View: 8750|Reply: 90
|
Isteri Mangsa Nahas Elmina Cerita Kejadian Sebelum Suami Mati Terhempas "Sebenarnya Dia 50-50 Nak Pergi Tapi Datuk Seri Memerlukan Dia"
[Copy link]
|
|
Isteri kepada salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam reda dengan ujian yang menimpa.
Suzana Paiman, 38, berkata dia dimaklumkan tentang insiden berkenaan menerusi panggilan telefon.
Untuk rekod Suzana adalah isteri kepada Allahyarham Muhammad Taufiq Mohd Zaki, 38, yang merupakan pegawai khas kepada Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun yang turut terkorban dalam nahas sama.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/18/092619bs0nhyoohfkccczz.png) Foto: mStar
Suzana berkata dia masih berada di rumah memandangkan dua daripada empat anaknya berada dalam keadaan tidak sihat selepas dijangkiti influenza.
"Sekarang saya kat rumah lagi. Anak-anak tengah sakit, saya tak pegang telefon sejak dua, tiga hari ini. Dua anak saya dijangkiti influenza. Saya pun tak sihat. Suami pula ke Langkawi sejak Rabu petang.
"Suami pergi Langkawi untuk meeting kerajaan negeri. Saya memang tahu suami naik jet peribadi. Tadi salah seorang kawan rapat saya hubungi, tanya tentang kejadian itu. Masa tu saya cuba tenangkan diri... fikir mungkin bukan mereka kot.
"Kemudian sekitar pukul 5.15 petang, wakil pejabat Datuk Seri (Johari) hubungi saya. Jadi saya tanya, ada berita baik ke? Malangnya mereka kata semua tak baik. Di situ saya fahamlah. Mereka kata semua penumpang tak selamat," ujarnya ketika dihubungi mStar.
Menurut Suzana yang mendirikan rumah tangga dengan Taufiq pada tahun 2011, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya pada Rabu malam.
Katanya lagi, suaminya juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik memandangkan dia jarang berada di rumah kerana sibuk dengan urusan kerja.
"Sebenarnya dia 50-50 (berbolak-balik) untuk pergi ke sana sebab anak tak sihat. Tapi Datuk Seri memerlukan dia. Kali terakhir berhubung malam tadi (Rabu). Selepas dia dah habis mesyuarat, dia call, tanya anak-anak macam mana. Panggilan itu dalam pukul 10 malam.
"Saya sendiri masih terkejut dan tak sangka. Dia tidak menunjukkan apa-apa yang pelik. Semuanya normal macam biasa. Dia jarang ada di rumah. Dalam seminggu, sehari atau dua hari saja dia ada. Saya tak nampak apa-apa perubahan," ujarnya yang menetap di Bukit Indah, Ampang.
Dalam pada itu, Suzana berkata dia masih menanti khabar seterusnya dan ahli keluarganya sudah berangkat dari Johor untuk menemaninya di ibu negara.
Hasil perkahwinan, Suzana dan Taufiq dikurniakan empat cahaya mata berusia 10, 7, 5 dan 3 tahun.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/18/092731ly0izdwjnwzyczmj.png) Foto: mStar
Terdahulu, mStar melaporkan 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.
Sementara itu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV telah terhempas pada petang Khamis. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian pada anak2 masih kecil.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pegawai2 mcm ni.. camne nasib anak isteri. Harap ada insurance.. and wife berkerja ke..
kalau VIP ke.. banyak harta.. nasib anak2 tu kita takla risau sangat. Kalau pegawai2 kepada VIP... maybe gaji lebat la jugak.. tapi takla sampai 7 keturunan tak habis makan. Kesian kat keluarga yg ditinggalkan.
Kira dia keje as pegawai khas tu.. tu jawatan gomen ke lantikan politik? ada pencen ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnye...4 kids jumpa seminggu 1-2 kali je lak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pegawai khas, maknanya lantikan politik
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg tiap kali org meninggal mengejut wajib tanya ada tunjuk tanda nk mati ke?
Takziah kt adik ni.
Kesian la.
Ank² tgh xsihat. Dan² tu suami pulak kna panggil.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pegawai gomen dipinjam ke post pegawai khas menteri / timbalan menteri, dorg dpt je ex gratia kalau berkhidmat kurang 240 bulan. Pencen dpt jugak kot kalau dh cukup 15 thn dlm servis |
|
|
|
|
|
|
|
Allah kecik ² anaknya.. semoga diberi kekuatan utk semua yg terlibat |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.. Hopefully arwah ada insurance semua.
Insya Allah arwah cakna benda2 mcm ni. Yelah anak 4 tu, semua boys... Aduuulamangaiii.. Tabahla mummy ya. Nak cari pengganti tu bkn senang, sbb ada 4 boys under tanggungjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Takda lah tanda2. Kita bukan tahu bila kita akan mati. Tiba2 je dah terpindah alam, dalam kekejutan tu kita redha lah terima kenyataan dah pindah alam lain. Itulah gunanya amalan2 kita, sedekah2 kita, amalan jariah, ajar anak ngaji solat baca fatihah time tu baru nampak gunanya membantu kita d alam tu sebelum tunggu pindah lagi alam kiamat. Eii seramlah |
|
|
|
|
|
|
|
moga diberikan kekuatan kepada isteri dan anak2.
anak2 masih kecik .. perlu banyak perhatian ..
moga urusan mereka dipermudahkan ..
harap adalah tuntutan2 yang family boleh buat utk kelangsungan hidup
|
|
|
|
|
|
|
|
muda lagi... semoga tabah & semoga arwah tinggalkan harta utk keluarga yg tinggal |
|
|
|
|
|
|
|
buat ioss fobia lg nk naik flight..
tp fobia tu mampu bertahan sminggu due je.. sbb memikirkan
ape lg transport utk nk jalan jauh.. ![](static/image/smiley/default/lazy3.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga keluarga Suzana dan anak2 dipermudahkan urusan semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana satu arwah suami dia dlm.gambar dlm jet tu?... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 18-8-2023 10:23 AM
Dia pun dah sedia maklum keje arwah suami cemana, selalu sibuk dan jarang berada kat umah.
Lagipun suami dia bukan pi berjimba2 tp bekerja, meninggal dunia pun ketika sedang menjalani tugas dia.
Gambar dlm pesawat tu ,suami dia yg sebelah Datuk Seri tu kan.
Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan buat keluarga yg ditinggalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah pada family. sedihnya. tak boleh bayang kalo jadi kat diri sendiri. semoga allah mudahkan kehidupan dia anak beranak. anak kecik2 haihh. sedihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
kasihan.. anak semua kecik lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahiroijiun |
|
|
|
|
|
|
| |
|