CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Warna Pelangi, Liang Lahad Kapten Shahrul Mangsa Nahas Elmina Indah

22-8-2023 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9933| Komen: 86

Kubur Kapten Shahrul Kamal Roslan yang terkorban dalam nahas pesawat pada Khamis menjadi perhatian ramai kerana tanah di dalam liang lahadnya berwarna seakan-akan pelangi.

Video itu dikongsi sendiri oleh salah seorang penggali kubur sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang, pada Ahad.


Foto: mStar

"Hari ni dah masuk hari ketiga dah, jenazah yang ditunggu-tunggu, kapten kapal terbang tak kunjung tiba lagi. Kemungkinan, InsyaAllah lepas Zohor atau Asar hari ni, Ahad.

"Kebetulan hari ni ada satu lagi kematian. Seawal 7 pagi dah punchcard kat sini. Jadi, ada yang teruja dengan keindahan pelangi ni. Ini pandangan daripada dalam.

"Pandangan dari lubang kubur dia. Ia memang berlapis-lapis macam ni. Merah, coklat sikit, merah, hitam, ni kekuningan, sini hijau-hijau sikit dan membawa ke kuning. Ada lapan warna berbeza," ujar penggali kubur itu.




Penggali kubur itu pada mulanya berada di bahagian atas sebelum dia masuk ke dalam liang lahad untuk membuat rakaman video dengan lebih dekat dan jelas.

Video penggali kubur itu turut dikongsi semula oleh pendakwah Jafri Abu Bakar sehingga ia dihujani pelbagai komen netizen.

"Mudah-mudahan ia merupakan salah satu tanda-tanda husnul khatimah kepada si mati. Allah boleh bagi sebarang tanda supaya manusia yang hidup boleh ambil iktibar atas apa yang berlaku.

"Apabila dia meninggal terbakar, itu juga salah satu syahid. Mudah-mudahan akan dikurniakan oleh Allah kebaikan-kebaikan nanti di alam barzakh dan kiamat. Mudah-mudahan kita semua ambil iktibar apa yang kita saksikan," ujar Jafri mengulas video itu.


Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa sayu, tak kurang juga kagum dengan bukti kekuasaan Allah dalam video tular itu.

"MasyaAllah, AllahuAkbar, Allah mengetahui segala rahsinya terhadap hamba yang dipilih dan terpilih.

"Subhanallah Allahuakbar. Betapa indah kuburnya, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang soleh, berada di taman-taman syurga.

"Subhanallah, seolah-olah kubur pun membuat persiapan untuk menyambut jenazahnya," tulis netizen.

Pesawat dalam perjalanan Pulau Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah itu terhempas pada Khamis.

Terdahulu, mStar melaporkan selain Shahrul, 42, sembilan individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

Seramai 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut susukan nahas itu.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Pulau Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 22-8-2023 11:15 AM
Dah...pelangi pulak..ghisauu

Quote freesia71 22-8-2023 11:23 AM
Kenapa aku rasa cam over sgt berita ni?
Quote pekanwoohoo 22-8-2023 11:26 AM
Dah mati tu mati je, tak payah nak menambah-nambah. Kau orang bukannya tuhan nak bagitahu orang ni masuk syurga ke neraka.
Quote hareeeesah 22-8-2023 11:26 AM
Penggali kubur zaman now pn…
Quote B40tastePosh 22-8-2023 11:32 AM
freesia71 replied at 22-8-2023 11:23 AM
Kenapa aku rasa cam over sgt berita ni?

"Subhanallah, seolah-olah kubur pun membuat persiapan untuk menyambut jenazahnya," tulis netizen.

Quote JunkMail 22-8-2023 11:33 AM
Macam macam la ... Takyah nak romantik kan kematian tak boleh ke? Elok elok org tak menyampah kang jadi meluat pulak
Quote pilot 22-8-2023 11:35 AM
now we know kenapa walau pun islam dr lahir tp boleh tersesat dgn ajaran2 yg melencong...sebab terlalu mudah taksub dgn sesuatu n mengaitkannya dgn logik akal...

Quote tumpanglalu74 22-8-2023 11:36 AM
Bukan pelangi tapi macam kuih lapis..
Quote mawardia 22-8-2023 11:37 AM
Dah aku kompius ni lubang kubur sape. Haritu kata Kdr (B) shahrul ex pilot navy tu. Ni kata kpt shahrul pilot flt tu pulak. Ei penggali kubur bgtau betul2 boleh tak. Nyampah lah gini. Yiihhhhhh.
Quote makadek 22-8-2023 11:42 AM
Hanya d porem sj dpt bc komen melawan aruss perdana
Tiada keterujuaaan
Astu lebai2 amik uat konten
Quote B40tastePosh 22-8-2023 11:44 AM
[youtube]QcMfgl-63XA[/youtube]
Quote krustykrab 22-8-2023 11:46 AM
Tak abis² lagi la cerita mistik ni
Quote rashiman 22-8-2023 11:47 AM
pekanwoohoo replied at 22-8-2023 11:26 AM
Dah mati tu mati je, tak payah nak menambah-nambah. Kau orang bukannya tuhan nak bagitahu orang ni m ...

biarlah penggali kubur tu nak menceritakan pengalamanya.....tentu dia jarang jumpa keadaan tanah yg macam ini, sekadar berkongsi dengan yg lain...
Quote Clan204 22-8-2023 11:48 AM
pengali kubur tu tak de test ke gali sebelah lagi utk double cek?
Quote ajinomotonosuga 22-8-2023 11:52 AM
JunkMail replied at 22-8-2023 11:33 AM
Macam macam la ... Takyah nak romantik kan kematian tak boleh ke? Elok elok org tak menyampah kang j ...

khurafat..tahyul mmg darah daging ramai melayu

meke mmg tercari cari satu keajaiban kepelikan keasingan..baru puas hati

kaum yg melankolik..sentimentol..sb tu mudah kne scam..nigga bangla pun senang cari makan

mcm makan .tadak sambal ameng tak pedas tak kick tak sodappppp mesti kne sambal gak baru syiokkkk

mcm tu ler dlm hidup melayu..klo tak wat mende bodoh mmg tak syiokkkk..tak sedap hidup ni..mesti ada satu keajaiban .pokok tu menangis ke pokok tu mengekek ketawa ker..awan tu bentuk kalam Allah kaaa awan tu mcm ada angel terbang ka n mcm mcm

senang actually nk tipu melayu nk kuasai melayu

inggeris mai dua tiga oang je bleh jajah tanah melayu beratus taun n arini omputih bontot hitam berkerak ramai ada ..tak sedo diri..omputih hidung kemek lagi kembang .bidoh..sapa tah dia nak tunjuk..bongok!
Quote grouper 22-8-2023 11:52 AM
Sebab tu la klau boleh sampai ke tua kena belajar cari ilmu..nampak sangat tanah tu ada kesan tambak bukan tanah asal. Lapisan bwh sekali maybe tanah liat sebab tu dia gelap sikit. Yg tgh2 tu topsoil dulu tapi x abis buang. Pastu baru lapisan atas sekali tanah tambak tanah merah atau laterit....
Quote Suchi 22-8-2023 11:57 AM
Iols ingatkan pelangi terbentuk lepas hujan kat kubur tu rupanya tanah kubur tu berlapis2
Jgnla sebut pelangi sbb mmg terbayang pelangi lepas hujan tu la.
Quote sufi^_^ 22-8-2023 11:59 AM
halahhh mengkeme punn, tu kan komen penggali kubur, bukan ahli geologist.
Quote pilot 22-8-2023 12:02 PM
Clan204 replied at 22-8-2023 11:48 AM
pengali kubur tu tak de test ke gali sebelah lagi utk double cek?

dlm artikel tu dia cakap ada satu lagi kematian meaning ada la dia gali kubur yg lain...

klu kubur yg dia gali tu pun sama je struktur tanahnya, moga dia menginsafi dirinya sendiri sebagai penggali kubur...supaya tidak menimbulkan sesuatu yg boleh buat orang taksub tak ketahuan hala

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.207315 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top