Petaling Jaya: Seorang guru menegur tindakan sesetengah ibu bapa yang bersikap tidak jujur ketika mengisi ruangan gaji dalam sistem maklumat murid. Menurut sebuah hantaran di laman Facebook, perkara tersebut selalunya dilakukan oleh ibu bapa yang tidak mempunyai slip gaji atau bekerja sendiri.
“Perkara ini lazim berlaku di sekolah. Dalam ruangan pendapatan itu, mereka akan letak gaji sebanyak RM700 hingga RM1,500 sahaja. “Ikut kira-kira, anaknya layak mendapat semua bantuan yang ada, contohnya bantuan tunai RM100 setiap anak, Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT),” katanya. Dalam hantaran sama, wanita tersebut turut menzahirkan rasa kecewa apabila mendapati ada sesetengah penerima bantuan tersebut sebenarnya datang daripada keluarga yang kaya raya.
“Bila kami (guru) melawat rumah, rupanya ibu bapa ada banyak kereta mewah. Rumah pula besar, bukannya kecil. Duit belanja sekolah anak pula mampu beri lebih daripada RM5 sehari. “Masya-Allah, tidak ada rasa bersalahkah dalam hati ibu bapa ini? Ini sudah dikira mengambil apa yang bukan hak kita,” katanya. Tambah guru tersebut, bantuan tersebut adalah khas untuk murid yang berasal daripada keluarga yang susah. Dia juga bertindak mempersoal tindakan sesetegah ibu bapa yang tamak dan tidak malu menerima bantuan yang bukan hak. “Tidak berbaloi sekiranya kita mendapat satu-satu bantuan itu secara haram. Lagipun, kesannya besar pada anak-anak terutamanya dalam keberkatan hidup sepanjang zaman. “Apa yang bukan rezeki kita, lepaskan. Hak orang lain, pulangkan. Apabila Allah sudah tetapkan rezeki kita, ikan yang dikail terlepas pun lompat naik ke darat dengan sendiri. Yang pernah buat, harap insaf. Yang belum buat, jangan buat. Nanti hidup tidak berkat,” katanya. Sumber: Kosmo! Online
|
ultra78 replied at 19-8-2023 08:31 PM
Yang menipu tu melayu kan?
Belibis replied at 19-8-2023 08:24 PM
Teringat satu movie hindi..irfan khan jadi hero.
Dia golongan t20..hadap nak anak masuk sekolah asra ...
isseliparjepun replied at 19-8-2023 10:02 PM
I cuba google tajuknya and filem late irrfan khan, tak jumpa. You ingat tak tajuknya?
ultra78 replied at 19-8-2023 08:31 PM
Yang menipu tu melayu kan?
ADVERTISEMENT