Isteri kepada salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam reda dengan ujian yang menimpa. Suzana Paiman, 38, berkata dia dimaklumkan tentang insiden berkenaan menerusi panggilan telefon.
Untuk rekod Suzana adalah isteri kepada Allahyarham Muhammad Taufiq Mohd Zaki, 38, yang merupakan pegawai khas kepada Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun yang turut terkorban dalam nahas sama. Suzana berkata dia masih berada di rumah memandangkan dua daripada empat anaknya berada dalam keadaan tidak sihat selepas dijangkiti influenza. "Sekarang saya kat rumah lagi. Anak-anak tengah sakit, saya tak pegang telefon sejak dua, tiga hari ini. Dua anak saya dijangkiti influenza. Saya pun tak sihat. Suami pula ke Langkawi sejak Rabu petang. "Suami pergi Langkawi untuk meeting kerajaan negeri. Saya memang tahu suami naik jet peribadi. Tadi salah seorang kawan rapat saya hubungi, tanya tentang kejadian itu. Masa tu saya cuba tenangkan diri... fikir mungkin bukan mereka kot.
"Kemudian sekitar pukul 5.15 petang, wakil pejabat Datuk Seri (Johari) hubungi saya. Jadi saya tanya, ada berita baik ke? Malangnya mereka kata semua tak baik. Di situ saya fahamlah. Mereka kata semua penumpang tak selamat," ujarnya ketika dihubungi mStar.
|
pokokmeranti replied at 18-8-2023 09:30 AM
kesian pada anak2 masih kecil....
talapia replied at 18-8-2023 09:38 AM
kalau pegawai2 mcm ni.. camne nasib anak isteri. Harap ada insurance.. and wife berkerja ke..
kala ...
ADVERTISEMENT