CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hikmah Dua Tahun Dipenjara- Ismahalil Dah 3 Kali Khatam Al-Quran, Jaga Solat Dan Jadi Bilal

21-8-2023 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1808| Komen: 1

Ismahalil Hamzah berkongsi tenpoh dua tahun meringkuk dalam penjara banyak mengajarnya erti keinsafan malah mengambil peluang itu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Isma, 50, berkata, dalam tempoh itu juga dia berjaya khatam al-Quran sebanyak tiga kali malah sering bertindak sebagai bilal apabila masuknya waktu solat.


Gambar Hiasan

"Di dalam sana (penjara) Alhamdulillah saya berpeluang jaga solat, laungkan azan setiap kali masuk waktu solat.

"Saya juga berjaya khatam al-Quran sebanyak tiga kali. Masa mula-mula nak lepaskan surah al-Bakarah itu agak lama sikit tapi surah-surah selepas itu dipermudahkan.

"Apabila sudah dibebaskan, rasa cinta dan sayangkan al-Quran semakin kuat," katanya kepada mStar.

Berkongsi saat pertama kali menjejakkan kaki ke Penjara Sungai Buloh, Isma mengimbau pada awalnya dia seakan-akan hilang semangat namun melaluinya dengan baik apabila mula bergaul dengan banduan lain.


"Siapa yang tidak rasa down... Pada awalnya saya asyik nak tidur sahaja tapi Alhamdulillah dalam penjara ini banyak aktiviti diadakan malah berkongsi makanan dengan rakan-rakan yang lain.

"Penjara mungkin tidak selesa tapi ia menimbulkan rasa insaf... Di sini juga saya belajar syukur, sabar dan reda. Mungkin payah tapi itu terpaksa kita lalui," ujarnya.

Sementara itu, Isma berkata, meskipun sudah dibebaskan namun dia tidak dapat mengelak daripada kata-kata negatif orang sekeliling terhadapnya.

Lali dengan perkara itu, Isma berkata, dia masih dalam tempoh berehat sementara mencari waktu sesuai untuk kembali bersiaran.

"Sekarang ini saya perlu rehat dahulu... Perlu kembalikan semula semangat. Biasalah kadang ada orang bercakap negatif tapi saya sentiasa maafkan orang.

"Tak perlu sakit hati tapi masanya untuk merawat hati," luahnya.

Untuk rekod, Isma sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pada 17 Julai lalu, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin melepaskan dan membebaskan pengasas Bapakku FM itu daripada pertuduhan berkenaan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 21-8-2023 05:33 PM
Semoga Najib dapat siapkan PhD

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.047348 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top