Sepang: Anak kepada pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, menyatakan, "Dua minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah memberikan saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya menyimpan sebagai kenangan."
Muhammad Sharul Izuan, 16, berkata, ketika bapanya memberikan gambar itu, mereka sekeluarga terdiri daripada ibu, Suriana Muda, 43, dan adik bongsu, Nur Izzara Arissya,9, ada bersama dalam kereta. "Saya tidak menyangka permintaannya menyuruh menyimpan gambar itu menjadi petanda ayah akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya," katanya ketika ditemui di Taman Vista, Bandar Baru Salak Tinggi. Katanya, pagi semalam dia bertemu bapanya di luar rumah ketika arwah sedang memeriksa enjin kereta.
"Ayah tidak bercakap sepatah pun sebelum saya pergi ke sekolah menunggang motosikal bersendirian. "Malam sebelumnya ayah beriya-iya menyuruh saya makan dan bersembang panjang kerana kami jarang bercakap kecuali ada perkara penting yang perlu dibincangkan. "Petang semalam kira-kira jam 6 petang, anggota peronda polis datang ke rumah memaklumkan ayah terbabit kemalangan dan berita itu amat mengejutkan kami sekeluarga," katanya. Muhammad Sharul Izwan berkata, kali terakhir bapanya menghubungi ibu pada 2.15 petang semalam ketika sedang berehat di sebuah restoran dan memaklumkan berada di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan dan pulang awal selepas selesai bekerja. Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Salak Tinggi berkata, sebelum ini mereka sekeluarga tinggal di Arau, Perlis dan berpindah menyewa di taman itu sejak hujung tahun lalu. "Pemergian ayah sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah seorang yang penyayang namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
krustykrab replied at 18-8-2023 01:33 PM
Harap family ni dpt pampasan. Kesian anak² masih bersekolah dh hilang tempat bergantung.
Buritan replied at 18-8-2023 01:37 PM
Hrp pampasan tuu dpt ubah hidup mereka.. yg 8 org tuu dah kaya tak pe laa.. yg grab tu bujang.. yg ...
limesherbet replied at 18-8-2023 01:44 PM
pemandu ehailing kalau kemalangan masa tgh pandu, pampasan insurance ehailing tu 50k kan kalau tak s ...
edayildiz replied at 18-8-2023 01:52 PM
bljr elok elok la dik...kecik lg anaknya..arwah kawen lambat kot..sbb dh 50an ank masih sekolah..
pa ...
mejaputih replied at 18-8-2023 01:43 PM
itu la kalau ibu anak2 ni tepek nombor akaun pun iols nak bagi sumbangan.
Claudia_Lestat replied at 18-8-2023 02:08 PM
MAKLUMAN KEBAJIKAN PIBG SK KLIA
انا لله وانا اليه راجعون
CiliPadiSedap replied at 18-8-2023 02:19 PM
done. tq sharing. moga rakan2 hulur sorang sedikit. terima kasih.
Claudia_Lestat replied at 18-8-2023 02:24 PM
no problem. thank you jugak share pada yang lain. ada yg member2 dalam group bgtau before arwah ba ...
CiliPadiSedap replied at 18-8-2023 02:27 PM
harap adalah kaunselor cikgu2 ambil sbg anak angkat or mentor mentee.
Claudia_Lestat replied at 18-8-2023 02:09 PM
iols baru post ws mssg dr geng geng ex MAS utk anak arwah. sumbangan ke PIBG sekolah anak.
mejaputih replied at 18-8-2023 02:36 PM
thank you...sama2 lah kita menyumbang di hari jumaat yg barakoh ini...
ADVERTISEMENT