CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Mayat Sempurna, Ada Tinggal Cebisan, Proses Pengecaman Akan Ambil Masa

17-8-2023 11:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4050| Komen: 20

Klang: Terdapat mayat mangsa pesawat ringan yang terhempas berhampiran kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, Shah Alam, petang tadi, yang boleh dikenal pasti dan ada juga yang tidak sempurna iaitu tinggal cebisan.


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, proses mengenal pasti mayat mangsa akan mengambil masa berikutan ada di antaranya dalam keadaan tidak sempurna.

DR Zaliha (kiri) bertemu ahli keluarga mangsa pesawat ringan yang terhempas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. FOTO Faiz Anuar


"Yang kita dengar ada mayat yang boleh dicam dan ada (mayat) yang perlukan masa (untuk dikenal pasti) kerana ada cebisan dan sebagainya.

"Biasanya proses (bedah siasat) akan dibuat secepat mungkin dan tidak semua ahli keluarga mangsa kita akan bagi buat pengecaman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyantuni ahli keluarga mangsa nahas terbabit di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR).


Dr Zaliha berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 3 petang tadi sebelum sepasukan pegawai kesihatan dikejarkan ke lokasi.

"Kita hantar dua pasukan dari (hospital) Sungai Buloh dan satu pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling ke lokasi.

"Kita juga letakkan pasukan forensik untuk bantu pasukan bomba dan polis di lokasi dan kita masih menunggu perkembangan terkini di sana," katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersedia menyediakan pasukan bagi memberi sokongan kepada ahli keluarga mangsa nahas itu termasuk yang sudah berada di hospital ini.

"Kita ada pasukan daripada jabatan psikiatri untuk membantu ahli keluarga mangsa. Pada masa sama, kita akan tunggu di sini untuk proses bedah siasat.

"Bagi proses pengecaman, kita tidak tahu keadaan (mayat) yang diterima. Selepas selesai semua proses ini, baru kita serahkan kepada ahli keluarga," katanya yang memaklumkan tidak tahu berapa lama masa diambil bagi proses bedah siasat. 

Katanya, laporan terakhir diterima pihaknya daripada pasukan di lapangan adalah mereka masih dalam proses mencari dan pemulihan.

"Pasukan ini akan diketuai oleh Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi membabitkan antara 20 hingga 30 orang.

"Kita harap proses ini dapat diselesaikan secepat mungkin supaya ahli keluarga dapat membawa balik (jenazah) mangsa," katanya.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 18-8-2023 01:07 AM
Salam takziah buat semua keluarga mangsa
Quote qasih 18-8-2023 03:07 AM
Salam takziah pada semua keluarga mangsa.
Quote jlo 18-8-2023 07:44 AM
Allahu ...
Quote elzy 18-8-2023 08:06 AM
Salam takziah kepada keluarga mangsa..
Semoga roh mereka dicucuri rahmat..
Quote epullipan 18-8-2023 08:20 AM
Salam Takziah buat keluarga mangsa
Quote hareeeesah 18-8-2023 08:25 AM
kalau cebisan tu mcm mana depa tanam?
Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.
Quote otai_g 18-8-2023 08:27 AM
Semoga siasatan lekas siap supaya blh Tau punca Dan langkah pencegahan.
Quote Simunggu 18-8-2023 09:01 AM
gambar gambar?
Quote mimi_ayu 18-8-2023 09:15 AM
Takziah kpd semua keluarga mangsa..
Semoga family semua tabah dan sabar dgn dugaan ini
Quote kakikuDibibirmu 18-8-2023 09:24 AM
Salam takziah untuk semua keluarga mangsa
Quote arsasa 18-8-2023 09:38 AM
Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa.
Quote prince_marhaen 18-8-2023 09:57 AM
hareeeesah replied at 18-8-2023 08:25 AM
kalau cebisan tu mcm mana depa tanam?
Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.

forensik akan kutip semua cebisan yang termampu, daging, tulang, organ, kulit, apa2 lah yang nampak, pastu akan test DNA match match kan sampai semua cebisan ada match body dia. Sebab tu makan masa untuk kebumi. Tanam ikut kepercayaan agama masing2 lah.
Macam MH17, yang muslim 'mandi' jenazah guna kaedah tayyamum je pakai debu suci mcm nak wudhu' tu. Mana2 anggota jenazah yang fragile tak basuh2 dah.. tayyamum je. Then balut dan sempurnakan jenazah macam biasa.


Quote hareeeesah 18-8-2023 10:02 AM
prince_marhaen replied at 18-8-2023 09:57 AM
forensik akan kutip semua cebisan yang termampu, daging, tulang, organ, kulit, apa2 lah yang nampa ...

Oo kira ttp kena match kn la dlm 1 kain juga.. igt dia just kutip skali kn semua sbb mencabar jgk hancur dia xtau mcm mana kn
Thanks atas pencerahan
Quote pokokmeranti 18-8-2023 10:04 AM
hareeeesah replied at 18-8-2023 08:25 AM
kalau cebisan tu mcm mana depa tanam?
Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.

tanam macam bunjut gitulah. klu mayat terbakar nak mandikan jenazah pun kaedah lain sikit sbb bila kena air isi tubuh badan akan tertanggal.
Quote pokokmeranti 18-8-2023 10:05 AM
sllu org awam diminta tidak mengedarkan apa2 gambar yg boleh menjejaskan emosi ahli keluarga.

dalam hal ini, kena minta pihak akbar untuk tidak menggunakan tajuk artikel yg meruntun hati keluarga.
Quote benharungkar 18-8-2023 10:19 AM
Salam takziah kepada keluarga mangsa..
Semoga roh mereka dicucuri rahmat..
Quote Nurul8001 18-8-2023 10:23 AM
Kenapa lah nak mention ada sempurna, ada yg tinggal cebisan. Kaptebang terhempas kot, dah boleh agak jenazah mcm mana.
Pemilihan perkataan reporter ni kadang2..... haissshhh
Satu lagi, suka naw guna word ratah bagi kes rogol. Apoo
Quote adeqbun 18-8-2023 01:19 PM
Nurul8001 replied at 18-8-2023 10:23 AM
Kenapa lah nak mention ada sempurna, ada yg tinggal cebisan. Kaptebang terhempas kot, dah boleh agak ...

salah editor..wartawan tulid,editor patut edit..
Quote sangbara2020 18-8-2023 02:47 PM
ni kira mati syahid ke
kalau mati syahid xyah mandikan pun kan..ke bukan mati syahid...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048104 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top