperti diberi nyawa ke dua..
lalu berkahwin dengan Putera idaman..
dan sekarang sedang melayari nikmat perkahwinan yang didambakan selama ini..
nad tengah menunggu kelahiran buah hati..
bukti cinta tak berbelah bagi bersama suami tercinta..

dan nad mula perlahan2 meninggalkan teman2 seperjuangan
kerana mau menikmati indahnya perkahwinan kedua ini...

gitu...
Quote syamzana 24-8-2023 05:08 PM
habis laaa forum penuh dgn thread komen kwn2 si nad ni la mgu ni. dah bersquad ramai jugak depa ni. ni baru sherry, abil, sakinah&marsha reporter tnya.
dah tua2 still berkawan berkumpulan mcm si kertu nora dulu bersquad baju holiday pun sedondon boria bagai
Quote nasbab86 24-8-2023 05:45 PM
OsHiN_hOnEy replied at 24-8-2023 03:14 PM
sherry kata both busy dgn kerja
tapi sherry ada jer berhubung dgn mak bpk nad
sherry tu very diplo ...

Situasi ni sama ngn aku. Ade sorg mmber mmg rapat dr skolah menengah. Bila sambung blajar walau tmpat lain2x still bleh jumpa. Aku dh start keje pn msih lg bleh contact. Tiba2x bila aku kahwin, hubungan makin renggang. Aku wassup dia xbls, aku call dia xagkat. Aku g rumah dia sbb nk bg dt raya kt mak n nenek dia masa raya 2021. G awal sari sblm raya sbb time tu x dibenarkan beraya. Masa tu dia dari duk depan TV trus lari masuk bilik. Mak dia ketuk pntu lgsg xnk kuar. Aku wassup tny apa salah aku n aku minta maaf klu ada wat dia kecik hati, die read je. Tp nasib dia xblok nombor aku lg. Sekarang aku hny contact mak dia je tuk tny kbr mak n nenek dia. And aku xprnh tny mak dia knp dia mnjauhkan diri dr aku sbb aku rasa kami dh cukup dewasa. So biarla dia xnk kwn ngn aku. Kalau dia ada dlm forum ni, aku hrp sgt dia baca n wasup aku klu rindu. Huhu
Quote msdummy.2018 24-8-2023 05:49 PM
kotakominami replied at 24-8-2023 03:08 PM
Pada aku respon paling baik mcm si syerry tu atau pilih diam je.....itu kawan baik kau kalau dia pil ...

Btul..patut diam jer..tp nad pun xpatutlah ckp hilang dr radar....kalo akulah, aku pun kecik ht babe..truskan ku laser jer...nk2 kalo aku make inisiatif tny khbr...

Nad patut in the first place ckp, kami sma ok..cuna kesibukan menybabkan kita sma xleh nk brkmpl etc..mcm alasan sherry...ko jwb mcm tuh..mmg bg pluang lag org yg jenis loud ni..ko rasa?lg pun diaorg juga yg bnyk tlg masa dia kat icu tuh..mcmlah si uk tuh sorang golok gadao tnffgu kat spital
Quote kotakominami 24-8-2023 07:00 PM
msdummy.2018 replied at 24-8-2023 05:49 PM
Btul..patut diam jer..tp nad pun xpatutlah ckp hilang dr radar....kalo akulah, aku pun kecik ht ba ...

Ye..dua pihak pon masalah komunikasi. Cume bab ni aku kesian kt nad sebab dia tgh sarat...mana nak jaga hati suami lagi.hati kawan2 lagi. Bila timbul satu2 kawan dia bg komen kt media mesti dia rase mcm sorang2 sgt....yes semua kecik ati tapi tak boleh ke tgu sampai dia bersalin habis pantang ke dulu?
Quote likilu 24-8-2023 07:09 PM
Matang n classy sgt respon masha ni

Walaupun dia sendu n retis picisan dia nampak wangi ye image sopan

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.128861 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top