CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemandu E-Hailing Memandu Sambil Tengok 'Awek' Di TikTok

20-8-2023 01:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1477| Komen: 1

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial, seorang pemuda berkongsi pengalamannya menaiki kenderaan e-hailing dan pemandunya rancak menggunakan aplikasi media sosial itu ketika memandu.


Lebih mengejutkan, pemandu lelaki itu dilihat kerap ‘scroll’ dan memilih video-video yang memaparkan wanita sahaja untuk ditonton.

Dalam video berdurasi 2 minit dan 43 saat itu, penumpang berkenaan menjelaskan ini bukan pengalaman pertama kali dia berdepan pemandu e-hailing yang ketagih bermain TikTok.


“Sebenarnya dah banyak kali terjadi, tapi semalam insiden paling teruk. Bro, kau nak main TikTok kat lampu isyarat, tengah lampu merah, tengah tunggu, OK tak apa. Tapi kau tengah memandu, scroll scroll,” katanya.

Apa yang menjadi kebimbangannya adalah sikap pemandu e-hailing yang memandu berkenaan akan mengancam keselamatan penumpang.

“Kebimbangan aku adalah keselamatan. Macam mana kau boleh fokus di jalan sedangkan kau tengah scroll kat TikTok. Kalau kau dengar video tak apa, tapi kau scrolling,” ujarnya.


Gara-gara bermain aplikasi popular itu, dia mendakwa pemandu e-hailing yang membawanya itu memandu terlalu perlahan antara 60 hingga 70 kilometer sejam.

“Kalau kau langgar kereta depan pun aku rasa tak akan mati. Sebab kau memandu terlalu perlahan. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 30 minit, tapi dia bawa saya sampai 50 minit untuk tiba ke destinasi.

“Sebenarnya aku ni jenis tak merungut kalau orang lain pandu perlahan. Aku dah kena dengan pakcik yang pandu perlahan, aku okay.

“Tapi kau pandu perlahan sebab tengah buat sesuatu (main TikTok). Bukan sebab saya bayar servis kau, tapi ini lebih kepada keselamatan aku. Bayangkan kalau kau terlanggar orang,” katanya yang turut memberitahu kenderaan yang melalui lorong kiri dapat memintas kenderaan e-hailing yang dinaikinya.


Pemuda itu menyifatkan pemandu e-hailing itu tidak beretika apabila memandu sambil membawa penumpang dalam keadaan yang membahayakan.

“Kalau nak main TikTok, scroll TikTok masa tunggu kat lampu isyarat atau sementara tunggu penumpang atau nak terima job, OK je. Tapi bukan masa kau memandu.

“Kepada semua pemandu e-hailing di luar sana, termasuk anda yang memandu... tolonglah jangan scroll TikTok,” tegasnya.

Berdasarkan pengamatannya juga, pemandu e-hailing itu rupanya sudah berkahwin.

“Lepas dia scroll scroll perempuan punya TikTok, dia telefon isteri, Ayang balik, masak ketam. Letak kat air fryer, masak garing-garing, letak garam,” katanya.

Di ruangan komen, pemuda itu mendedahkan kejadian yang dialaminya berlaku di Johor Bahru.

Pemuda itu bagaimanapun tidak melaporkan aduan kepada pengendali perkhidmatan, dia sebaliknya hanya memberi rating satu bintang terhadap servis pemandu e-hailing berkenaan.


Sumber: mStar

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 21-8-2023 06:35 AM
Ingatkan dia balik nak makan kerang berbulu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.027014 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top