Juruterbang pesawat persendirian yang terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam iaitu Allahyarham Shahrul Kamal Roslan ada berkongsi nombor telefon isterinya kepada salah seorang rakannya, Kapten Halim minggu lalu.
Abang ipar arwah, Syed Tahir Syed Mohammad, 39, berkata tindakannya itu dibuat sebagai langkah dan persediaan jika berlaku sebarang kecemasan ke atas dirinya. "Pada awalnya Halim pun terkejut kenapa dia beri nombor telefon isterinya sebab dia tak pernah buat begitu sebelum ini... Mungkin dia sudah dapat rasakan cuma tak beritahu. "Apabila Halim dapat tahu tentang kejadian semalam, dia orang pertama yang telefon dan maklumkan kejadian kepada isteri arwah," katanya kepada pihak media. Dalam pada itu, Syed Tahir memaklumkan jenazah Shahrul Kamal dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gates, Kuala Lumpur, petang Jumaat.
|
Goodluckdontcry replied at 18-8-2023 09:12 AM
Dikatakan, org yg akan meninggal, dia tahu waktunya..cuma xtahulah tau secara spesifik atau tidak..b ...
Sazreena replied at 19-8-2023 02:15 AM
Tapi kalau tgk pesawat tu menjunam laju memang xde harapan lah selamat. Dah memang terbakar masa kat ...
edayildiz replied at 19-8-2023 08:44 PM
process pengecaman mayat oleh waris tu mcmana ek...bini kena tgk jenzah yg xsempurna tu ke..kallau b ...
Goodluckdontcry replied at 18-8-2023 05:12 PM
Dikatakan, org yg akan meninggal, dia tahu waktunya..cuma xtahulah tau secara spesifik atau tidak..b ...
NazRysha replied at 20-8-2023 08:47 AM
eh mcm tak
ms kat udara tu tak terbakar lagi
dah terjunam baru terbakar
ADVERTISEMENT