CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mayat Terbakar Teruk, Tak Sempurna, Kutip Satu Persatu Cebisan Mangsa Di Lokasi Pesawat Terhempas "

23-8-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5185| Komen: 56

Kuala Lumpur: Pegawai Operasi, Pasukan Khas Pertahanan Awam (Paspa) Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kang Wei Xian berkata, "Lima hari sudah berlalu, namun memori menyayat hati ketika mengutip satu persatu cebisan mayat mangsa di lokasi pesawat terhempas masih terus 'melekat' di fikiran."


Menurutnya, dia antara individu yang terbabit dalam operasi khas bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Unit Polis Forensik dan Unit Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak Khamis lalu.

Foto: Harian Metro

"Seramai 10 anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam mula diaktifkan untuk melakukan kerja mencari dan menyelamat mangsa nahas pada jam 3.15 petang Khamis lalu iaitu sejurus pesawat Beechcraft Premier 1 itu terhempas dan meletup.

"Selain itu, APM Selangor juga menghantar 13 anggota dari Daerah Klang dan Petaling bagi membantu operasi berkenaan. Pos Kawalan Tempat Kejadian (APM) turut dibuka di tapak nahas," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, tugasan utama APM membantu pihak polis Forensik dan pegawai Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian.

"Sebagai pegawai operasi Paspa, tugasan utama saya adalah menyelaraskan kerja mencari dan menjejaki mengikut protokol DVI (pengecaman mangsa bencana) ditetapkan.

"Selain itu, saya juga adalah Liason Officer (pegawai perhubungan) antara Ground Zero dan juga Pusat Kawalan Operasi Pusat (PKOP). Malah pada hari kejadian, saya turut terbabit dalam tugasan mengumpul dan mengutip cebisan mayat mangsa.

"Perasaan sedih sukar digambarkan ketika melihat ada mayat mangsa yang terbakar teruk. Kebanyakan mayat mangsa berada dalam keadaan tidak sempurna," katanya.

Menurutnya, mereka cuba sedaya upaya mencari semua cebisan mayat mangsa yang terdapat di Ground Zero sebelum menyerahkannya kepada Forensik KKM.

"Walaupun semua 10 mangsa sudah meninggal dunia, apa yang kami lakukan ini dianggap penghormatan terakhir kepada semua mereka.

"Sukar digambarkan detik-detik akhir mangsa sebelum pesawat itu menjunam dalam kelajuan tinggi dan terhempas ke bumi. Situasi di Ground Zero dipenuhi bangkai pesawat yang hancur sepenuhnya," katanya.

Menurutnya, situasi menyayat hati di tapak nahas pesawat itu membuat dia dan anggota APM lain amat bersimpati kepada mangsa dan ahli keluarga mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 23-8-2023 11:50 AM
Mana datang citer mayat tak terjejas? Cuma baju jer yang hangus..
Quote rospinki 23-8-2023 11:51 AM
Ada satu vidio tu paling dkt betapa kuatnya hentaman meluru ke jalan hancur berkecai. Tmbh pula terbakar..La hawla Walla.
Quote stingerpressor 23-8-2023 12:12 PM
rospinki replied at 23-8-2023 11:51 AM
Ada satu vidio tu paling dkt betapa kuatnya hentaman meluru ke jalan hancur berkecai. Tmbh pula terb ...

Boleh celen  dgn dentuman yg ini keww waktu stinger landed on earth?

[youtube]RjxrIV4YDKk[/youtube]

Cute tak stinger?
Quote Buritan 23-8-2023 12:14 PM
Mmg laa terukk.. celah mana eloknyaa.. tengok dia jatuh tuu.. bkn jatuh tp hempas ok..
Quote noor2 23-8-2023 12:20 PM
Belibis replied at 23-8-2023 11:50 AM
Mana datang citer mayat tak terjejas? Cuma baju jer yang hangus..

Itu la dia...bila i tanya kat my friend pilot ttg x terjejas sorang ni my friend jawab kita baik diam dari timbulkan fitnah pada arwah...bnyk cerita diperbesar2 kan melawan hukum fizik...Ketua polis x kan nk menipu kata 9 mayat tu semua x sempurna..hanya sorang je rider yg lengkap
Quote noor2 23-8-2023 12:21 PM
Buritan replied at 23-8-2023 12:14 PM
Mmg laa terukk.. celah mana eloknyaa.. tengok dia jatuh tuu.. bkn jatuh tp hempas ok..

Biasalah family suka menambah2 cerita...x fikir hati org lain yg terlibat...
Quote Thunderclouds 23-8-2023 12:42 PM
Hahahaha..dh kna debunked.
Tu la.
Byk sgt baca mastika,lama² benak.
Quote Buritan 23-8-2023 12:54 PM
noor2 replied at 23-8-2023 12:21 PM
Biasalah family suka menambah2 cerita...x fikir hati org lain yg terlibat...

Yepp betul tuu.. patut tak pyh la kuar berita kutip mayatlaa.. kutip gigilaa.. kutip tgnlaa.. pas tuu kuar plk tahfiz body sempurna plk dah.. hahshsha.. baju je terbako skitt.. ceit mcm api lilin je pulak..
Quote _blackbird 23-8-2023 01:17 PM
dulu2 kita fikir perjalanan hidup dari hidup sampa mati je. jaman now kena dok fikir sampai selepas mati juga, takut lepas mati mcm2 cerita pula timbul org dok exploit kematian adoilah... hidup susah mati pon susah jaman now
Quote hareeeesah 23-8-2023 02:49 PM
Kenalan iols adalah antara yg dtg pengecaman salah sorg.. apa la yg dok tambah cerita ni elok suruh dia pi kutip daging apa semua biar jgn dok tambah cerita.
Quote ardent91 23-8-2023 03:31 PM
ahli family suka tokok tambah citer tu dah satu hal.. ade plak sekor ahli politik pown turot sama bebal meyebarkan citer yg x betol kat org ramai...
Quote Lavender_Violet 23-8-2023 04:07 PM
Sapa la yg pandai2 sebar cerita mayat sempurna tu
Quote ina_na 23-8-2023 04:34 PM
Family dan wartawan ade penyakit indenial kot.. terang2 nampak private jet tu terhempas gitu..msh lg duk up kan jenazah sempurna..nampak sgt membodohkan kita..Kita bukan bodo2 x blh bayangkan mcm mn keadaan jenazah..jgn la bodoh kan kita mcm ni...tah2 sengaja up kan isu ni nak alih isu lain yg lg sensetif...
Quote supernaturalee 23-8-2023 04:39 PM
ina_na replied at 23-8-2023 04:34 PM
Family dan wartawan ade penyakit indenial kot.. terang2 nampak private jet tu terhempas gitu..msh lg ...

yg kena kt luar pun smpi jd gitu
inikan plak yg kt dlm jet tu

"who are you kidding" gitu kan


Quote FOTHER-MUCKER 23-8-2023 04:45 PM
Lebai lah yang pandai buat cerita pasal jenazah sempurna tu.

Sebab itu saya tak percaya kepada lebai. Lebai kuat berfantasi dalam segala hal termsduk sex. Tengok rsmbut perempuan terus nafsu naik ke kepala.
Quote naina 23-8-2023 04:45 PM
Aku baca sapa ya yang cakap adik arwah kot bagitau badan arwah ustaz yang terlibat tu sempurna rambut tidak terbakar, arwah ahli Hafiz.  Aduhh. Timbulkan perspektif negatif je kat mayat lain seolah2 banyak dosa besar
Quote lostnfaun 23-8-2023 05:37 PM
Belibis: Mana datang citer mayat tak te ...


Mcm tak lojik 1 mayat jer dlm heli yg ok.. padahal terhempas & terbakar tue.
Quote shida81 23-8-2023 06:17 PM
Belibis replied at 23-8-2023 11:50 AM
Mana datang citer mayat tak terjejas? Cuma baju jer yang hangus..

Tu yg ak pelik padahal polis da ckp smua mayat dlm kapal terbang tu x sempurna
Quote dua_chzy 23-8-2023 06:19 PM
Sengsaranya lah nak pisah2 cebisan daging ntah segala apa sebab family nak kubo asing2...

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.061016 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top