CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemimpin Agama Tadah Tangan Berdoa Minta Malaikat Jibril Turunkan Duit Dari Langit

23-8-2023 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1282| Komen: 4

Sepotong video pendek yang menyaksikan seorang pemimpin agama di Indonesia meminta doa hangat menjadi bualan.

Doa lelaki yang didakwa sebagai seorang pemimpin agama bernama Abah KH. Yusuf Al Mubarak itu dianggap aneh dan bukan biasa kerana  meminta duit.


Difahamkan duit yang diminta sambil kedua-dua tangannya menadah ke langit itu mahu diperoleh daripada Malaikat Jibril dan bertujuan untuk membina masjid.

Foto: Viva

“Jibril, Jibril, turunkan duit. Ya, Rabb, ya, Rabb, masjid ini, masjid ini, masjid karuhun, masjid tua, turunkan rahmatmu, Jibril. Jibril, Jibril turunkan aromamu," pinta Abah Yusuf seperti yang dilaporkan InsertLive.

Tidak hanya itu, lelaki yang merupakan seorang pemilik dari pondok pesantren TQN Al-Mubarok yang berada di Cinangka, Banten itu terus berdoa.

"Jibril, Jibril, turunkan duit, aamiin, untuk bangun masjid aamiin, ya, Allah, tukang haji jadikan jadikan, Allahu Akbar, duit duit duit, turun turun turun."


Perlakuan tersebut mengundang rasa tidak senang orang ramai yang tidak bersetuju dan mempersoalkan bagaimana seorang pemimpin agama boleh melakukan hal seumpama itu.

“Kami diajarkan untuk berdoa, berusaha, dan bekerja, sehingga dari usaha dan kerja kami, bersumber dari berkat-Nya,” tulis seorang netizen.

Mengikut Al-Quran, Malaikat Jibril merupakan ketua kepada keseluruhan para Malaikat.

Malah ada yang berkata terdapat beberapa jenis ayat yang boleh diamalkan dalam berdoa untuk membuka pintu rezeki.

Setakat ini belum ada penjelasan atau pengesahan mengenai tindakan yang dilakukan sehingga menjadi viral itu. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tumpang-Sibok 5-9-2023 03:18 AM

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.058404 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top