CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Identiti Rider Terbakar Dikenal Pasti- Lepasan Pelajar UiTM, Orang Sidam Di Kedah "Jenis Soft Spoken, Sembang Tak Merapu"

18-8-2023 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8917| Komen: 106

Identiti penunggang motosikal yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, dikenal pasti sebagai Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang berasal dari Sidam, Kedah.


Menurut sepupu mangsa, Nurul Nazihah, Allahyarham yang juga lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhijrah ke ibu kota dan kini bekerja sebagai rider penghantar makanan.

Nazihah berkata dia menonton rakaman tular memaparkan rider itu rentung terbakar, namun tidak menyangka mangsa merupakan ahli keluarga sendiri.

Foto: mStar

"Pukul 4 petang tadi saya ada tonton video nahas pesawat. Saya tengok video rider terbakar. Memang sedih... saya kata pada diri, kenapa la dia lalu masa kejadian. Kesian tengok terbakar atas jalan.

"Lepas Maghrib baru tahu mangsa sepupu saya. Polis ke rumah ibunya, sekarang ibunya dalam perjalanan ke ibu negara. Sampai sekarang saya tak berani nak call ibunya. Takut dia tak boleh nak bercakap," katanya kepada mStar.


Menurut Nazihah, mangsa yang berusia 30-an merupakan anak sulung daripada lima beradik dan sepatutnya pulang ke kampung halaman bagi menghadiri kenduri keluarganya minggu depan.

"Dia dah lama kerja di Kuala Lumpur. Dia kerja rider. Dah habis belajar dalam tahun 2017. Memang rapat, baru saja jumpa di kampung masa raya Qurban. Saya duduk Kulim, ibu arwah di Sidam. Kampung kami pula di Baling.

"Minggu depan kenduri kahwin adik dia. Sepatutnya dia balik minggu depan. Memang sedihlah. Masa raya tu kali terakhir jumpa. Dia jenis soft spoken, sembang tak merapu.

"Minta tolong semua doakan yang baik-baik, diampunkan dosanya, dan dikurniakan syurga buatnya," ujar Nazihah lagi.

Terdahulu, mStar melaporkan 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis. -CARI

Sumber: mStar

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 18-8-2023 09:13 AM
Alfatihah kepada allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh
Quote elzy 18-8-2023 09:23 AM
Al-fatihah.. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin..
Quote akusukaq 18-8-2023 09:24 AM
Kesian sgt pd mak dia ni, ibu tunggal kut. Sungguh tak siapa menyangka mati terbakar ditimpa pesawat . Bukan mati dilanggar lori ke treler
Quote mejaputih 18-8-2023 09:32 AM
Alfatihah kat arwah...semoga rohnya berada di kalangan org2 yang beriman.
ada anak brp org?
Quote Dwdrum 18-8-2023 09:37 AM
Takziah         
Quote zehra2 18-8-2023 09:37 AM
AlFatihah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh.
Takziah kepada keluarga
Quote rifaa 18-8-2023 09:40 AM
Alfatihah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh
Semoga rohnya berada di kalangan org2 yang beriman.
Quote cikatilia 18-8-2023 09:48 AM
takziah kepada keluarga.. semoga arwah ditemptkan dikalangan yg beriman..
Quote crazypink 18-8-2023 09:49 AM
al-fatihah buat allahyarham
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 beriman aamiin

salam takziah buat seluruh keluarga allahyarham
Quote benharungkar 18-8-2023 09:50 AM
Alfatihah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh
Semoga rohnya berada di kalangan org2 yang beriman.
Quote shernazz 18-8-2023 09:54 AM
Sedihnya Wei..
Quote nuralisa 18-8-2023 09:55 AM
20 - 30 tahun lagi.. kalau cite kat cucu2 pun .. susah nak percaya ..
kena langgar dgn kapal terbang...


alfatihah kpd arwah ...
Quote aciksenah 18-8-2023 09:56 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun...Al-fatihah..
Quote edayildiz 18-8-2023 09:57 AM
Alfatihah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh
Quote black_handbag 18-8-2023 09:58 AM
trauma tengok video arwah menggelupur tu. sungguh la buat kita ni insaf maut ni bila2 masa boleh datang. beringatla
Quote tootii 18-8-2023 10:02 AM
Al Fatihah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh. moga ditempatkan bersama Kekasih2 Allah yg lain. utk family, moga sabar dengan ujian ni.
Sepatutnya dia balik kg utk kenduri adik dia minggu depan . tp nmpknya dia balik awal tp dlam keadaan tidak bernyawa .dan kenduri utk diri sendiri
moga Hafiz tenang di sana ..
Quote anaktimma 18-8-2023 10:04 AM
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن 
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ 
*“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"*
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."
Salam Takziah buat Keluarga arwah.
Quote Thunderclouds 18-8-2023 10:05 AM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Semoga Allah ampunkn dosa² adik ni & tempatkn arwah di kalangan org² beriman.
Ajal dtg skali lalu ja.
Dok atas jln wat kerja rider bertahun xsangka mati kna timpa kapal terbang jatuh.
Allahu akbar.
Quote nini_azmi 18-8-2023 10:07 AM
Salam takziah. Mohon Allah ampunkan dosa2 arwah, kasihani dia, rahmati dia....masukkan beliau ke syurga tanpa hisab tanpa azab

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.087636 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top