Kuala Lumpur: Datuk Misbun Sidek sedia 'membawa diri' ke luar negara bagi meneruskan misinya melahirkan pemain nombor satu dunia yang keempat. Selepas sah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), jurulatih berusia 63 tahun itu mendedahkan beliau ada menerima beberapa tawaran dari negara lain yang berminat mendapatkan khidmatnya.
Walaupun tidak mendedahkan butiran tawaran berkenaan, difahamkan Thailand dan Singapura antara yang mahu mendapatkan sentuhan Misbun. Misbun, berkata beliau tidak pernah patah semangat untuk melahirkan pemain nombor satu dunia keempat menerusi air tangannya selepas berjaya melakukannya ke atas Datuk Lee Chong Wei, Datuk Rashid Sidek dan Roslin Hashim. Katanya, beliau mempertimbangkan tawaran yang diterimanya dengan serius kerana mahu berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimilikinya kepada pemain. "Memang hati saya untuk negara, tetapi kalau khidmat saya diperlukan oleh negara luar, mereka mahukan idealogi saya untuk membentuk pemain mereka, apa salahnya?
"Kalau ikutkan tawaran itu untuk pasukan senior, yang mereka mahukan adalah dari segi sentuhan penyudah, untuk mengajar mereka bagaimana mahu mencapai kemenangan. "Harapan saya juga adalah mahu mencari pemain nombor satu dunia yang keempat dan bersedia sekiranya ada potensi melakukan di luar negara. "Apa pun, saya belum buat keputusan kerana ia bergantung kepada beberapa syarat tertentu yang saya kemukakan, tetapi untuk buat masa sekarang, saya mahu berehat terlebih dahulu kerana sudah lama saya tidak berehat," kata Misbun ketika sidang media di sini, hari ini. Dalam pada itu, Misbun memberitahu faktor utama dia enggan menerima semula tawaran dikemukakan BAM adalah tidak mahu mengganggu perancangan skuad remaja yang sedang melakukan persiapan menghadapi Kejohanan Remaja Dunia yang akan berlangsung di Washington, Amerika Syarikat (AS), bulan depan. "Saya membuat keputusan untuk menolak tawaran itu kerana saya tidak mahu ganggu persiapan skuad remaja ke kejohanan dunia, mungkin perancangan sudah diatur. "Memang saya yang aturkan program, sejak dari kejohanan dunia tahun lalu. Tetapi kali ini saya akur, kerana dalam tempoh dua minggu ini banyak perkara telah berlaku dan kesuntukan waktu," kata Misbun. Sumber: BH Online |
Jajuli: Sembang je, tu hari skuad juni ...
Jajuli: Sembang je, tu hari skuad juni ...
ADVERTISEMENT