View: 3807|Reply: 13
|
"Mungkin Dia Dah Dapat Rasa," Tak Ada Siapa Tahu Nombor Telefon Isteri, Pilot Tiba-Tiba Beri Kepada Kawan
[Copy link]
|
|
Juruterbang pesawat persendirian yang terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam iaitu Allahyarham Shahrul Kamal Roslan ada berkongsi nombor telefon isterinya kepada salah seorang rakannya, Kapten Halim minggu lalu.
Abang ipar arwah, Syed Tahir Syed Mohammad, 39, berkata tindakannya itu dibuat sebagai langkah dan persediaan jika berlaku sebarang kecemasan ke atas dirinya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/18/153239uekekkqbgqkzymkl.png) Shahrul (kiri), Syed Tahir (kanan), Foto: mStar
" ada awalnya Halim pun terkejut kenapa dia beri nombor telefon isterinya sebab dia tak pernah buat begitu sebelum ini... Mungkin dia sudah dapat rasakan cuma tak beritahu.
"Apabila Halim dapat tahu tentang kejadian semalam, dia orang pertama yang telefon dan maklumkan kejadian kepada isteri arwah," katanya kepada pihak media.
Dalam pada itu, Syed Tahir memaklumkan jenazah Shahrul Kamal dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gates, Kuala Lumpur, petang Jumaat.
Syed Tahir berkata, jenazah akan dibawa ke rumah ibu bapanya terlebih dahulu sebelum proses pengebumian.
"Adik saya (isteri Shahrul) sudah hadir untuk prosedur pengecaman mayat dan masih ada beberapa perkara lagi perlu diselesaikan sebelum proses pengebumian dibuat.
"Kami akan uruskan proses termasuk solat jenazah di hospital sebelum membawa pulang jenazah ke rumah ibu bapanya di Taman Melawati sebelum dikebumikan hari ini," katanya.
Dalam pada itu, Syed Tahir memberitahu arwah sebelum ini pernah berkhidmat sebagai juruterbang dengan syarikat Malaysia Airlines dan Etihad.
Menyifatkan dirinya sebagai seorang juruterbang yang cekap, Syed Tahir berpandangan nahas mungkin berlaku disebabkan kegagalan enjin.
Terdahulu, mStar melaporkan selain Shahrul, 42, sembilan individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.
Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Pulau Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goodluckdontcry at 18-8-2023 05:17 PM
Dikatakan, org yg akan meninggal, dia tahu waktunya..cuma xtahulah tau secara spesifik atau tidak..begitu juga, saat sakaratul maut kita, ditunjukkan kpd kita..tmpt istirehat kita kelak disyurga kah atau neraka...apapun den xblh la nk confirm 100 % sbb den xpernah mengalami..huhuhu...tapi disbbkan itu adalah rahsia Allah SWT shj yg Maha Mengetahui..maka, tidak la manusia mampu utk bagi tahu kpd org sekeliling....cuma itulah.. kdg2 kita mesti teringat slps sipulan meninggal..pasti kdg ada hint dari dirinya...cth..'masa aku xlama dah'...'aku nk pergi dah ni' ..etc....
Itu yg reporter selalu tny, ada apa2 perangai yg luar dr kebiasaan?? Kehkehkeh tp reporter pun ngok juga...asyik tny soalan sama... lama2 org menyampah juga...
Apapun takziah diucapkan dan innalillahi wainna ilaihirojiun...moga diampuni dan dirahmati semuanya oleh Allah SWT..dariNya kita dtg dari pati tanah..pulang juga kpdNya menjadi tanah.... |
|
|
|
|
|
|
|
kawan remy ishak rupanya
lahai
takziah utk family dan kenalan
alfatihah buat Allahyarham Shahrul Kamal Roslan
btw ape agknya isi kotak hitam yg recording suara tu
klu rasa tak perlu dihebahkan, simpan je lah
buat kajian kes je
|
|
|
|
|
|
|
|
bila ko cerita gini.. aku terigt arwah biras (isteri adik ipar). pagi tu dia call asben dia.. habis borak dia ckp mcm gini.. "okaylah.. sayang nak balik dah ni".. sejam lepastu adik ipar dpt call dia dah xde ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalau tgk pesawat tu menjunam laju memang xde harapan lah selamat. Dah memang terbakar masa kat udara lagi en dorang ckp. Takziah kepada keluarga mangsa yg terkorban. Yg sadis tu abang rider terbakar tu la. Api masih menyala...Allahu akbar sedihnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, Isnin baru selesai semua proses, dan baru dikembalikan jenazah kepada keluarga masing2. Apapun, Salam Takziah buat semua keluarga yang terlibat. Al-Fatihah! |
|
|
|
|
|
|
|
process pengecaman mayat oleh waris tu mcmana ek...bini kena tgk jenzah yg xsempurna tu ke..kallau bini jenis xkuat mcmana..
ke buat test dna je waris waris..curious betul sbb mc. skeri je kalau mayat yg ada kepala je ke..fhm tk org yg kita knll then mayatnyan xsempurna..
even mayat yg herlok still i takut
|
|
|
|
|
|
|
|
eh mcm tak
ms kat udara tu tak terbakar lagi
dah terjunam baru terbakar
|
|
|
|
|
|
|
|
ambil sample DNA
kuku ke, rambut ke, cmtu
nak tengok sepadan x
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dah dapat merasakan sesuatu |
|
|
|
|
|
|
|
Goodluckdontcry replied at 18-8-2023 05:12 PM
Dikatakan, org yg akan meninggal, dia tahu waktunya..cuma xtahulah tau secara spesifik atau tidak..b ...
Mcm arwah laki aku, smggu sblm meninggal, dh nampak tanda2 sbnrnya..tp mse tu x terpk. Dia dh mula ckp psl mse dpn. Suh kluarkan duit epf byr hutang2, suruh aku jual kereta utk belanja aku. Suh tya socso. Dok cerita psl troli jenazah x putus2 lalu dlm wad dia. Pastu suh aku kawin lain klo dia xde. Katanya mungkin akan ad rezeki anak utk aku ble kawin lain. Eh mcm2 la pesanan dia. Tp mse tu aku bolayan igt dia mengarut.
Btw, slm takziah utk semua keluarga mangsa pesawat di Elmina... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan the whole body...parts of the engine kalau tak silap. So bila menjunam 90 degree mmg xde hampun la..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|