CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lemaskan Bayi Baru Lahir Dalam Tab Mandi, Ibu Dipenjara 50 Tahun

23-8-2023 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 929| Komen: 2

New York: Ibu muda di Iowa, Amerika Syarikat (AS) tergamak bersubahat dengan teman lelaki untuk membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya.

India Times melaporkan, tertuduh, Taylor Blaha, 24,melemaskan mangsa di dalam tab mandi di rumahnya. 


Dia dijatuhi hukuman penjara selama 50 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh tahap kedua.

,Blaha perlu menjalani 70 peratus tempoh hukuman penjara itu atau kira-kira 35 tahun sebelum layak mendapat parol.

Teman lelakinya, Brandon Thoma, 31, yang juga bapa kepada dua anaknya, yang turut bersubahat dengan wanita itu, mengaku bersalah mengakibatkan kematian dan melakukan penderaan terhadap mangsa.

Kematian mangsa, Kayleen, sampai ke pengetahuan polis, pada 22 November tahun lalu.

Menurut rekod mahkamah, kisah itu terbongkar pada April tahun lalu selepas Blaha mendedahkan kehamilannya kepada Thoma.

Blaha bagaimanapun nekad menggugurkan kandungan dan mengambil methamphetamine dengan bantuan Thoma untuk mengurangkan kesakitan.

Foto: India Times


Bagaimanapun, Kayleen selamat dilahirkan, dan kerana takut kerana menyalahgunakan dadah, Blaha bersama pasangannya memutuskan untuk melemaskan bayi itu.

Menurut Blaha, Thoma membantunya melakukan jenayah itu, malah memberi semangat kepadanya untuk meneruskan perbuatan keji itu.

Ketika disoal siasat detektif, Blaha mendedahkan dia dan pasangannya menyembunyikan mayat mangsa di dalam plastik sampah, sebelum memasukkannya di dalam beg galas untuk membuangnya.

Bagaimanapun, Thoma kemudiannya ditangkap selepas perbuatannya terbongkar. Ia selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia meninggalkan pangsapuri dengan beg galas mengandungi 'objek segi empat tepat'.

Pada mulanya, Blaha berdepan pertuduhan tahap pertama dan mengaku tidak bersalah.

Bagaimanapun, dia kemudian mengaku bersalah atas pertuduhan lebih ringan iaitu pembunuhan tahap kedua.

Sementara itu, Thoma mendapat pengurangan hukuman dan hukuman ke atasnya akan dijatuhkan pada 1 September depan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.091325 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top