Penyanyi dan komposer, Amir Jahari tidak menafikan media sosial memberi kesan negatif kepada kesihatan mentalnya. Amir atau nama sebenar, Mohamad Amirullah Jahari, 31, mengaku pernah 'berpuasa' daripada menggunakan media sosial demi kebaikan kesihatan mental.
"Saya selalu buat 'live' di TikTok. Pada sesi itu, ramai yang masuk adalah anak-anak muda. Jadi, kadang-kadang saya fikir diri ini hanyalah 'puppet'. "Saya kena dengar cakap mereka, misalnya, mereka suruh nyanyi lagu Hasrat... Saya kenalah dengar. "Jadi, untuk saya mendidik dan memberi perspektif baharu pada sesi 'live' sudah tidak boleh. Itu yang saya fikir perlu berehat daripada media sosial. "Selain itu, kadang-kadang komen netizen tiada adab dan tatasusila. Jadi, saya fikir artis perlu ada masa untuk berehat daripada media sosial," katanya kepada BH Online. Amir berpendapat artis perlu melantik pasukan untuk menjaga dan memantau akaun media sosial.
|
abangnon replied at 19-8-2023 09:35 PM
suara bro sedap... memang padu tp industri kita masih pilih muka. muka tak siap sapa hairan. Jadi ba ...
tobobon replied at 20-8-2023 01:58 AM
ok jer suara dia...tp tolonglah buang acah2 poyo mcm diri hebat sangat sebab cipta lagu segala...ala ...
rayna_raynes replied at 20-8-2023 01:50 AM
Muka tak helok pun takpe ekceli. Tapi kenalah nampak presentable sikit. Baju dan rambut kemas pun ...
tobobon replied at 19-8-2023 05:58 PM
ok jer suara dia...tp tolonglah buang acah2 poyo mcm diri hebat sangat sebab cipta lagu segala...ala ...
jihah_kudat replied at 20-8-2023 10:51 AM
yaaa finally ada org yang sama pendapat dgn aku.takla aku rasa hati aku hitam sangat..
dia punya ...
...Perkara ini remeh tetapi penting sebab orang seni ini jiwanya halus dan cepat terasa..
ADVERTISEMENT