CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mat Salih Datang Malaysia Minum Air Tuak- Merungut Harga RM7 Mahal, Rasanya Pelik

24-8-2023 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25534| Komen: 100

Seorang pelancong dari Eropah yang datang ke Malaysia mencuba air nira kelapa pandan atau dipanggil 'air tuak' yang dibeli di sebuah gerai tepi jalan.

Dikenali sebagai Ken Abroad, dia mendapatkan kepastian dengan bertanya tentang kandungan minuman itu dan sama ada ia mengandungi alkohol sebelum peniaganya menjawab 'tiada'.


Minuman itu yang diisi dalam botol air mineral dengan sukatan 150 mililiter (ml) dijual pada harga RM7 dan 'mat salih' itu menganggap harganya agak mahal.

Foto: mStar

"Harganya agak mahal. Saya nak cuba rasa satu.

"Ada sedikit rasa yang terhasil (formented). Rasa macam... susah nak gambarkan pelik tapi menarik dan unik.

"Tapi rasanya taklah teruk sangat (not bad). Menyegarkan. Menarik!," katanya menceritakan tentang rasa air tersebut.

Menurut cerita Ken Abroad dalam video tersebut, dia baru pertama kali mencuba air tuak sepanjang hidupnya.


Melihat suasana dan persekitaran dalam video itu, netizen berkata pelancong berkenaan lalu dan singgah di salah satu gerai di kawasan pedalaman Gua Musang di Kelantan.

Dia mengakui tidak dapat menghabiskan air tuak tersebut pada masa itu tetapi akan cuba untuk membiasakan diri dengan rasanya.

Dia yang menunggang motosikal turut menunjukkan beberapa kawasan lain berdekatan yang rata-ratanya menjual air tuak.

"Cuba tengok (tunjuk kawasan) banyak gerai menjual air tuak.

"Rasanya saya ada terjumpa satu lagi sebelum ni. Jadi ada tiga gerai dalam masa beberapa minit. Mesti minuman tu sangat popular dekat kawasan sini," jelasnya.

Hantaran tersebut meraih lebih 700,000 jumlah tontonan setelah disiarkan olehnya di TikTok.

Selepas video itu tular, ada netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataannya yang menganggap harga minuman itu mahal kerana proses untuk menghasilkannya agak sukar.

Malah, ada juga netizen yang berseloroh dengan mencadangkan supaya dia mencuba air ketum.

"RM7 tu harga standard (biasa) sebab prosesnya (sukar).

"RM7 tu dikira murah. Kebanyakan tempat menjual dengan harga RM10.

"Itu harga berpatutan untuk air tuak. Ia susah untuk diekstrak," antara komen netizen di TikTok.

Air tuak merupakan air manisan yang diambil daripada pokok famili Arecaceae atau Palmae terutama pokok kelapa (cocos nucifera linn) atau pokok nipah (nyipa fruticans).

Proses menghasilkan nira kelapa dan nira nipah adalah hampir serupa bagaimanapun kaedah yang digunakan berbeza.

Nira kelapa diambil daripada mayang kelapa di bahagian atas pokok sementara nira nipah pula diekstrak dari tangkai buah yang keluar dari perdu pokok nipah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 24-8-2023 11:21 AM
melayu paling risau apa omputih b40 fikir
isu bodoh

masuk nak cakap tu je


Quote _blackbird 24-8-2023 11:34 AM
aku pernah cuba air tuak kelantan ni. rasanya mmg unik & ok je manis2 kelat tapi bau dia mak aiiii, mohon industri tuak ni buat la r&d utk remove bau tu
Quote jfq 24-8-2023 11:45 AM
Lagi bodoh 700k viewers tgk matsaleh minum air tuak
Quote Binodino 24-8-2023 12:25 PM
Mat salih B40 ni. Rm7 convert to currency kau berapa sen je. Kalau B40 malaysia yang komplen aku paham la
Quote lazim 24-8-2023 12:25 PM
Benda yg aku xreti mkn dan minum... Tapai dan nira
Quote Claudia_Lestat 24-8-2023 12:46 PM
Air nira sedap. Tp kalau dah bukak minum kena habiskan je terus. Kang biar mmg jadik tuaklah.
Quote Prickford 24-8-2023 12:47 PM
Lagi sekor si Dale Philip tu. Pegi 3rd world country, habis semua penjaja nak dituduh scam. Itu mahal, ini mahal. Padahal bukan boleh jadi kaya pon penjaja tu. Nak semua murah, buat negara sendiri.
Quote annehuda 24-8-2023 12:52 PM
Decaffeinated replied at 24-8-2023 11:21 AM
melayu paling risau apa omputih b40 fikir
isu bodoh



Ko baca ke tak artikel tu? Ade ke melayu yg riso ape omputih tu fikir? Siap ada org malaysia komen harga die dpt tu murah la sebab biasa jual rm10. Ni lah masalah orang malaysia, malas membaca. Baca tajuk terus komen je. Ni lagi bodoh perangai
Quote kemaruk 24-8-2023 01:01 PM
oooo tuak a.k.a arak halal ummah B40
Quote Tinot7 24-8-2023 01:04 PM
Sedap sgt ka?
Quote makneng 24-8-2023 01:09 PM
Lenkali nampak white trash mcm ni, charge je rm17 biokannnn
Quote acikhan 24-8-2023 01:26 PM
Prickford replied at 24-8-2023 12:47 PM
Lagi sekor si Dale Philip tu. Pegi 3rd world country, habis semua penjaja nak dituduh scam. Itu maha ...

haku benci nengok si dale Philip tu semua nk komen memacam pastu loghat English mcm style negara Italian je Spanish pelat2 walhal kata nyer dari Scotland...
Quote Lampuled 24-8-2023 01:30 PM
Air ni sedap. Sebotol tak cukup. Tp tak berkenan kalau yg jenis jual pakai  botol mineral water recycle tu. Letak la dlm botol proper sikit.
Quote Decaffeinated 24-8-2023 01:39 PM
annehuda replied at 24-8-2023 12:52 PM
Ko baca ke tak artikel tu? Ade ke melayu yg riso ape omputih tu fikir? Siap ada org malaysia komen ...


Hantaran tersebut meraih lebih 700,000 jumlah tontonan setelah disiarkan olehnya di TikTok.

Omputeh ka yang 700,000 tu ko ghase? Cer ko buat content komen pasal arak perancis mahal tapi tak sedap tengok laku ka tak view



Quote KamikuP 24-8-2023 01:57 PM
ramai mat saleh dtg msia buat konten lately.. ckp melayu sikit nahhh berjuta views dari puak meleis puji pujian
Quote supernaturalee 24-8-2023 02:06 PM
tajuk mislead lah
bnyk pujian je

btw pnh beli tepi jln sitiawan - teluk intan
masa beli tu x perasan lagi
sekali dh smpi mana2 baru bkk kt dlm botol mineral tu ada semut hitam yg jenis besar tu
dkt separuh minum br perasan
damn...
Quote supernaturalee 24-8-2023 02:06 PM
btw yg jual kt gua muse dgn di perak tu sama ke
klntn sebut tuak, perak sebut nira

sama je sbnrnya kan
Quote edayildiz 24-8-2023 02:16 PM
i follow mamat ni kt tiktok
sbb asik lalu lalang je so..ala mamat ni ok je
..
Quote insulin 24-8-2023 02:24 PM
Wahai mat salleh. Ko tak dialu-alukan kat situ. Nak datang, datang. Tak nak datang, sila kembali ke negara asal kau.

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.070708 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top