View: 25285|Reply: 97
|
Mat Salih Datang Malaysia Minum Air Tuak- Merungut Harga RM7 Mahal, Rasanya Pelik
[Copy link]
|
|
Seorang pelancong dari Eropah yang datang ke Malaysia mencuba air nira kelapa pandan atau dipanggil 'air tuak' yang dibeli di sebuah gerai tepi jalan.
Dikenali sebagai Ken Abroad, dia mendapatkan kepastian dengan bertanya tentang kandungan minuman itu dan sama ada ia mengandungi alkohol sebelum peniaganya menjawab 'tiada'.
Minuman itu yang diisi dalam botol air mineral dengan sukatan 150 mililiter (ml) dijual pada harga RM7 dan 'mat salih' itu menganggap harganya agak mahal.
Foto: mStar
"Harganya agak mahal. Saya nak cuba rasa satu.
"Ada sedikit rasa yang terhasil (formented). Rasa macam... susah nak gambarkan pelik tapi menarik dan unik.
"Tapi rasanya taklah teruk sangat (not bad). Menyegarkan. Menarik!," katanya menceritakan tentang rasa air tersebut.
Menurut cerita Ken Abroad dalam video tersebut, dia baru pertama kali mencuba air tuak sepanjang hidupnya.
Melihat suasana dan persekitaran dalam video itu, netizen berkata pelancong berkenaan lalu dan singgah di salah satu gerai di kawasan pedalaman Gua Musang di Kelantan.
Dia mengakui tidak dapat menghabiskan air tuak tersebut pada masa itu tetapi akan cuba untuk membiasakan diri dengan rasanya.
Dia yang menunggang motosikal turut menunjukkan beberapa kawasan lain berdekatan yang rata-ratanya menjual air tuak.
"Cuba tengok (tunjuk kawasan) banyak gerai menjual air tuak.
"Rasanya saya ada terjumpa satu lagi sebelum ni. Jadi ada tiga gerai dalam masa beberapa minit. Mesti minuman tu sangat popular dekat kawasan sini," jelasnya.
Hantaran tersebut meraih lebih 700,000 jumlah tontonan setelah disiarkan olehnya di TikTok.
Selepas video itu tular, ada netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataannya yang menganggap harga minuman itu mahal kerana proses untuk menghasilkannya agak sukar.
Malah, ada juga netizen yang berseloroh dengan mencadangkan supaya dia mencuba air ketum.
"RM7 tu harga standard (biasa) sebab prosesnya (sukar).
"RM7 tu dikira murah. Kebanyakan tempat menjual dengan harga RM10.
"Itu harga berpatutan untuk air tuak. Ia susah untuk diekstrak," antara komen netizen di TikTok.
Air tuak merupakan air manisan yang diambil daripada pokok famili Arecaceae atau Palmae terutama pokok kelapa (cocos nucifera linn) atau pokok nipah (nyipa fruticans).
Proses menghasilkan nira kelapa dan nira nipah adalah hampir serupa bagaimanapun kaedah yang digunakan berbeza.
Nira kelapa diambil daripada mayang kelapa di bahagian atas pokok sementara nira nipah pula diekstrak dari tangkai buah yang keluar dari perdu pokok nipah. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
melayu paling risau apa omputih b40 fikir
isu bodoh
masuk nak cakap tu je
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah cuba air tuak kelantan ni. rasanya mmg unik & ok je manis2 kelat tapi bau dia mak aiiii, mohon industri tuak ni buat la r&d utk remove bau tu |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi bodoh 700k viewers tgk matsaleh minum air tuak |
|
|
|
|
|
|
|
Mat salih B40 ni. Rm7 convert to currency kau berapa sen je. Kalau B40 malaysia yang komplen aku paham la |
|
|
|
|
|
|
|
Benda yg aku xreti mkn dan minum... Tapai dan nira |
|
|
|
|
|
|
|
Air nira sedap. Tp kalau dah bukak minum kena habiskan je terus. Kang biar mmg jadik tuaklah. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi sekor si Dale Philip tu. Pegi 3rd world country, habis semua penjaja nak dituduh scam. Itu mahal, ini mahal. Padahal bukan boleh jadi kaya pon penjaja tu. Nak semua murah, buat negara sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-8-2023 11:21 AM
melayu paling risau apa omputih b40 fikir
isu bodoh
Ko baca ke tak artikel tu? Ade ke melayu yg riso ape omputih tu fikir? Siap ada org malaysia komen harga die dpt tu murah la sebab biasa jual rm10. Ni lah masalah orang malaysia, malas membaca. Baca tajuk terus komen je. Ni lagi bodoh perangai |
|
|
|
|
|
|
|
oooo tuak a.k.a arak halal ummah B40 |
|
|
|
|
|
|
|
Lenkali nampak white trash mcm ni, charge je rm17 biokannnn |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 24-8-2023 12:47 PM
Lagi sekor si Dale Philip tu. Pegi 3rd world country, habis semua penjaja nak dituduh scam. Itu maha ...
haku benci nengok si dale Philip tu semua nk komen memacam pastu loghat English mcm style negara Italian je Spanish pelat2 walhal kata nyer dari Scotland... |
|
|
|
|
|
|
|
Air ni sedap. Sebotol tak cukup. Tp tak berkenan kalau yg jenis jual pakai botol mineral water recycle tu. Letak la dlm botol proper sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Hantaran tersebut meraih lebih 700,000 jumlah tontonan setelah disiarkan olehnya di TikTok.
Omputeh ka yang 700,000 tu ko ghase? Cer ko buat content komen pasal arak perancis mahal tapi tak sedap tengok laku ka tak view
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai mat saleh dtg msia buat konten lately.. ckp melayu sikit nahhh berjuta views dari puak meleis puji pujian |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk mislead lah
bnyk pujian je
btw pnh beli tepi jln sitiawan - teluk intan
masa beli tu x perasan lagi
sekali dh smpi mana2 baru bkk kt dlm botol mineral tu ada semut hitam yg jenis besar tu
dkt separuh minum br perasan
damn...
|
|
|
|
|
|
|
|
btw yg jual kt gua muse dgn di perak tu sama ke
klntn sebut tuak, perak sebut nira
sama je sbnrnya kan |
|
|
|
|
|
|
|
i follow mamat ni kt tiktok
sbb asik lalu lalang je so..ala mamat ni ok je
.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahai mat salleh. Ko tak dialu-alukan kat situ. Nak datang, datang. Tak nak datang, sila kembali ke negara asal kau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|