CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Hot Pot Tawar Khidmat Cuci Rambut Untuk Hilangkan Bau Makanan

23-8-2023 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1431| Komen: 6

BEIJING: Sebuah restoran hot pot di bandar Wuxi, China menarik perhatian ramai selepas melancarkan perkhidmatan cuci rambut untuk pelanggannya.

Ia ditawarkan kepada pelanggan setia restoran HaiDiLao yang mahu menghilangkan bau makanan dari rambut mereka selepas menjamu hidangan.


Sekiranya program perintis dianjurkan rangkaian restoran hot pot terbesar China itu terbukti berjaya, maka penggemar hidangan terbabit tidak perlu risau lagi mengenai rambut mereka yang berbau makanan.

Foto: Agensi

HaiDiLao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan cuci rambut di satu daripada cawangan restorannya di wilayah Jiangsu.

“Pengalaman seperti di salun rambut hanya disediakan untuk pelanggan setia yang berjaya mengumpul mata mencukupi iaitu `syiling Lao’ dengan membelanjakan wang di beberapa cawangan HaiDiLao,” jelas laporan.

Beberapa gambar tular dalam media sosial China menunjukkan fasiliti cuci rambut yang ditawarkan di restoran HaiDiLao di Wuxi, dilihat menyaingi salun kecantikan profesional lain.



Malah, berdasarkan testimoni pelanggan yang mencuba perkhidmatan itu, rata-rata menyatakan amat berpuas hati selain menyifatkannya benar-benar bernilai bagi setiap 200 syiling Lao yang diperuntukan.

“Pelanggan ditawarkan pelbagai jenis syampu untuk dipilih, selain dapat menikmati urutan kepala yang menenangkan ketika pakar kecantikan profesional mencuci rambut.

“Keseluruhan proses ini mengambil masa kira-kira 20 minit termasuk pengeringan rambut,” jelas laporan.

Oleh kerana, perkhidmatan cuci rambut itu masih dalam fasa ujian, ia tidak dipasarkan sama sekali, jadi ramai yang tidak tahu mengenainya.

Bagaimanapun, selepas gambar fasiliti cuci rambut itu menjadi tular, pihak restoran mula mendapat banyak permintaan untuk tempahan. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Markonah_7 23-8-2023 06:47 PM
Pandai buat bisnes ek
Quote venom1 24-8-2023 11:27 AM
Dulu-dulu salon rambut cina selalu guna towel Good Morning. sekarang tak lagi.
Quote _blackbird 24-8-2023 01:04 PM
sekejap nya cuci siap blow dry 20min. confirm cuci tak bersih mcm std cuci kat rumah je. salon biasa 40min ++ baru la 3 -4 hari pon kulit kepala tak berminyak lagi

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.033323 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top