CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpengaruh Media Sosial Sampai Hilang Adab, Cikgu Kesal Anak Murid Tulis 'Sebab Boleh" Sebagai Jawapan Dalam Kertas Peperiksaan

23-8-2023 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2439| Komen: 19

Seorang guru  kecewa apabila melihat jawapan yang ditinggalkan oleh seorang pelajar ketika menyemak kertas peperiksaan.

Menerusi video yang dipaparkan, soalan peperiksaan dijawab dengan ayat ‘sebab boleh’ yang merupakan slang popular di media sosial ketika ini.


Rata-rata netizen yang melihat video tersebut kesal dengan sikap sebilangan pelajar sekolah masa kini yang semakin hilang rasa hormat terhadap guru dan tidak ambil peduli tentang akademik masing-masing.



Dalam pada itu, menerusi hantaran seorang pengguna X (Twitter) turut berkongsi nasib yang dialami sepupunya yang juga seorang pendidik di sekolah.

“Tau tak apa yang cikgu-cikgu tengah runsingkan sekarang?

“Bila students jawab ‘sebab boleh cikgu’ dalam kelas dan dalam kertas ujian. Cousin aku dah menangis dah sebab rasa exhausted.

“Bila anak-anak consume banyak media sosial tanpa tapisan, kejahilan perlahan datang menyapa,” katanya.



Netizen juga beranggapan pengaruh media sosial telah memberi kesan negatif kepada anak-anak sehingga sanggup bersikap acuh tidak acuh dengan guru dan ilmu pengetahuan.


Sehubungan itu, ramai meluahkan kebimbangan terhadap tahap pendidikan generasi muda dan berharap pihak berwajib mengembalikan semula peperiksaan besar seperti UPSR dan PT3 agar para pelajar ada objektif yang boleh dicapai sepanjang tempoh persekolahan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 23-8-2023 10:53 AM
Berbalik pd silibus jugakkk..kena ingt budak2 zaman skrg lahir waktu lebuhraya sma ada...jd ko rasa diaorg fhm apa seksanya pakai jalan tanah?lahir2 terus ada sistem perpaipan..ko rasa diaorg fhm apa seksanya angkut air dr sungai?nih sibukkk nk suruh fikir tinggi..kalo diaorg xfhn susah payah dr asas, ko nk suruh diaorg pk aras tinggi mcm mana?

Cuba ko tny soklan kenapa perlu ada smartphone, internet?
Quote Kurex 23-8-2023 10:57 AM
Taknak kata apa pasal gen Z sebab iols ada anak buah yga tengah membesar. Semoga anak2 buah iols jadi insan yg hormat orang lain dan elok adabnya
Quote Weller 23-8-2023 11:13 AM
mana datang frasa 'sebab boleh' tu? ada influenza yg fames kan ke?
Quote Belibis 23-8-2023 11:20 AM
Aku dulu,kalau tak boleh jawab,biar jer kosong.tak payah nak merapu meraban..
Quote nolya 23-8-2023 11:31 AM
Edited by nolya at 23-8-2023 11:32 AM

Ala cik gu... lepukkan aje kertas peperiksaan kat pipi anak murid tu.  Tapi jgn kuat2, lepuk2 sayang je. Boleh kan?
Quote BoongaKertas 23-8-2023 11:32 AM
kalau iols jd cikgu pun silap2 iols bersara awal tgk jwpn mcm ni
Quote bakawali_04 23-8-2023 11:54 AM
nolya replied at 23-8-2023 11:31 AM
Ala cik gu... lepukkan aje kertas peperiksaan kat pipi anak murid tu.  Tapi jgn kuat2, lepuk2 sayang ...

tolong bgtau parents dia sekali
biar tolong lepuk jugaaaa
tak dpt jawab biar kosong aje la
ini seolah3 menganjing
Quote Jajuli 23-8-2023 01:00 PM
Rasanya azeri water ke apa
Quote Kitty_catz 23-8-2023 01:34 PM
Edited by Kitty_catz at 23-8-2023 01:36 PM

tu sebab selagi boleh lempang le anak masing2 supaya jadi orang

tp kena tahu beza lempang jadi orang vs lempang mendera ye

kang tak memasal kata meols bagi ajaran sesat
Quote Kitty_catz 23-8-2023 01:35 PM
Jajuli replied at 23-8-2023 01:00 PM
Rasanya azeri water ke apa

ye  bersepah meme azri ni ckp sbb boleh dhekk tu

kat grup bifoti selalu naik.

naik semak lak tengok sikit2 reply sbb boleh dhekk .. rasa nak pelempang jugak lelaju
Quote copy_paste 23-8-2023 03:17 PM
kalau anak aku bg jawapan mcm ni,mmg kena la, xdpt 90% selagi tu xdpt hp
Quote SohaiLaksawi 23-8-2023 03:26 PM
copy_paste replied at 23-8-2023 03:17 PM
kalau anak aku bg jawapan mcm ni,mmg kena la, xdpt 90% selagi tu xdpt hp

hentak sampai lunyai, kalau dia jawab sebab boleh
Quote Samerosie 23-8-2023 03:27 PM
nolya replied at 23-8-2023 11:31 AM
Ala cik gu... lepukkan aje kertas peperiksaan kat pipi anak murid tu.  Tapi jgn kuat2, lepuk2 sayang ...

Dan jikalau parents marah, ckplah saya ong kedah kami bergurau macam tu lah.  Nampak kasak sikit tapi tu sebenarnya tanda shayang.
Quote copy_paste 23-8-2023 03:35 PM
SohaiLaksawi replied at 23-8-2023 03:26 PM
hentak sampai lunyai, kalau dia jawab sebab boleh

hentak tu xlah, kasi bebelan sampai malam, nk best lagi kasi bebelan masa makan,mmg hilang selera makan hahahahha,
tiada hiburan,liburan yg ada ulangkaji pelajaran,
itu kalau parent yg cakna la, yg jenis serah bulat2 kat cikgu tu xleh buat ape2 da la
Quote apech 23-8-2023 03:47 PM
Weller replied at 23-8-2023 11:13 AM
mana datang frasa 'sebab boleh' tu? ada influenza yg fames kan ke?

Si Walter botak bergigi besi tu la
Quote nolya 23-8-2023 04:10 PM
Samerosie replied at 23-8-2023 03:27 PM
Dan jikalau parents marah, ckplah saya ong kedah kami bergurau macam tu lah.  Nampak kasak sikit t ...

Sedemikian itu, non-Kedahan kenalah tukar mind set skr perlu memahamai bahawasanya itulah gayanya orang Kedah bergurau. Sekalipun terlihat kasar, tak semenggah dn tak hormat sesama, spontan melepuk2 kpla orang lain di hdp ramai, tapi itulah kemesraan dn keakraban mereka. Lain dari yg lain. Dah pun lain lubuk lain ikannya kan,  sementelah jauhari juga yg kenal maknikam.

Kalau kat akulah, sekalipun dilepuk dgn kertas itu tidak menyakiti anggota badan, air mukaku rasa tercicir dn marwah ku tercalar.  Ketelanjuran seorang MB yg disambut tawa ramai sambil meraikan, aku juga terpaksa turut senyum kambing sedangkan hati kecilku menangis. Prinsipku, marwah diriku tak mudah dilembutkan selembut tisu, selepas pakai diremas2 kemudian ditong sampahkan.

Quote makita 23-8-2023 04:37 PM
KPM silalah kembalikan soalan objektif pilihan a,b,c,d. Bdk2 sekolah rendah tak sesuai dgn 100% jenis open ended question. Mcm2 jawapan dorg bg sakit kepala cikgu.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.191872 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top