CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Banduan Bakal Isi Kerjaya 3D

22-8-2023 05:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4238| Komen: 11

Melaka: Golongan bekas banduan terlatih bakal menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja dalam bidang 3D (kotor, bahaya, sukar) yang ketika ini dimonopoli pendatang asing.

Sasaran itu dianggap realistik apabila seramai 3,000 banduan bakal mengikuti latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam menerusi Program Sinar Di Sebalik Tirai Besi Pensijilan Kemahiran Malaysia bagi tempoh 10 tahun akan datang.


AKMAL Nasrullah (dua kanan) pada sidang media Program Sinar Di Sebalik Tirai Besi Inisiatif Pensijilan Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di Dewan Keris Laksamana,Penjara Sungai Udang. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, program menerusi kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Jabatan Penjara Malaysia itu memberi 'peluang kedua' kepada penghuni penjara selepas tamat menjalani pemulihan.


Katanya, sebanyak RM1.57 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan latihan kemahiran selama lapan bulan di semua 17 institusi penjara seluruh negara bagi tahun ini.

"Seramai 280 banduan terpilih sebagai perantis pertama bermula 1 Jun lalu. Melalui program latihan kemahiran secara teori dan amali ini, perantis didedahkan dengan skop berkaitan pelaksanaan cara kerja, pengendalian peralatan dan pematuhan keselamatan mengikut standard enam aktiviti utama pembersihan awam ditetapkan.

"SKM yang kita reka di bawah program ini mempunyai beberapa tahap, iaitu tahap dua sebagai pekerja am dan boleh disambung kepada tahap tiga atau empat menjadi penyelia dan peringkat pengurusan yang mana perantis juga diberi elaun RM500 sebulan," katanya selepas merasmikan Program Sinar Di Sebalik Tirai Besi Inisiatif Pensijilan Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di Dewan Keris Laksamana,Penjara Sungai Udang, di sini, tadi.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhamad.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, menariknya peluang kerja bagi perantis adalah terjamin sejurus selesai mengikuti program SKM menerusi kerjasama erat antara semua pihak terbabit.

Katanya, program itu diharap dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap kira-kira 6,000 pekerja asing daripada keseluruhan 27,000 pekerja dalam sektor pekerjaan 3D.

"Saya dimaklumkan ketiga-tiga syarikat konsesi di bawah seliaan SWCorp iaitu iaitu E-Idaman Sdn Bhd, Alam Flora Sdn Bhd dan SWM Environment Sdn Bhd bersedia menawarkan kerja fasa pertama membabitkan 137 penghuni penjara yang akan dibebaskan secara berperingkat mulai Januari 2024," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk memperluas inisiatif itu kepada penghuni di Sekolah Henry Gurney dan pusat-pusat pemulihan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 22-8-2023 06:35 PM
dah tanya majikan ke tak ni???@Pati sinang buat KULI maaaa........
Quote Tokeybundle 22-8-2023 06:38 PM
Kerja apa? PM blh ke
Quote Kitty_catz 22-8-2023 06:43 PM
masuk je la gig economy tu haaa,  kut keja ngan org payah sikit nak amek, then bersaing pulak ngan budak2 fresh grad diploma degree rekod bersih bagai

mmg tak lah kut
Quote B40tastePosh 23-8-2023 01:36 AM
Budak budak dadah tu elok bagi kerja kawasan pelantar laut
Quote FOTHER-MUCKER 23-8-2023 06:34 AM
100% takan menjadi nak harapkan dia orang ni.

Apa ko fikir mereka ni tak ada taste ke pak menteri? Taste mereka ni lagi tinggi.
Quote azimodin 23-8-2023 08:58 AM
Ada je company yg dah cuba ambik banduan jenayah kecil & gelandangan untuk berkerja 3D ni. Tapi last2 company yg sakit kepala
Quote B40tastePosh 23-8-2023 12:32 PM
azimodin replied at 23-8-2023 08:58 AM
Ada je company yg dah cuba ambik banduan jenayah kecil & gelandangan untuk berkerja 3D ni. Tapi last ...

Mungkin boleh suruh diorg kerja cuci lantai
Quote Jajuli 23-8-2023 01:09 PM
Yg penting attitude tu,  warga asing memang kerja betul nak cari duit, mereka tak kisahpun kerja sebulan full tanpa cuti, lagi suka adalah
Quote caprut 23-8-2023 01:21 PM
Ramai graduan ni ko kena tegas skit. Dah terbiasa. Tp okay je dorang kalau pndai pilih kawan
Quote shamsadis 23-8-2023 01:38 PM
bagus dah program ni, jangan ulangi jenayah lalu, mulakan kehidupan baru

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.056395 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top