Satu video tular menyaksikan seorang ibu berada bersama-sama anaknya di meja utama yang menempatkan kek hari jadi serta hidangan lain, menarik ‘party popper’ sehingga mengeluarkan kertas berkilat warna-warni dan bertaburan di atas makanan yang terdedah.
Dapat dilihat dalam rakaman, muka suaminya berubah menjadi emosi dan seakan-akan bengang. Disebabkan itu sambutan hari jadi tergendala sebentar kerana mereka terpaksa membersihkan kawasan tersebut serta makanan terlebih dahulu. Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ruhainiz berkata, apa yang berlaku pada 17 Ogos lalu sememangnya satu kesilapan kerana teruja meraikan hari istimewa anak bongsunya. "Masa menyanyi lagu hari jadi dan tiup lilin, sebenarnya saya acah-acah nak letupkan props tu. Sebelum ini masa hari jadi anak buah, mereka buat juga tetapi percikan kertas warna-warninya besar sikit jadi senang je kutip.
"Ketika itu juga suami cadangkan tutup makanan dulu, tapi saya fikir tak mengapa. Tapi tak jangka masa saya letupkan props itu, kertas-kertas berkilat warna-warni yang keluar bersaiz kecil dan halus. "Saya pun tergamam tengok ia berterbangan jatuh di atas makanan," ceritanya mengimbas kembali momen ketika hari jadi anak bongsunya itu. Tambah Ruhainiz yang menetap di Semporna, Sabah, dia dan suami serta dibantu dengan adik-beradiknya yang menjadi tetamu majlis itu membersihkan dahulu makanan dan kawasan ruang tamu rumahnya yang dipenuhi kertas berkilat warna-warni tersebut. "Dalam video nampak suami saya terus berlalu... ramai orang komen fikir dia marah. Sebenarnya dia ke dapur untuk ambil penyapu. Tak marah-marah pun. "Kemudian saya, suami, adik-adik bersihkan tempat itu, makanan saya pergi bersihkan dan masak semula. Tapi untuk tetamu, saya hidang makanan yang masih berlebih di dapur sebab saya masak banyak juga. "Alhamdulillah walaupun tergendala sekejap tapi sambutan berjalan dengan lancar selepas itu. Anak happy, semua dapat makan. "Saya muat naik video itu dengan niat mahu beritahu, sesiapa pun boleh jadi lupa atau tak sengaja. Jadikan pengajaran, jangan buat seperti yang saya buat. Nak letupkan props tu jangan depan makanan atau tak payah letupkan. Nanti menyesal macam saya," ujarnya yang bekerja sebagai seorang jurusolek sambilan di Sabah. Tidak menyangka videonya meraih sehingga 6.9 juta jumlah tontonan di TikTok, Ruhainiz berkata dia menyedari ramai yang memberi komen berbaur kecaman terhadapnya, namun mengambil pendekatan berlapang dada. "Pasal netizen, sebenarnya saya ‘koyak’ juga baca pedas-pedas semua komen mereka tapi saya terima dengan hati terbuka. "Saya tak marah pun sebab tahu salah saya. Apa pun ambil pengajaran daripada kisah tersebut," akhirinya. -CARI Sumber: mStar
|
Thunderclouds replied at 22-8-2023 11:57 AM
Penat tepek berita caprut dia mai tepek konten tiktok buat semak bod ci.
Hanat.
tumpanglalu74 replied at 22-8-2023 11:56 AM
Sape nampak laki dia marah jom angkat tangan beramai2..
cikatilia replied at 22-8-2023 12:12 AM
so adakah makan tu di makan?
shernazz replied at 22-8-2023 02:44 AM
Mak dia Bodo
Kangkung1M replied at 22-8-2023 02:55 PM
Seronok tengok bling2 jatuh dari langit, konsepnya.
ADVERTISEMENT