CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amelia Handerson Tak Takut Dikecam Jadi Pelacur

21-8-2023 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3054| Komen: 25

Amelia Henderson akui ianya agak mencabar bagi dirinya untuk membawa watak sebagai seorang pelacur dalam drama One Million Dollar Voice.

Amelia berkata watak tersebut agak berbeza dan tidak pernah dibawa dalam mana-mana naskhah lakonannya sebelum ini.


Tambah Amelia lagi, dia juga mahu mencabar kredibiliti dirinya sebagai seorang aktres.

Foto: IG

"Agak mencabar untuk bawa watak pelacur dan ini merupakan watak yang lain daripada apa saya yang pernah ambil sebelum ini.

"Macam sebelum ini, banyak dapat watak yang memerlukan air mata yang berat-berat. Saya tak rasa pernah bawa watak seperti ini sebelum ini.

"Saya terima watak seorang pelacur kerana itu merupakan satu cabaran untuk saya sebagai pelakon," katanya kepada OhBulan.



"Dia juga sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan daripada netizen.

"Kalau penonton rasa watak pelacur itu berat, mungkin kalau mereka tonton drama ini mereka akan menangis.


"Kalau tanya saya takut atau tidak nanti dikecam netizen, saya tidak takut dengan kecaman. Kerana saya pelakon dan tugas saya hanya melakonkan watak tersebut sahaja.

"Saya percaya dengan watak ini dan yakin boleh bawa dengan baik. Personaliti daripada watak tersebut sebenarnya ada perkara yang positif meskipun berada dalam situasi negatif.


"Untuk watak ini jangan menilai terlalu awal hanya kerana dia seorang pelacur. Tapi kenapa dia jadi pelacur itu yang penonton kena tahu." -CARI

Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 21-8-2023 10:41 AM
makin x suka kat amelia nih
Quote September14 21-8-2023 11:06 AM
Klu muka mxmni watak kena pelacar kelas atasan.. klu pelacur lorong x sesuai sis
Quote Buritan 21-8-2023 11:12 AM
September14: Klu muka mxmni watak kena pela ...


Yep lebih pd pompuan simpanan.. sbb dia cantik.. teringat aku arwah aziz ape yg lawak tuu berlakon jd pondan lorong siap pakai baju tido.. pas tuu ade pakai gincu.. hahaha..
Quote Kancilkering 21-8-2023 11:13 AM
dia ni sure penguna sun block tegar….

tgok concert pun pakai tongkak….kaki pengkor tu duk rumah je lah beriye sangat nak buat appearance …..
Quote anilanil 21-8-2023 11:20 AM
Apa maksud misogynistic, ame asnaf? Apa maksud women empowerment?  Demi mencari rezeki yg halal & barakah, bukankah lebih baik menjadi cleaner. Mengapa harus pilih profession paling tua di dunia?
Quote Perawankota 21-8-2023 11:26 AM
Aku mula2 ingat ni reality show, sekali drama rupanya…
Quote she 21-8-2023 11:28 AM
Lahhh ritu kes saman
Pasal taknak rendahkan martabat wanita mangsa rogol
Jadi pelacur takpe pulak

Hah sudahhh
Quote heythere123 21-8-2023 11:29 AM
ironik sebab sebelum ni kemain naik turun mahkamah sebab taknak watak wanita tertindas.

Women empowerment minah ni selektif rupanya. Makin terserlah perangai putar belit
Quote miss_strangers 21-8-2023 11:33 AM
Bak kata kakdud....makin terserlah perangai pari2
Quote makadek 21-8-2023 11:40 AM
Tgk dia teringat anak aku
Quote I.K.A888990 21-8-2023 11:40 AM
putar putar kau cakap
janji kau je yg betul ye tak
Quote rotiban 21-8-2023 11:49 AM
Edited by rotiban at 21-8-2023 11:50 AM

drama nek aida ko reject konon merendahkan martabat wanita
tapi drama ni ko jadi pelacur....boleh pulak? tak paham aku
cakap mcm Kelly Ng..tp dia mmg asal Kelly Ng pon
Quote Aneem 21-8-2023 03:08 PM
Dasar kelly ng
Belit la selagi boleh
Quote jambatannetizen 21-8-2023 03:57 PM
she replied at 21-8-2023 11:28 AM
Lahhh ritu kes saman
Pasal taknak rendahkan martabat wanita mangsa rogol
Jadi pelacur takpe pulak

Aku baru nak cakap! Terang2 kes aida tu dia salah. Knapa takmo ikot idriskhan je pegi mintak maaf.

Org pun akan lupa.
Quote Nana_Man 21-8-2023 04:40 PM
Buat penat naik turun mahkamah… jd pelacur ok pulak…
Quote winky1 21-8-2023 07:29 PM
Dia ni betul ke IQ tinggi
Quote innocentsangat 21-8-2023 07:39 PM
Kira up sikit la. Watak ni dari pelacur. Dia nak ubah hidup. Like datttt.
Quote mawardia 21-8-2023 07:43 PM
Erkkk haritu sebab x mo scene rogol.
Tp amik watak pelacur/pompuan simpanan, voleh vulak?
Alaaaaah dasar kelly.
Quote sharlenetexas 21-8-2023 07:55 PM
Up skit berlakon jadi pelacur ahli Mensa.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.054357 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top