CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Diseret Polis Kerana Halang Tanahnya Dirampas

21-8-2023 10:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5930| Komen: 8

New Delhi, India  – Polis negeri Madhya Pradesh dikecam selepas  video tular memaparkan beberapa anggotanya mengheret seorang wanita dengan cara menarik rambutnya, lapor laman berita NDTV.


Chaina Bai Kachi juga  didakwa dibelasah dan ditahan selepas dia menuntut pampasan bagi kerja pemasangan menara elektrik di tanah miliknya di daerah Katni.

Chaina diheret oleh polis selepas menghalang kerja-kerja pembinaan menara elektrik di tanah miliknya. – NDTV

Menurut laporan, Chaina dan beberapa saudaranya cuba menghalang sebuah jentolak daripada memulakan kerja pemasangan menara elektrik.

Disebabkan tindakan tersebut, beberapa anggota polis dikatakan membelasah mangsa  dan  menahan empat yang lain.

Chaina menerusi khidmat peguamnya mendakwa bahawa  dia tidak menerima sebarang pampasan bagi projek pembangunan tersebut. Dia turut menyatakan bahawa kontraktor syarikat elektrik cuba merampas tanahnya.


Peguam Chaina mendesak tindakan tegas diambil ke atas anggota polis yang terlibat sambil menambah, pihak berkuasa tidak mengendahkan aduan anak guamnya sebelum ini.

Pegawai kanan polis kanan, Manoj Kedia ketika menjawab soalan wartawan berkata, Chaina membuat kacau dan menghalang kerja pemasangan menara elektrik yang menyebabkan dia layak ditahan.

Dia turut menafikan Chaina dibelasah anggota polis sambil berkata: “Anggota polis wanita kami bertindak mengikut undang-undang.”


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-8-2023 11:04 PM
Polis tu mcm acik shila.

Quote Page88 22-8-2023 01:29 AM
This is beyond sad.
Quote Page88 22-8-2023 01:29 AM
This is beyond sad.
Quote Suchi 22-8-2023 06:02 AM
Uniform dorang mmg kena tuck in ke? Dahla baju ketat belaka, patut kena pakai baju longgar skit tidak jaga la badan memasing tu
Quote ipes2 22-8-2023 06:11 AM

saya almost berkata yang sama
(yang pegang the suspect tu kan)
Quote malarky 22-8-2023 09:42 AM
Suchi replied at 22-8-2023 06:02 AM
Uniform dorang mmg kena tuck in ke? Dahla baju ketat belaka, patut kena pakai baju longgar skit tida ...

uniform polis wanita india (in genaral)

Untitled-design-2022-07-20T184504.497.png
news-22-1-2.jpg
Quote Ayda89 22-8-2023 10:26 AM
Mangsa pulak dipersalahkan. Apa ke gila undang2 nya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039719 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top