CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Hidup Dalam Rumah Sampah Penuh Tikus, Ular, Lipan

22-8-2023 10:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7695| Komen: 12

Bangkok: Sebuah keluarga yang hidup dikelilingi lipas, tikus, ular dan lipan di dalam sebuah rumah serba daif di daerah Bang Kho Laem, Bangkok akhirnya mampu bergerak bebas selepas kediaman tersebut  dibersihkan, lapor laman berita Thaiger hari ini.


Ahli Parlimen daripada Parti Move Forward, Chorayuth “Tonkla” Chaturapornprasit dan pasukannya membantu keluarga tersebut yang selama ini hidup bersama haiwan berbahaya itu disebabkan rumah mereka dipenuhi sampah-sarap.

Setiap ahli keluarga terpaksa tidur di atas tilam yang diletakkan di atas timbunan sampah dengan lipas yang memenuhi setiap sudut. – Facebook

Dalam satu hantaran di laman Facebook pada 19 Ogos lalu, Tonkla berkata, beliau melawat keluarga tersebut selepas menerima maklumat mengenai keadaan mereka yang daif.


Menurutnya, keluarga tersebut terdiri daripada seorang kanak-kanak enam tahun, ibunya dan dua neneknya.

Salah seorang daripada warga emas di rumah itu mengalami masalah mental dan sering mengutip sampah sarap dari luar yang kemudiannya memenuhi kediaman berkenaan.

Akibat perbuatannya, kediaman itu  menarik perhatian banyak binatang berbisa dan memudaratkan.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik, rumah tersebut dipenuhi  botol plastik, beg plastik, baju, kasut dan pelbagai lagi barangan terbuang.

Setiap ahli keluarga pula terpaksa tidur di atas tilam yang diletakkan di atas timbunan sampah dengan lipas memenuhi setiap sudut.

Pasukan Tonkla turut terkejut apabila melihat bilangan lipas, tikus, ular dan lipan yang berada di dalam tong sampah.

Tonkla dan pasukannya membantu membuang sampah-sarap dan kekotoran bagi membersihkan rumah tersebut selain membeli perabot baharu untuk digunakan keluarga berkenaan.

Menurut Tonkla, dia turut meminta agar ahli keluarga tersebut tidak lagi mengutip sampah-sarap selain menggesa mereka agar mandi setiap hari. – AGENSI  


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 22-8-2023 10:46 PM
Semoga dipermudahkan. Sedih iols melihatnya
Quote ilacantik 22-8-2023 11:06 PM
Kalau mengikut piawai netizen, family dengan keadaan gini yg sesuai duduk ppr. Family pembersih macam mimismek yg tengah viral tu tak layak menghuni rumah flat. #donebekap.
Quote divalaura 22-8-2023 11:14 PM
sampah lagi banyak dari penghuni rumah
Quote Cintakapuri 22-8-2023 11:19 PM
Apa yg di blurrr kan itu???
Quote sukacactus 23-8-2023 06:17 AM
Yang sakit mental tu diubatkan dl
Nnt rumah dah kemas bersih, dia buat balik perangai kumpul sampah dlm rumah balik
Quote FOTHER-MUCKER 23-8-2023 06:37 AM
Ok lah jika itu yang mereka mahukan
Quote OshinDaSolja 23-8-2023 07:34 AM
sokay...rakyat maybe miskin tapi currency baht Thailand lg mahal dari Ringgit... itu yg perlu dibanggakan rakyat Thailand... another one step is diorang perlu pintas kita dari segi Gdp per capita... if that's happened then abis la Malaysia...we're finished
Quote Buritan 23-8-2023 07:52 AM
OshinDaSolja: sokay...rakyat maybe miskin ta ...


Kita finish dr segi ape.. pelabor semua pi kek dia ke
Quote Buritan 23-8-2023 07:55 AM
Aku pun ade horders ni tp takle rumah aku koto semak.. aku susun elok elok baju anak aku masa kecik mainan dia semua laa pdhl budak tuu dah beso pnjg dah.. ade yg dah jual.slit skit tp tak semua..susahlaa ade satu perasaaan tu..

Satu lg buku buku aku ngajo dulu.. aku sayang nak buang.. aku rasa mcm buang diri aku..
Quote elzy 23-8-2023 08:03 AM
Mereka pilih hidup sedemikian, let it be..
Quote sangbara2020 23-8-2023 08:06 AM
sakit mental ni kan susah juga nk ubatkan...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052067 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top