“Jual petai untung RM60,000," kata seorang pengguna TikTok. Lelaki dikenali sebagai Mohd Zaini Zawawi itu berkata dia mendapat keuntungan sehingga RM60 bagi setiap pek berisi dua kilogram petai.
Perkongsiannya itu ternyata mengejutkan warga maya kerana tidak menyangka makanan yang dijadikan ulam itu mampu memberi pulangan lumayan. Malah dia turut berkongsi cara untuk mendapatkan keuntungan sebanyak itu hanya dengan menjual petai. “Ni saya share rahsia, sekarang memang harga (petai) jatuh... murah. Ada orang jual RM50 hingga RM60 tapi saya jual RM30 sahaja. “Bila masanya saya boleh untung sehingga RM60? Apabila stok petai terputus, satu Malaysia tidak ada petai tapi saya ada,” ujarnya menerusi akaun Restoran Kak Sal Kelate.
Menerusi perkongsian video itu juga, dia mengakui menyimpan stok dalam kuantiti yang banyak. Jelasnya jualan akan mencecah RM60 sekilogram apabila harga petai melambung naik sehingga RM100 per kilogram. “Kalau simpan 100 kilogram dah RM6,000. Kalau satu tan dah RM60,000. “Memang senang dapat duit tetapi kita perlukan modal dan kena pandai jual. Alhamdulillah, saya ada permintaan daripada restoran dan pengusaha yang buat sambal hijau serta sambal tempoyak,” katanya lagi. Tambahnya, dia akan membuat banyak stok untuk sambal petai dan tempoyak. “Sekarang orang tak cari (tempoyak) tapi tunggu durian habis, dia keluar dengan harga yang berbaloi-baloi. “Alhamdulillah buat masa sekarang saya ada lima buah freezer untuk simpan stok,” ujarnya. Mohd Zaini Zawawi berkata, kesemua petai tersebut dibelinya di Betong, Thailand. Menurutnya, harga yang dibeli hanyalah sekitar belasan ringgit sahaja terutama sekali semasa terdapat lambakan stok seperti sekarang. “Saya beli yang dah siap kupas kulit... selalunya beli 300 kilogram setiap kali masuk ke Thailand. “Lagipun sekarang harga tengah murah, jadi saya beli banyak dan simpan buat stok,” ujarnya yang kemudian menjual semula kesemua stok tersebut. Bijak ‘bermain harga’, peniaga berusia 40 tahun ini mengakui petai tempatan tidak mempunyai stok yang banyak seperti di Thailand. Malahan kebanyakan yang dijual di pasaran pada masa ini diperoleh dari negara jiran tersebut. Dia yang sudah berniaga petai selama lima tahun turut menyatakan stok yang disimpan kekal segar kerana tidak direndam di dalam air. “Petai yang sudah dikopek lebih segar dan tak mudah rosak kalau dibiar sehingga tiga atau empat hari... jangan rendam dalam air. “Kalau nak simpan lebih lama, terus masukkan ke dalam peti sejuk beku,” ujarnya yang berasal dari Jeli, Kelantan dan kini menetap di Permatang Pauh di Pulau Pinang. Menyusuri ruangan komen, kebanyakan pelayar TikTok menyatakan hasrat untuk membeli petai yang dijual kerana dikatakan lebih murah berbanding pasaran. Pun begitu, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman berniaga sepertinya. “Betul bos. Sekarang petai murah sebab banyak... masa mula-mula hari tu saya pun jual sepapan RM1.50, dapat untung berganda. “Itu kiraan kasar saja, kena kira juga kos elektrik untuk simpan freezer. “Saya pun tengah simpan stok petai jeruk, dah ada 200 kilogram. Masa petai putus stok, permintaan tinggi,” ujar beberapa warga maya. -CARI Sumber: mStar Online
|
TOPwind: lain kali jgn lah viral - rugi ...
glump replied at 21-8-2023 09:55 PM
Semalam jiran hantar petai 5 papan .katanya petik sendiri kat umah mak dia.. mmg lain macam ranguup ...
jfq replied at 21-8-2023 08:35 PM
Cuba chek betul ke petai ori atau sintetik
Mcm buah gajus yg berlambak2 stok kat thailand dgn padan ...
glump replied at 21-8-2023 09:55 PM
Semalam jiran hantar petai 5 papan .katanya petik sendiri kat umah mak dia.. mmg lain macam ranguup ...
supernaturalee replied at 22-8-2023 02:19 PM
arwah m. zain aka labu pnh sebut buah genuak
gugel2 pnh la nmpk org jual di pasar
x pnh makan
ally9970 replied at 22-8-2023 05:31 PM
Alah kau makan weekend pun, kencing hari Isnin pun still berbau lagi..
ADVERTISEMENT