CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3829|Reply: 41

"Ayah Beri Dua Gambar Minta Saya Simpan,"- Anak Pemandu E-Hailing Maut Dalam Nahas Elmina

[Copy link]
Post time 18-8-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Sepang: Anak kepada pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, menyatakan,  "Dua minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah memberikan saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya menyimpan sebagai kenangan."


Muhammad Sharul Izuan, 16, berkata, ketika bapanya memberikan gambar itu, mereka sekeluarga terdiri daripada ibu, Suriana Muda, 43, dan adik bongsu, Nur Izzara Arissya,9, ada bersama dalam kereta.





Foto: Harian Metro





"Saya tidak menyangka permintaannya menyuruh menyimpan gambar itu menjadi petanda ayah akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya," katanya ketika ditemui di Taman Vista, Bandar Baru Salak Tinggi.


Katanya, pagi semalam dia bertemu bapanya di luar rumah ketika arwah sedang memeriksa enjin kereta.


"Ayah tidak bercakap sepatah pun sebelum saya pergi ke sekolah menunggang motosikal bersendirian.


"Malam sebelumnya ayah beriya-iya menyuruh saya makan dan bersembang panjang kerana kami jarang bercakap kecuali ada perkara penting yang perlu dibincangkan.


"etang semalam kira-kira jam 6 petang, anggota peronda polis datang ke rumah memaklumkan ayah terbabit kemalangan dan berita itu amat mengejutkan kami sekeluarga," katanya.


Muhammad Sharul Izwan berkata, kali terakhir bapanya menghubungi ibu pada 2.15 petang semalam ketika sedang berehat di sebuah restoran dan memaklumkan berada di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan dan pulang awal selepas selesai bekerja.


Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Salak Tinggi berkata, sebelum ini mereka sekeluarga tinggal di Arau, Perlis dan berpindah menyewa di taman itu sejak hujung tahun lalu.


"emergian ayah sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah seorang yang penyayang namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga keluarga ini kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap family ni dpt pampasan. Kesian anak² masih bersekolah dh hilang tempat bergantung.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah jatuh ditimpa tangga..
Sudah miskin ayah pulak pergi..

Kesiannya ko dik.. dekat dgn rumah aku..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 18-8-2023 01:33 PM
Harap family ni dpt pampasan. Kesian anak² masih bersekolah dh hilang tempat bergantung.

Hrp pampasan tuu dpt ubah hidup mereka.. yg 8 org tuu dah kaya tak pe laa.. yg grab tu bujang.. yg pemandu e hailing ni hrp dpt pmpasan plg byk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 01:38 PM | Show all posts
semoga yg baik2 utk family ni. moga arwah ditmptkan di kalangan roh org beriman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2023 01:41 PM | Show all posts
Alfatihah Sharipuddin Shaari
Semoga rohnya berada di kalangan org2 yang beriman.

Takziah buat keluarga...semoga tabah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 01:43 PM | Show all posts
Buritan replied at 18-8-2023 01:37 PM
Hrp pampasan tuu dpt ubah hidup mereka.. yg 8 org tuu dah kaya tak pe laa.. yg grab tu bujang.. yg ...

itu la kalau ibu anak2 ni tepek nombor akaun pun iols nak bagi sumbangan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga.. buat anak2 ni belajar elok2 banggakan ibu ye .. jaga ibu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bljr elok elok la dik...kecik lg anaknya..arwah kawen lambat kot..sbb dh 50an ank masih sekolah..
paling kesian dorg la dlm kes ni...kalau rider tu sbb xkawen lg...tp semua pun sedihhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
limesherbet replied at 18-8-2023 01:44 PM
pemandu ehailing kalau kemalangan masa tgh pandu, pampasan insurance ehailing tu 50k kan kalau tak s ...

Harap2 pakcik ni amik PA tu..ada sampai rm300k tak silap depends pd berapa premium...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 18-8-2023 01:52 PM
bljr elok elok la dik...kecik lg anaknya..arwah kawen lambat kot..sbb dh 50an ank masih sekolah..
pa ...

Mau terkejut kan..iye la rumah kt salak..kejadian kt elmina...tetiba polis mai rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 02:08 PM | Show all posts
MAKLUMAN KEBAJIKAN PIBG SK KLIA

انا لله وانا اليه راجعون

Dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada pelajar SK KLIA, Nur Izzara Arissya bt Sharippudin (3 Kargo)  telah terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina petang semalam dan disahkan meninggal dunia.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Semoga Allah ampunkan dosanya, mengasihinya dan ditempatkan Allahyarham dikalangan orang beriman. Semoga keluarga dikurniakan kesabaran atas berita sedih ini.

▪️▪️▪️▪️

Dengan rasa prihatin dan tanggungjawab, PIBG SK KLIA melancarkan Tabung Prihatin bermula pada hari ini :

18/08/2023 (Jumaat) sehingga
25/08/2023 (Khamis).

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PIBG SK KLIA seperti berikut :

Nama Bank: CIMB
Nombor Akaun: 8002937686
Nama Akaun: Persatuan Ibubapa Dan Guru SK KLIA
Reference: IZZARA

Sekian, terima kasih.

PIBG SK KLIA
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 02:09 PM | Show all posts
mejaputih replied at 18-8-2023 01:43 PM
itu la kalau ibu anak2 ni tepek nombor akaun pun iols nak bagi sumbangan.

iols baru post ws mssg dr geng geng ex MAS utk anak arwah. sumbangan ke PIBG sekolah anak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 02:19 PM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 18-8-2023 02:08 PM
MAKLUMAN KEBAJIKAN PIBG SK KLIA

انا لله وانا اليه راجعون

done. tq sharing. moga rakan2 hulur sorang sedikit. terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 02:24 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 18-8-2023 02:19 PM
done. tq sharing. moga rakan2 hulur sorang sedikit. terima kasih.

no problem. thank you jugak share pada yang lain. ada yg member2 dalam group bgtau before arwah bawak grab, arwah keja Hiforce Guard kat MAS engineering.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 02:27 PM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 18-8-2023 02:24 PM
no problem. thank you jugak share pada yang lain. ada yg member2 dalam group bgtau before arwah ba ...

harap adalah kaunselor cikgu2 ambil sbg anak angkat or mentor mentee.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 02:36 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 18-8-2023 02:27 PM
harap adalah kaunselor cikgu2 ambil sbg anak angkat or mentor mentee.

insyaallah... kalau x silap next week budak2 sekolah rendah dah start ujian pentafsiran.
yg sekolah menengah start semalam. tp ni sekolah anak iolslah rasanya mcm sama je semua sekolah.
harap kuatlah anak2 semua mangsa. ramai yang kecik kecik sekolah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 02:36 PM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 18-8-2023 02:09 PM
iols baru post ws mssg dr geng geng ex MAS utk anak arwah. sumbangan ke PIBG sekolah anak.

thank you...sama2 lah kita menyumbang di hari jumaat yg barakoh ini...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 02:40 PM | Show all posts
mejaputih replied at 18-8-2023 02:36 PM
thank you...sama2 lah kita menyumbang di hari jumaat yg barakoh ini...

alhamdulillah... kena guna GIRo kalau dr bank lain. Kalau guna DuitNow x lepas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 63873 Replies : 1986
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 1469 Replies : 1
Kroni siapakah?
maklukpenggodaKroni siapakah?
Views : 18506 Replies : 23
Tukar Setiausaha Kerajaan Negeri kali ke-5, apa yang sedang berlaku?
maklukpenggodaTukar Setiausaha Kerajaan Negeri kali ke
Views : 25825 Replies : 20
Kehebatan Raja Ema
maklukpenggodaKehebatan Raja Ema
Views : 35552 Replies : 38
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32497 Replies : 30
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7103 Replies : 19
Tesla buat hal lagi, 4 terbunuh
maklukpenggodaTesla buat hal lagi, 4 terbunuh
Views : 27120 Replies : 16
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 106855 Replies : 6029
Bukan acik forum, Rosyam tetap saman
maklukpenggodaBukan acik forum, Rosyam tetap saman
Views : 13092 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.141718 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list