Jempol: Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila lehernya diacu parang selepas kediamannya di FELDA Palong Enam, dekat sini dimasuki empat pencuri dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi, hari ini.
Malah isteri mangsa berusia 65 tahun yang mempunyai masalah kesihatan tidak boleh berjalan turut diugut bunuh sekiranya menjerit. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kesemua suspek dipercayai warganegara Indonesia berusia 30 hingga 40-an bersenjatakan parang masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang yang tidak berkunci. Katanya, kesemua suspek yang memakai topeng pergi ke bilik tidur mangsa sambil mengacukan parang dan mangsa yang terkejut mendiamkan diri. "Suspek kemudian mengikat warga emas itu menggunakan kabel telefon serta selimut dan kemudian dijaga oleh seorang lagi suspek. "Isteri mangsa yang tidak sihat tidak diikat, namun turut diugut bunuh jika menjerit sebelum tiga suspek kemudian menggeledah bilik mangsa dan mengambil wang tunai RM700 dan telefon bimbit, selain barang kemas iaitu rantai dan cincin emas.
"Anak mangsa yang berusia 22 hingga 26 tahun yang tidur di bilik berasingan turut dikumpulkan di bilik warga emas tiu sebelum diikat dengan kain dan kabel pengecas telefon," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Chang Hook berkata, suspek turut melarikan dua motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha Y15 dengan jumlah kerugian dianggarkan RM20,000. Sumber: BH Online
|
Belibis: Indon yang biasa kerja sekitar ...
ADVERTISEMENT