Seorang wanita memohon perceraian terhadap suaminya selepas hanya sehari selepas berkahwin. Menurut sumber Dear Prudence Slate, wanita tersebut kecewa suaminya telah melanggar perjanjian iaitu tidak menolak kepalanya ke atas kek semasa majlis resepsi.
Perjanjian tersebut dibuat kerana wanita itu pernah mengalami serangan panik berikutan dia pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu. "Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mengenali saya dengan baik, dia tidak akan melakukan perkara tersebut. Namun, sebaliknya dia memegang belakang kepala saya lalu menolaknya ke dalam kek itu." Tindakan suaminya itu disifatkan agak keterlaluan dan tidak dapat dimaafkan, namun ahli keluarganya meminta agar lelaki itu diberikan peluang sekali lagi. Susulan itu, pengantin wanita tersebut memutuskan untuk meninggalkan majlis perkahwinannya dan nekad untuk memohon perceraian terhadap suaminya itu pada keesokan hari.
Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata mereka bersetuju dengan keputusan pengantin wanita berkenaan. -CARI |
KirazMevsimi replied at 18-8-2023 11:43 AM
okay bagus. kurang ajar buat orang macam tu. dah la di hari bahagia. penat berhias cantik cantik. di ...
cik_ingeniare replied at 18-8-2023 12:05 PM
bagus.. nampak sangat dia tak hormat permintaan ex-wife dia yang trauma.. ex-wife dia dah request ta ...
IvyGorgon replied at 18-8-2023 12:11 PM
Iols sokong! Baru kahwin tak tunggu hari esok nak tunjuk biadap kat wifey. Single lebih baik dikkkkk ...
jfq replied at 18-8-2023 02:27 PM
Aku pun tak suka budaya tekap muka kat kek ni
Kurang ajar
Tambah2 makanan yg go wasted camtu
supernaturalee replied at 18-8-2023 05:26 PM
kt youtube tu bnyk video buat mcm ni
sesetgh tu dia guna slice je
sesetgh tu bam teru ats kek
ADVERTISEMENT