CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Makan Hangus Terbakar, Lupa Tutup Api Gas Masak Air Gula

23-8-2023 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1248| Komen: 4

PONTIAN – Sebuah kedai menjual makanan hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Parit Mesjid gara-gara terlupa memadamkan api dan meninggalkan air gula yang dimasak di atas dapur.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Mahadir Mamat, pihaknya menerima panggilan telefon kecemasan 4.49 pagi sebelum mengejarkan anggota dan jentera ke lokasi kejadian.


Katanya, 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Alsagoff bersama dua jentera, sebuah EMRS dan sebuah Water Tanker Bomb membantu operasi memadamkan api.

Foto: Kosmo

“Sewaktu Pasukan Keluar Operasi tiba ke lokasi kejadian, api sedang marak membakar rumah kedai separuh kekal yang tiada penghuni di dalamnya.

“Nasib baik dua-dua balai bomba terletak berhampiran rumah kedai tersebut yang bersebelahan dengan kedai garah kereta dan sebuah rumah dua tingkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tambah Mahadir, kebakaran merebak cepat kerana struktur binaan kedai tersebut merupakan bangunan sementara dan separuh kekal.

“Ketika kejadian tiada penghuni di dalamnya kerana mereka telah balik ke rumah masing-masing selepas menutup perniagaan kira-kira pukul 12 malam,” ujarnya.

Katanya, operasi memadamkan kebakaran sepenuhnya berakhir pada pukul 6.25 pagi.

Jelas beliau, punca kejadian sedang dalam siasatan dan sepasukan anggota forensik kebakaran akan tiba pada pagi ini bagi menjalankan pemeriksaan lanjut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Markonah_7 23-8-2023 11:33 AM
Semoga owner tabah atas ujian ini.Insyaallah ada rezeki lain menanti

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.057741 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top