CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 7 Bulan Perlu RM2 Juta Untuk Ubat Sokngan Dan RM9 Juta Untuk Suntikan Zolgensma

22-8-2023 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3377| Komen: 30

PETALING JAYA –Sufi Syafrina Mohd. Shafiq berusia 7 bulan yang menghidap Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1, memerlukan dana berjumlah RM2 juta untuk mendapatkan ubat sokongan Spiranza.

Bapa bayi itu, Mohd. Shafiq Idrus, 38, ubat tersebut bertujuan menguatkan saraf otot, sementara dana untuk suntikan Zolgensma berharga RM9 juta berjaya dikumpul.

Foto: Kosmo

“Pakar maklumkan, untuk rawat penyakit jarang jumpa ini, ubat Zolgensma perlu diambil sebelum usia Sufi mencecah dua tahun.

“Kini dana terkumpul sekitar RM80,000, nak capai RM9 juta akan mengambil masa. Jadi saya sasarkan dalam masa terdekat untuk dapatkan Spiranza terlebih dahulu sebab lebih murah.

“Saya merayu kepada orang ramai dan semua pihak untuk tampil membantu bagi mencu­kupkan dana tersebut,” katanya.

Mohd. Shafiq yang bekerja sebagai pembantu di ladang lembu dengan gaji RM1,800 sebulan berkata, buat masa sekarang anak bongsu daripada tiga beradik itu terpaksa bergantung dengan ubat sokongan Risdiplam yang berharga RM40,400 sebulan.


“Ubat sokongan itu memang mahal sebab itu kos bulanan untuk penjagaan keseluruhan Sufi mencecah RM58,000 sebulan.

“Ia temasuk kos untuk lain-lain keperluan seperti susu dan tiub yang perlu ditukar antara tiga ke empat kali sehari.

“Mujur ada sumbangan orang ramai dan pelbagai pihak, dapatlah saya tampung kos tersebut untuk kelangsungan hidup Sufi,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi Mohd. Shafiq di talian 011-59787879 atau sumbangan terus ke akaun Maybank atas namanya 562021680453.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, dua bayi iaitu Wan Muhammad Naail (Baby Naail) dan Muhammad Athif Fahri turut didiagnosis menghidap penyakit yang sama.

Kedua-duanya berjaya mendapat dana lebih RM9 juta hasil sumbangan orang ramai menerusi kutipan yang digerakkan oleh Yayasan Misi Rakyat. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote talapia 22-8-2023 09:24 AM
dah tak sesuai dah nama penyakit tu penyakit jarang jumpa.. dalam beberapa bulan ni aje.. kat Malaysia.. berapa baby dah yang kita tau minta sumbangan ubat untuk penyakit tu... takdela jarang jumpa sangat kot..

tapi tu la.. masih takde ubat generic untuk penyakit tu.. semua perlukan ubat 9 juta tu utk stopkan kemerosotan sel. mudah2an cepatla dapatkan sumbangan. misi rakyat ada ke untuk baby ni?
Quote tumpanglalu74 22-8-2023 09:38 AM
Takde sesape terpikey ke bende ni jangan2 scam je?
Quote KBW2 22-8-2023 09:40 AM
Takde ke sesapa terpike apsal makin ramai?
Quote AbukRokok 22-8-2023 09:42 AM
Makin lama makin byk pula
Sama mcm autism... Dulu xtau xpnah jumpa.. paling2 jumpa pun downnsyndrom

Skrg nah sana autism sini autism sampai buat kempen mcm nyamuk aedes
Quote bakingsoda 22-8-2023 10:49 AM
tumpanglalu74 replied at 22-8-2023 09:38 AM
Takde sesape terpikey ke bende ni jangan2 scam je?

silap2 semua yg terlibat dr baby yg jd pesakit sampai ke Dr yg bagi suntikan tu adalah pelakon upahan.
Quote krustykrab 22-8-2023 10:54 AM
AbukRokok replied at 22-8-2023 09:42 AM
Makin lama makin byk pula
Sama mcm autism... Dulu xtau xpnah jumpa.. paling2 jumpa pun downnsyndrom
...

Dulu² pun ada tp bomoh biasa diagnose budak² ni kerasukan disampuk jin setan.
Bila barat buat kajian baru la dunia tau penyakit ni tak de kaitan dgn jin setan pun.
Quote noor2 22-8-2023 10:57 AM
Minta maaf...aku skeptical yg amount bnyk2 ni...
Quote krustykrab 22-8-2023 10:58 AM
Penyakit ni dh jadi common ye. Takutnya la kot keturunan kita nnt kena. Takkn nk buat tabung setiap hari. Bygkn sehari je ada 10-20 baby yg disahkn penyakit ni. Jenuh nk kumpul. Awal² dulu ramai la menyumbang. Dah semakin ramai camni tahler.
Quote xtahumenahu 22-8-2023 10:59 AM
cuma nak tau baby2 yg dah dapat suntikan sebelum ni betul2 pulih ke?
Quote Perwira2022 22-8-2023 11:01 AM
9 juta tu berapa orang makan kat tengah.
Quote Buritan 22-8-2023 11:02 AM
talapia replied at 22-8-2023 09:24 AM
dah tak sesuai dah nama penyakit tu penyakit jarang jumpa.. dalam beberapa bulan ni aje.. kat Malays ...

Pelik pelik pnyakit dan sgt sgt mahal.. sian mak ayah ko dikk
Quote Buritan 22-8-2023 11:05 AM
xtahumenahu replied at 22-8-2023 10:59 AM
cuma nak tau baby2 yg dah dapat suntikan sebelum ni betul2 pulih ke?

Yep betul.. rkyt mesia tertarik yg pertama.. dah kedua ketuga benda tuu dah jd ermm..

Cam.amalina laa mula mula puluh A pas tuu dah biasa je dahh
Quote plywood 22-8-2023 11:06 AM
Kenapa mahal sangat ubat ni. tak bolehkah ada usaha manusia kepada manusia untuk bersifat lebih manusia supaya ubat ini menjadi lebih murah. atau usaha kerajaan mana-mana untuk kearah itu
Quote JunkMail 22-8-2023 11:40 AM
Aku dari awal awal dulu terfikir ubat ni tak logik langsung harga 9 juta. Pembuat ubat tu tak terfikir ke sapa je mampu beli ubat 9 juta?? Kecuali orang orang kaya billionaire. Target market dia siapa? Marhaen? Mana mampu nya nak afford ubat harga macam ni kalau penyakit dah jenis mudah jumpa macam ni. Memang tunggu mati je lah.
Quote grouper 22-8-2023 11:44 AM
Dulu xde media sosial bagai nak wat crowd fund ni mmg redha je la kan...harap urusan adik ni dipermudahkan
Quote Prickford 22-8-2023 11:50 AM
plywood replied at 22-8-2023 03:06 AM
Kenapa mahal sangat ubat ni. tak bolehkah ada usaha manusia kepada manusia untuk bersifat lebih manu ...

Sebab kos research mahal katanya.

Quote lifeline 22-8-2023 11:58 AM
kata nya sbb ubat ni genetik ke apa benda ntah
tp adik naail dh dpt
lepas adik naail pon ada lagi yg dpt kan
so iols mcm xrasa la scam sgt benda ni
tp tak tau nenanti kan
yg pentin dh cukup sumbangan kena inform la progress untuk dptkan ubat2 tu

dan pihak hospital pon rasanya kena inform jugak melalui socmed yg sumbgan utk baby sekian sekian dah dilaksanakan

rasanya pihak hospital parents dan ngo mcm berkerja sama utk dptkan ubat tu
tak de la simply bagi duit boleh terus beli ubat tu

ni utk elakkan scam la kan sbb dh mcm makin ramai skrng ni
Quote talapia 22-8-2023 01:13 PM
AbukRokok replied at 22-8-2023 09:42 AM
Makin lama makin byk pula
Sama mcm autism... Dulu xtau xpnah jumpa.. paling2 jumpa pun downnsyndrom
...

aku rasa dulu2.. mana yg kena penyakit ni.. memang berserah pada takdir ajela.. sape je terpikir mampu nak beli ubat harga 9 juta?
baby yg ada penyakit ni pulak.. kalau x dapat ubat 9 juta tu dlm tempoh umur 2 tahun..  sel2 dia akan merosot teruk n akan mati. So mungkin ramai yg kena sebelum ni.. hanya menunggu ajal aje la..

sekarang.. sejak berita pasal adik Naail berjaya kumpul 9 juta tu... parents pesakit lain pon rasa masih ada harapan untuk cuba selamatkan anak dorang.. walau selama ni pon beratus ribu agaknya sumbangan dah diterima.. tapi itu sekadar untuk memperlahankan simptom tu aje.. in total.. dalam beberapa tahun.. seluruh organ baby tu akan collapse n mati.
Quote kucingitam 22-8-2023 01:47 PM
KBW2 replied at 22-8-2023 09:40 AM
Takde ke sesapa terpike apsal makin ramai?

nak blame vaccine tak?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.044010 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top