CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dikritik Mahu Namakan Anak Cinderella

22-8-2023 09:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8010| Komen: 31

London: Seorang wanita yang bakal bergelar ibu menerima pelbagai reaksi daripada netizen selepas berkongsi rancangan untuk menamakan anak perempuannya Cinderella, lapor portal berita LadBible hari ini.


Berdasarkan hantaran di laman perbincangan sosial, Reddit, wanita yang identitinya dirahsiakan itu menanyakan pendapat netizen mengenai nama bayi bertemakan puteri daripada kisah dongeng. 

Gambar hiasan

“Hai, semua! Saya memerlukan pendapat anda mengenai satu nama (untuk bayi). Teman lelaki berpendapat ia idea yang teruk selain anak saya akan diejek disebabkan namanya. Namun, saya berpendapat nama ini  amat indah.

“Cinderella. Mungkin saya boleh memanggilnya Cindy atau Ella sebagai nama panggilan. Saya tidak mahu dia (anak) dipersenda tetapi bagi saya, nama ini sangat indah,” kata wanita berkenaan.


Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya menasihatkan wanita berkenaan agar tidak meneruskan hasratnya.

“Belle atau Ariel ialah nama yang indah untuk puteri kisah dongeng. Namun, Cinderella bukan satu nama yang sesuai untuk diberi kepada manusia. Ia tidak mengapa jika anda mahu menamakan kucing atau tikus belanda (nama Cinderella). Namun, untuk bayi perempuan, dengan segala hormatnya, tolonglah jangan,” kata seorang netizen.

“Saya seorang guru tadika. Ada seorang pelajar di sekolah saya bernama Cinderella. Tiada sesiapa yang mempermainkannya (setahu saya) tetapi saya yakin dia akan dipersenda apabila berada di sekolah menengah,” kata pengguna lain. – AGENSI 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 22-8-2023 09:49 PM
Cinderella is a girl's name that comes from the French name Cendrillon, meaning “little ashes.” Cinderella is primarily famous for the ancient fairytale, first recorded in Egypt by a Greek geographer.


https://www.thebump.com/b/cinderella-baby-name
Quote Skuau 22-8-2023 09:58 PM
Edited by Skuau at 22-8-2023 10:04 PM

tingat minggu suai kenal kt ipt dulu...ada nama bdk  pompuan tu isabella...bila nama dia dipanggil semua toleh kt dia....ramai yg se...macam 'kecewa' jer...
Quote hareeeesah 22-8-2023 10:54 PM
Skuau:  Edited by Skuau at 22-8-2023  ...


Haha bkn nk kutuk or apa tp zaman skrg lg nama kokesen kalah kokesen themself. Nama xselari dgn orgnya
Quote doubleA 22-8-2023 11:32 PM
25 tahun yg lalu cikgu praktikal kat sekolah i namanya nor cinderella mohd radzi. Skg mungkin dah jadi nenek. Muka dia biasa je tapi badan kurus dan rambut panjang rupa melayu je tapi kami yg all girls school ni suka je dia, tak ejek pun, tak tau la kalau dia terseksa dgn nama tu
Quote felinecat 23-8-2023 06:17 AM
Pernah jumpa nama sindarella
Quote TomyamPuteh 23-8-2023 06:34 AM
doubleA replied at 22-8-2023 11:32 PM
25 tahun yg lalu cikgu praktikal kat sekolah i namanya nor cinderella mohd radzi. Skg mungkin dah ja ...

Heyyyyyyy. Kawan aku tu. Org Kedahkan? Xde la jd nenek pun. Ank sulung dia masih sekolah je lagi. Tapi dia laki bini mmg gigih nk jadikan ank2 retis. Audition mana yg diorg tak pernah heret anak2 pegi. Tak tau la sangkut ke tak salah sorg yg jadi retis. Smpai skrg pun kitorg msh lg contact dlm grup wasap sekolah. By the way She dh jd PK Hem kt Selangor nih.
Quote FOTHER-MUCKER 23-8-2023 06:36 AM
Ramai pula yang tak suka. Nama India China ok pula.
Quote Buritan 23-8-2023 06:43 AM
Skuau replied at 22-8-2023 09:58 PM
tingat minggu suai kenal kt ipt dulu...ada nama bdk  pompuan tu isabella...bila nama dia dipanggil s ...

Mesti tak cun kann.. kwn aku nama rozanna.. masa sebut nama dia semua pakai wowwww.. pas tuu dia bangun semua kata haaaaa .

Patutlaa kwn aku tu suh panggil oja je nama dia.. dia malu dgn nama dia.

Bg akulaa biarlee nama buruk tp muka cung dr nama cunggg tp muka ermmm
Quote Tinot7 23-8-2023 08:37 AM
Skuau replied at 22-8-2023 09:58 PM
tingat minggu suai kenal kt ipt dulu...ada nama bdk  pompuan tu isabella...bila nama dia dipanggil s ...

Itu ok lagi..
Ada kawan tu namanya Mastura.. bila dia ke depan sbb nama kena panggey, ada la mamat klas iols ckp, "Mastura, Mastura, indah khabar dari rupa"... tak ke hanat mcm tu?
Quote supernaturalee 23-8-2023 08:44 AM
Skuau replied at 22-8-2023 09:58 PM
tingat minggu suai kenal kt ipt dulu...ada nama bdk  pompuan tu isabella...bila nama dia dipanggil s ...

dorg imagine ala2 isabella ramona rahman ke
haiyooo


Quote supernaturalee 23-8-2023 08:45 AM
fiona the ogre cool je


fav food tikus panggang lagi

Quote itik_magic 23-8-2023 08:51 AM
kdg2 mmg ssh jd org x cantik/hensem.
Quote prince_marhaen 23-8-2023 09:38 AM
anak anak kawan meols antara mangsa mak bapak berangan ye.. mak pak (kawan meols la 2 orang ni laki bini) namakan anak Aurora, Belle, Ramona, Issac, Raphael,........ tapi hakikatnya genetikk melayu jawa boyan plus laki dia macam jenis jawa ke papua yang gelap muka besar tu uolsssss.... sian anak-anak nama tak seiring penampilan.. bukan hina ciptaan Tuhan ye, tapi orang kata, setiap etnik ada nama yang sesuai wajah ke tidak..and kids & teenagers can be SOOOOO MEAN!
Quote doubleA 23-8-2023 09:54 AM
TomyamPuteh replied at 23-8-2023 06:34 AM
Heyyyyyyy. Kawan aku tu. Org Kedahkan? Xde la jd nenek pun. Ank sulung dia masih sekolah je lagi.  ...

Tak ingat org mana. Tu la kalau google ada jumpa nama kt fb nakbebel pasal nama unik tu, nampak jawatan gak penolong kanan dah, apa fb cikgu atau anak cikgu? Nak gak tengok rupa dia skg. Walaupun dah 25 tahun lalu nama penuh cikgu i ingat lagi. Style dia dulu rambut panjang, badan kurus je tapi suka berkebaya labuh/kebarung
Quote ifanonline 23-8-2023 09:56 AM
FOTHER-MUCKER replied at 23-8-2023 06:36 AM
Ramai pula yang tak suka. Nama India China ok pula.

nama cina malaysia banyak yg unik:

Kong Kek Huat
Hee Sap Tek
Kee Leng Tit
Poo Ting
Quote doubleA 23-8-2023 09:57 AM
prince_marhaen replied at 23-8-2023 09:38 AM
anak anak kawan meols antara mangsa mak bapak berangan ye.. mak pak (kawan meols la 2 orang ni laki  ...

Kolig iols namakan anak dia isaac, anak kedua hans, sekali iols cakap macam bunyi hans isaac pulak dia kata tak perasan, dan kebetulan tapi mujur anaknya kulit cerah dah mak yindia mixed chinese dapat kulit cerah, bapak pula melayu mixed yindia
Quote Tinot7 23-8-2023 10:04 AM
prince_marhaen replied at 23-8-2023 09:38 AM
anak anak kawan meols antara mangsa mak bapak berangan ye.. mak pak (kawan meols la 2 orang ni laki  ...

Anak kawan iols pun Aurora.. sbb maknya nak tgk aurora borealis..

Kalau pompan takpe, bila besaq bleh diet, pakai mekap.. rupa bleh berubah bila dah start pakai mekap..

Tiada istilah pompan hudus.. hanya ada pompan maleh jahh..

Hat laki tu, tatau la camne deme nak bg wangi kat diri sendiri..
Quote Suchi 23-8-2023 10:06 AM
TomyamPuteh replied at 23-8-2023 06:34 AM
Heyyyyyyy. Kawan aku tu. Org Kedahkan? Xde la jd nenek pun. Ank sulung dia masih sekolah je lagi.  ...

Kelebihan org nama unik, mana2 pi org leh ingat dan kenal.

Quote margo20 23-8-2023 11:06 AM
Dulu ada opismate nama Tan Bee Hoon pastu skrg ni ada nama maslisah binti masalah

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.050776 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top