Kuantan: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai akibat tercekik buah rambutan, semalam. Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata mangsa Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam disahkan meninggal dunia oleh Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran sekitar 8 malam.
"Doktor di klinik berkenaan mengeluarkan buah rambutan dari mulut mangsa sebelum jenazah dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat. "Bedah siasat pada awal pagi tadi mengesahkan kematian mangsa akibat salur pernafasan tersumbat disebabkan oleh sesuatu objek," katanya semasa dihubungi di sini hari ini. Norzamri berkata polis mengklasifikasikan kematian mangsa yang beralamat di Kampung Sungai Ling Luar, Maran sebagai mati mengejut. Jenazah mangsa yang jga pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak, Maran pagi tadi.
Sumber: Harian Metro |
noor2 replied at 22-8-2023 09:13 PM
Innalillah...anak2 aku x reti mkn sebiji2...sampai umur 20 aku hiris dgn pisau..
.melampaukan ...tap ...
tikusmontok replied at 22-8-2023 09:26 PM
Sampai umor 20?? nanti uols dah takda, tak mkn rambutan la dorang.
Thunderclouds replied at 22-8-2023 09:17 PM
Tcekik rambutan is no joke.
Tarik nafas xlepas.
Hembus xlepas.
Jitu replied at 22-8-2023 11:09 PM
ni mesti mkn yg jenis tak longkah sbb tu tercekik, kat rumah bapak sy ada 2 jenis yg kuning dgn gul ...
Jitu replied at 22-8-2023 11:09 PM
ni mesti mkn yg jenis tak longkah sbb tu tercekik, kat rumah bapak sy ada 2 jenis yg kuning dgn gul ...
noor2 replied at 22-8-2023 09:13 PM
Innalillah...anak2 aku x reti mkn sebiji2...sampai umur 20 aku hiris dgn pisau..
.melampaukan ...tap ...
ADVERTISEMENT