CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ummi Sayang Daddy Ameena, Tapi Ummi Tak Boleh Bersama..."-Shakilla Khoriri

21-8-2023 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3166| Komen: 17

Shakilla Khoriri tak dapat menahan sebak semasa meluahkan ucapan buat anaknya iaitu Ameena Sofia.

Menerusi temu bual bersama majalah Pama, dia dan Ameena sudah terbiasa dengan kehidupan sekarang dan mereka lebih tenang selepas mengharungi perjalanan yang sukar.


Foto: IG

"Dear Ameena Sofia, simpan sini untuk tatapan you nanti. Satu penghargaan yang terlalu berharga dalam hidup aku. Penghargaan yang tak pernah aku jangkakan tapi siapa aku untuk halang takdir dan perjalanan yang Allah tentukan. Alhamdulillah. Allah tarik satu nikmat, Allah ganti dengan 10 kali ganda nikmat dan sesuatu yang baik untuk aku dan Ameena.

"Hari demi hari perjalanan yang sukar dah jadi semakin baik. Sakit dan parut makin pudar. Aku dan Ameena dah terbiasa dengan apa yang kami jalani setiap hari. Lebih tenang. Lebih bahagia. Lebih bertambah baik. Banyak rancangan yang kami fikir dan rancangkan. Walaupun Ameena tak tahu yang perancangan tu semua perlukan effort, tenaga Umi dan duit yang banyak tapi inshaAllah kita cuba dapatkan one by one.



Tambahnya dia jarang tinggal Ameena bahkan, akan mengutamakan anaknya terlebih dahulu berbanding kerja.

"Tapi sejak hari itu, setiap hari aku yakin yang Allah sentiasa ada untuk kita orang. Rezeki Allah bagi tu entah dari mana datangnya tapi sentiasa mencukupi untuk kita berdua. Jarang aku tinggal Ameena untuk kerja. Bila aku terpaksa pilih Ameena atau kerja, aku tanpa was-was pilih Ameena. Duit boleh cari. Allah akan bagi. Tapi masa dan moment dengan orang yang aku sayang tak akan berganti.


"Aku tahu pilihan aku tak salah bila satu persatu Allah tunjukkan bukti. Tanpa aku cari. Tanpa aku kisahkan. Satu persatu Allah tunjukkan sesuatu yang aku tak jangka. Satu persatu Allah tunjukan perangai sebenar manusia. Satu persatu keburukan yang hilang tanpa aku sedar itulah yang terbaik untuk aku. Satu persatu datangnya kebaikan yang aku tak terjangka. Keburukan yang aku lihat buat aku usaha perbaiki diri. Kebodohan yang aku lihat buat aku belajar untuk berfikir dan ukur diri sendiri.

Shakilla berharap anaknya itu sentiasa berada dalam lindungan Allah dan menjadi anak yang hebat.



"Semoga kasih sayang untuk Ameena Sofia lebih mencurah, sentiasa ada kebaikan yang datang merapat dengan Ameena.
Sentiasa berada dalam lindungan Allah walau jauh dari pegangan dan peluk aku. Sentiasa terima doa yang baik dari ramai orang. Sentiasa bahagia dan jadi anak yang bertuah dalam segala hal. Ameena anak yang hebat. Tak layak untuk rasa tak happy atau tersisih dengan apa yang berlaku. All the best to you Ameena Sofia. I sayang you sampai Syurga." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 21-8-2023 10:22 AM
..tapi apa? tapi ummi takleh tahan nak menyundels ngan laki orang.... gittewwwww... terpaling puisi ye.
Quote Perawankota 21-8-2023 11:28 AM
Org yg suka tulis panjang berjela2 kat socmed ni aku susah nak percaya..
Quote LadyWhistledown 21-8-2023 11:35 AM
menyucikan diri guna anak?
Quote IvyGorgon 21-8-2023 01:50 PM
boleh tak sheols ni mereput pencen aje? Makin ramai retis menyondol yach, iols bitter tengok muka sekor2
Quote dewi_rina 21-8-2023 02:10 PM
sebab ummi ada jate lain nak oi.... ummi kena cover sebab laki orang yg ummi dudakan
Quote amyza 21-8-2023 02:17 PM
Panjangnye karangan
Nak suruh anak baca bila besar nanti yek. Kalau dah ajal, family member mesti tutup terus ig tu nak kurangkan dosa mengalir sbb dia freehair kan
Quote innocentsangat 21-8-2023 02:40 PM
Tak habis lagi.
Quote babelina 21-8-2023 02:50 PM
nie mcm nk alih perhatian kisah ngn laki org hrtu jer.. hehehe
Quote Lavender_Violet 21-8-2023 02:55 PM
Apoo....awal2 mcm nak tulis poem utk anak, tetiba tengah2 eh..eh...cerita pasal diri sendiri pulak
Bukti Allah tunjukkan satu persatu lah apa lah...
Hadoiiii...x habis2 proses menyucikan diri sheols
Baideway, x de pulak dlm artikel tu mentioned apa2 yg mcm kat tajuk tu
TT create sendiri ke???
Quote asfaz 21-8-2023 02:57 PM
Lavender_Violet replied at 21-8-2023 02:55 PM
Apoo....awal2 mcm nak tulis poem utk anak, tetiba tengah2 eh..eh...cerita pasal diri sendiri pulak
B ...

Malas nak baca karangan terpaling victim penyondol tu
Dia ckp Allah tunjuk satu persatu eh?
Haa betul la tu ,kantoi gmbr mesra dgn laki org.
Quote Aneem 21-8-2023 03:03 PM
Terpaling luahan hati
Semakkkk
Quote azimodin 21-8-2023 03:36 PM
Cubaan menyucikan diri le tu
Quote markonahlah 21-8-2023 03:37 PM
Makin menyampah dgn dia ni
Quote immortallez 21-8-2023 03:38 PM
Punca dia bercerai sebab curang ke uols? Patutla ex suami dia mmg berpatah arang terus tak nk rujuk
Quote kashaz 21-8-2023 04:52 PM
Terpaling menulis. Bahasakan anak as you tu, mcm pelik plak.
So masih dgn laki orang ke?
Wife laki tu takmo meletup ke spill story, bagi dia terdiam takde acah suci lagi.
Quote marchikobonzo 21-8-2023 04:57 PM
Terpaling victim la
Quote bankerpencen 21-8-2023 06:44 PM
Ah sudah terpaling mak ye. Padahal…

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.075151 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top