CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia Jiran Penting Malaysia - PM

21-8-2023 09:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3271| Komen: 10

Kuala Lumpur: Indonesia adalah jiran penting kepada Malaysia, justeru kedua-dua negara sepatutnya boleh saling melengkapi antara satu sama lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan dan bekerjasama dengan baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta.


"Saya fikir daripada bersaing dengan sengit, kita sepatutnya boleh saling melengkapi, dan itu menjadi 'semangat' perbualan saya dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dan diikuti oleh industri," katanya semasa temu bual eksklusif bersama program 'The CNBC Conversation' yang disiarkan hari ini.

Martin Soong, hos program temu bual itu bertanyakan kepada Anwar sama ada Malaysia akan bersaing dengan Indonesia untuk membina rantaian bekalan baterinya, daripada perlombongan hingga kepada pemasangan, susulan minat pelaburan oleh Tesla.

Perdana Menteri berkata Malaysia telah mengeluarkan baterinya sendiri dan mampu menawarkan kelebihan kepada pembuat kenderaan elektrik (EV) itu.


"Pemahamannya, sudah tentu, untuk membeli bateri kami. Ia lebih murah dan dihasilkan di sini dan (ia memberi kelebihan), itulah yang mereka katakan, Mengapa mereka perlu membawa bateri dari seluruh dunia?

"Apa yang penting adalah kami mempunyai kapasiti untuk menghasilkan bahagian atau bateri yang diperlukan kereta," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, bukan sesuatu yang baharu bagi pelabur asing untuk memegang 100 peratus pemegangan saham ekuiti di Malaysia.

"Terdapat pengecualian yang diberikan bagi aktiviti atau pelaburan berkaitan transformasi digital atau teknologi maklumat (IT)... kami telah melakukannya pada masa lalu, (tetapi) sangat selektif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Tesla akan menjual kenderaan elektriknya di negara ini tanpa permit diluluskan (AP) adalah langkah 'sekatan tanpa lesen' sekali sahaja atau petanda yang menunjukkan pihak lain turut boleh berbuat demikian.

"Jadi isunya bukan hanya Elon Musk. Saya rasa amat diperlukan di negara ini untuk memberi keyakinan dan penyertaan pemain kami yang berminat dengan SpaceX, yang mana tiga syarikat Malaysia (yang) terlibat," katanya, tanpa mengulas lanjut.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 21-8-2023 11:55 PM
Dasar pandang ke indonesia
Quote Antifake 21-8-2023 11:55 PM
Edited by Antifake at 21-8-2023 11:56 PM

Dari dulu mmg dia banyak mengagumi indonesia
Quote tumpanglalu74 22-8-2023 12:13 AM
Ala..  Bung Nuwa.  Maciam tak biase..
Quote terma2nkondisi2 22-8-2023 12:16 AM
Edited by terma2nkondisi2 at 22-8-2023 12:19 AM

laporan berita daripada cnbc indonesia berkenaan salah satu kerjasama yg bakal diadakan antara malaysia dan indonesia... menunjukkan indonesia mmg jiran yg amat penting buat malaysia

"Pemerintah Indonesia dan Malaysia bakal menjalin kerja sama dalam pengembangan sumber daya minyak dan gas bumi (migas) di wilayah sengketa, yakni di Blok Ambalat. Kedua negara diwacanakan akan membentuk Joint Development Agreement (JDA)."

Ada 'Harta Karun' di Area Sengketa, RI-Malaysia Lakukan Ini..

berita2 lain berkaitan:

Terkuak! Ada Titah Jokowi di Balik Proyek Migas Area Sengketa

Pertamina-Petronas Kerja Bareng Garap Proyek di Area Sengketa
Quote sharlenetexas 22-8-2023 01:24 AM
Antifake replied at 21-8-2023 11:55 PM
Dari dulu mmg dia banyak mengagumi indonesia

Teringat pulak amin rais.
Quote MissYouSayang 22-8-2023 07:24 AM
iols just tunggu tun m buka mulut je pasal isu ambalat ni.
Jaga ko peliwat terkutuk!
Quote bottombikini 22-8-2023 07:45 AM
nak tau pasal ambalat je skrg
lepas tu baru nak relate kenapa kau rasa indo ni begitu penting
Quote dekmieDandy 22-8-2023 12:06 PM
eloklar, indon ni dekat

rakyat pun ramai, the power of 300 juta manusia

bayangkan malaysia ni dah rasa sesak, tapi baru 10% je jumlah penduduk sana
Quote Skuau 22-8-2023 12:35 PM
patut la indon rasa depa BESAR kat Msia ni...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.047401 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top