CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batuk Kokol: 329 Kes, Rekod 23 Kematian – KKM

22-8-2023 09:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8584| Komen: 17

Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 329 kes Pertussis atau batuk kokol dengan 23 kematian di seluruh negara sejak Januari hingga 19 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, bagaimanapun angka itu adalah 52.8 peratus lebih rendah berbanding tempoh sama pada tahun 2019 dengan 697 kes direkodkan.


Gambar hiasan

Katanya, daripada 329 kes itu, sebanyak 219 kes (66.6 peratus) adalah terdiri daripada warganegara manakala 110 kes lagi merupakan bukan warganegara.

“Bayi berumur bawah 12 bulan adalah kumpulan umur yang mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 189 kes, manakala kanak-kanak berumur di antara satu tahun hingga hingga 10 tahun mencatatkan sebanyak 94 kes dan selebihnya berumur 11 tahun dan ke atas.

“Pecahan mengikut negeri, Sabah merekodkan kes tertinggi iaitu 181 kes, diikuti Selangor (51), Kuala Lumpur dan Putrajaya (15) , Pahang dan Perak masing-masing (13), Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing (12) dan Johor (sembilan).


“Selain itu Sarawak merekodkan lapan kes, Kelantan (tujuh), Kedah dan Terengganu masing-masing (tiga), serta Pulau Pinang dan Labuan masing-masing (satu), manakala Perlis tiada kes diterima,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Radzi berkata, tiada kes baharu dikesan di sekitar kawasan tempat tinggal dalam kejadian di daerah Rompin, Pahang baru-baru ini yang melibatkan tiga kes dari sebuah keluarga disahkan mengalami penyakit itu.

Jelasnya, kesemua kes melibatkan dua orang anak dan ibu mereka itu telah diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, biarpun keadaan itu terkawal, pihaknya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan pertussis terus terkawal dan tidak menjadi masalah kesihatan utama di negara ini.

“Keutamaan KKM adalah memastikan liputan imunisasi pertussis dalam kalangan kanak-kanak di negara ini kekal melebihi 95 peratus untuk memastikan golongan ini dilindungi daripada mendapat jangkitan.

“Kanak-kanak terutama bayi adalah kumpulan yang rentan kepada jangkitan pertussis. Sehubungan dengan itu, ibu bapa digesa untuk memastikan anak-anak mendapatkan imunisasi lengkap mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan,” ujarnya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 22-8-2023 11:02 PM
Iols dh mula start batuk blk ni
Quote Skuau 22-8-2023 11:38 PM
"mau kasi salah kita asing worang saja"-PATI bangla,myanmar,nepal,indon,rohingya,pakis,sri lanka,negro dll.
Quote Atata 22-8-2023 11:40 PM
Penyakit bawaan pti. Sabah paling tinggi, of cos lah sebab sana lah lubuk pendatang. Dalam satu rumah let say 10 org, mungkin 3 ada mykad, yang selebihnya tu takda dokumen means takda ic, takda surat lahir etc. Macmana boleh jadi mcmtu? Entahlah rumit nak explain
Quote Tinot7 23-8-2023 03:36 AM
Baby kena sbb isu imunisasi.. geng antibeks ni tak amik imunisasi asas jugak ka?
Quote Buritan 23-8-2023 06:39 AM
Tinot7: Baby kena sbb isu imunisasi..  ...


So kita yg amik ni tak kena ke sis.. soklan serius tanye nii
Quote airmineral 23-8-2023 08:54 AM
baru dgr berita ni kat radio
rasa mcm xcaya je
semalam pasal tibi arini batul kokol ni pula
tahap kesihatan rakyat msia ni mcm nak kembali ke zaman dulu pula
scaryyy
Quote bottombikini 23-8-2023 09:17 AM
alamak ni penyakit apa pula

iols batuk sejak demam bln june
esp bila cuaca sejuk2 begini mula la start batuk2
pegi klenet brp kali dah depa bagi ubat batuk sajok  
Quote Suchi 23-8-2023 09:24 AM
Iols pun tibe kena batuk
suara dh mcm itik serati
Jarang iols kena batuk so tak suka bila kena nnt lambat baik pastu jenis batuk yg pedih kat tekak tu,mlm2 nk tidur susah.
Quote Suchi 23-8-2023 09:26 AM
bottombikini replied at 23-8-2023 09:17 AM
alamak ni penyakit apa pula

iols batuk sejak demam bln june


Batuk kokol dah lama wujud sbb tu sejak baby dah kena amik vaksin.
Tp yelaa tak semua la baby amik hat mana mak pak tak mo vaksin kan anak tu mmg tak amik la.
Quote Suchi 23-8-2023 09:29 AM
Tinot7 replied at 23-8-2023 03:36 AM
Baby kena sbb isu imunisasi.. geng antibeks ni tak amik imunisasi asas jugak ka?

Yup, antivaksin yg sebetul2nya mmg tak amik sejak anak lahir lagi.
Hat takat tak amik vaksin cobid tu bkn la antivaksin pun terikut2 je lebih
Quote krustykrab 23-8-2023 09:35 AM
Iols pulak batuk ni mcm dh sebati dgn hidup
Dh tk heran kalau batuk dtg dan pergi.
Quote bottombikini 23-8-2023 09:50 AM
Suchi replied at 23-8-2023 09:26 AM
Batuk kokol dah lama wujud sbb tu sejak baby dah kena amik vaksin.
Tp yelaa tak semua la baby amik ...

tak penah batuk begini lama
biasa tak sampai sebulan pun
Quote amyza 23-8-2023 10:12 AM
Paling nak elak, batuk lah. Lambat baik, telan berbotol ubat batuk pun tak elok². Blom lagi ikut mcm² petua org, last² sangkut diabetes pulak. Hadoi, tobat dah.
Quote CiliPadiSedap 23-8-2023 10:50 AM
Skuau replied at 22-8-2023 11:38 PM
"mau kasi salah kita asing worang saja"-PATI bangla,myanmar,nepal,indon,rohingya,pakis,sri lanka,neg ...

setuju ada penyakit dh lama xde kt sini tp sejak warga asing tetiba pula ada. contoh penyakit sondol suami orang
Quote Erotika 6-9-2023 12:27 AM
Takottttttt...
Quote mawarika 6-9-2023 12:56 AM
I kalau boleh taknak kena batuk. Susah nak baik. Budak skola la risiko tinggi kena penyakit. Selsema la.. demam batuk.. pass baton dalam kelas tu. last 2 weeks anak i bawak selsema balik then jangkit Kat I.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.117756 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top