CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bangsa Melayu Terkejut Anak Tiba-Tiba Pandai Cakap Dan Tulis Bahasa Tamil, Hanya Belajar Melalui Video Dan Permainan Dalam Talian

22-8-2023 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1932| Komen: 9

PETALING JAYA – Seorang ibu bangsa Melayu terkejut apabila anaknya mampu menulis dan membaca bahasa Tamil walaupun sekadar belajar sendiri.

Wanita itu berkata, anaknya mempelajari bahasa tersebut melalui video dan permainan dalam talian selepas dia buntu mencari guru yang boleh mengajar anaknya.


Foto: via Kosmo

“Anak saya memang sukakan bahasa, tak kisah apa bahasa pun. Bulan lepas dia merayu nak belajar bahasa Tamil, tetapi kami tak boleh nak bagi dia belajar sebab kami tak jumpa guru yang boleh ajar dia.

“Dia nak sangat belajar bahasa Tamil, padahal bahasa Mandarin pun tak ‘power’ lagi. Masalahnya bahasa Melayu dan Inggeris pun tak fasih lagi. Jadi saya sekadar bagi dia tengok video-video yang ada di internet dan permainan belajar bahasa,” katanya melalui media sosial.

Tambahnya, dia hanya mengetahui anaknya itu sudah mahir bahasa Tamil apabila kanak-kanak tersebut mula menulis dan membaca beberapa perkataan dengan lancar.


“Dia tiba-tiba tunjuk dekat saya dia menulis bahasa Tamil, siap boleh membaca ya. Dia hanya ambil masa dua minggu untuk belajar bahasa baru ini,” katanya.

Kebolehan dan minat anak kecil itu dalam bidang bahasa mendapat pujian orang ramai di media sosial serta ada juga yang memuji ibu bapa kanak-kanak tersebut yang dilihat sentiasa menyokong anak mereka.

“Anak awak sangat istimewa, sudah tentu dia boleh pergi jauh,” kata Guna.

“Tetap sokong dia kak, benda ini bagus untuk masa depan dia. Nanti senang nak bergaul dengan semiua masyarakat,” tulis Hafiz. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 22-8-2023 10:30 AM
Anak sheols ada rupa mild syndrome down berdasarkan gambar.
Quote Purplehaz 22-8-2023 02:29 PM
Anak istimewa ni
Quote mamajawie 22-8-2023 02:54 PM
perlu ke nk fasih sangat mandarin ni?#sajatanya
Quote beautifulorchid 22-8-2023 02:58 PM
bestnye pandai banyak bahasa ni...kita ni english belajar dari sekolah rendah sampai sekolah menegah tak pandai pandai
Quote Decaffeinated 22-8-2023 02:59 PM
mamajawie replied at 22-8-2023 02:54 PM
perlu ke nk fasih sangat mandarin ni?#sajatanya

try lah pergi China


Quote rosedemon 23-8-2023 09:02 AM
ok tahniah la dekkk

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.047506 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top