PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang tular apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengetuk kepalanya dengan kertas, meminta agar ia tidak dijadikan isu.
Menerusi komen yang ditinggalkan di TikTok milik sebuah syarikat media tempatan, pengguna @MCSyalwa, malah mengatakan bahawa Muhammad Sanusi juga tidak perlu meminta maaf. “Tak perlu minta maaf MB (Menteri Besar), kami sekeluarga okey ja. Anak kami okey, tak sakit, patah pun. “Kami melawak sesama kami, itu pun nak jadi isu,” katanya. Sebelumnya, Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd. Aziz dalam satu ciapan di Twitter berkata, tindakan Muhammad Sanusi itu sangat tidak beradab.
Kemudiannya, menerusi perkongsian di laman Facebook Pas Kawasan Sik, Muhammad Sanusi berkata, wanita berkenaan adalah seorang pelajar dan dia memohon sumbangan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) pada saat akhir. Jelasnya, walaupun dilihat ‘memukul’ kepala pelajar terbabit, tetapi sumbangan tetap diberikan dan beliau menganggap itu sebagai melawak cara orang kampung. – CARI Sumber: Kosmo
|
kemaruk replied at 23-8-2023 11:02 AM
terpaling kampung
caprut replied at 23-8-2023 11:38 AM
Terpaling kg, terpaling b40. Itu lah modal sanusi. Sanusi ni aku xpnh nmpk video dia baca potongan ...
ChildrenOfBodom replied at 23-8-2023 11:41 AM
ada ja bideo dia jadi imam solat jumaat, baca kutbah bagai
ChildrenOfBodom replied at 22-8-2023 07:39 PM
yg acah2 marah nusi buat camtu tu living in denial ja...muhung org dlm porem boleh laa diri sendiri ...
nolya replied at 23-8-2023 11:27 AM
Apabila ringgit bisa menebus kebiadapan, siapalah orang lain perlu menilaikan, ye tak?
Syabas MB, o ...
caprut replied at 22-8-2023 07:38 PM
Terpaling kg, terpaling b40. Itu lah modal sanusi. Sanusi ni aku xpnh nmpk video dia baca potongan ...
ADVERTISEMENT