KUALA LUMPUR: Hari ini genap setahun Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani hukuman penjara. Anak perempuannya Nooryana Najwa berkata, tempoh setahun itu dianggap proses ketidakadilan yang terus berlaku ke atas bapanya.
Beliau yang juga Exco Puteri UMNO itu berjanji untuk selama-lamanya berada di sisi Najib dalam perjuangan menuntut keadilan. “Sudah genap setahun sejak DSN (Datuk Seri Najib) dipenjarakan. Atas segala suka duka, sakit hati dan kekecewaan tahun lalu. “Saya masih kagum dengan komitmen anda untuk sentiasa melakukan perkara yang betul dan memilih jalan yang mulia dalam dunia penipuan dan ketidakadilan yang kompleks. “Anda pernah memberitahu saya bahawa kepimpinan adalah medan perang, penuh dengan luka dan lebam. Hanya pemikiran strategik dan daya tahan yang boleh menyediakan diri seseorang,” katanya menerusi hantaran di Instagramnya.
|
Nizleen86 replied at 23-8-2023 07:43 PM
Dalam gigih berkempen mempertahankan bosskurrr ko sempat lagi ngandung ye
MissYouSayang: Asal ko x beranak dalam malaysia je nokk...bangsar bubble betul anak2 jibby ni ..Elok la bapa ko ke dalam je, ada anak pun x leh harap aku kalo ...
eyansss replied at 24-8-2023 09:39 PM
kalau cucu dia ni dapat warganegara Malaysia, memang aku hamunkan aje… hahaha…
bunnyj3lly replied at 24-8-2023 09:46 PM
Dapat je ni... Sbb skrg dah boleh kewarganegaraan auto kalau maknya warganegara tak silap..
ADVERTISEMENT