CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebimbangan Terhadap Mutasi Subvarian Omicron, Saintis Gesa Orang Ramai Kembali Pakai Pelitup Muka

17-8-2023 07:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2396| Komen: 18

London: Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom kembali memakai pelitup muka.

Ini susulan kebimbangan terhadap "mutasi" subvarian Omicron, "Eris" yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di negara itu.


Bilangan pesakit yang didiagnosis dengan virus itu melonjak daripada 3.3 setiap 100,000 kepada 7.2 dalam tempoh kurang sebulan, lapor Agensi Anadolu memetik Mirror pada Rabu.

Foto: Mirror

Subvarian baharu yang dirujuk sebagai "BA.6" itu juga menimbulkan kebimbangan, walaupun ia hanya ditemui di Denmark dan Israel buat masa ini.

Prof. Christina Pagel dari University College London berkata subvarian itu berpotensi mencetuskan "gelombang besar", katanya.

Varian ini memiliki "banyak mutasi baharu yang menjadikannya (sangat) berbeza dengan strain Omicron sebelumnya," katanya di platform X.

Selain itu, dalam ruangan pendapat yang diterbitkan dalam British Medical Journal minggu ini, Pagel berkata "adalah agak meyakinkan bahawa kita telah memasuki gelombang Covid-19 yang lain". -CARI


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 17-8-2023 07:17 PM
Ya Allah selamatkan la bumi Malaysia tercinta dari segala wabak penyakit Allahumma aamiiin..
Quote Binodino 17-8-2023 07:24 PM
Kalau aku kata saja nak fear mongering kang kena cop antivax pulak. Tak kuasa betul
Quote slyfynx 17-8-2023 08:27 PM
Ni dalangnye ni
Quote green~tea 17-8-2023 08:29 PM
Ala.. risau nya my BIL keje kat sana... apa lah khabarnya ya dia kat sana.. semoga selamat semua aamiiin ya rabbal aalamiiin
Quote jfq 17-8-2023 08:56 PM
Jangan la wei
Bulan 10 ni nak travel
Jgn ada kes border tutup lagi sudah le
Quote ninja boy 17-8-2023 08:59 PM
Sama la nak travel2 jenuh taw
Quote AbukRokok 17-8-2023 10:21 PM
Jgn risau cuk lagi kali ke lima
Quote Triple_8 17-8-2023 11:07 PM
Kalau suruh Cina pakai mereka tak akan pecat selagi tak suruh pecat.
Quote moonela 17-8-2023 11:12 PM
Binodino replied at 17-8-2023 07:24 PM
Kalau aku kata saja nak fear mongering kang kena cop antivax pulak. Tak kuasa betul

Beksin lagi untuk kali ke berapa...
Quote sambaldurian 17-8-2023 11:30 PM
Ala kena beli jovian mask rm10 tu ke ( boleh pulak jual rm10 skg ni kn, bape bnyk mark up untung dulu)
Quote sambaldurian 17-8-2023 11:31 PM
Ala kena beli jovian mask rm10 tu ke ( boleh pulak jual rm10 skg ni kn, bape bnyk mark up untung dulu)
Quote kakikuDibibirmu 17-8-2023 11:32 PM
moonela replied at 17-8-2023 11:12 PM
Beksin lagi untuk kali ke berapa...

Dos ketiga akan meningkatkan imuniti jadi selepas dos keempat anda akan dilindungi. Apabila 95% populasi telah menerima dos kelima, SOP bolehlah dilonggarkan kerana dos keenam telah memberhentikan virus dari merebak. Saya yakin dan percaya bahawa dos ketujuh akan menyelesaikan masalah kita dan kita tidak perlu takut lagi kepada dos kelapan. Fasa klinikal dos kesembilan akan mengesahkan bahawa antibodi akan stabil selepas dos kesepuluh. Dos kesebelas akan menjamin bahawa mutasi baru tidak akan terhasil dan tiada sebab untuk kita mengkritik dos kedua belas. Kita kena yakin bahawa dos ketiga belas akan membolehkan kita pergi kemana-mana sahaja dan dos keempat belas tak mustahil kita siap boleh rentas alam untuk berjumpa terus dgn TUHAN
Quote sharlenetexas 17-8-2023 11:35 PM
sambaldurian replied at 17-8-2023 11:31 PM
Ala kena beli jovian mask rm10 tu ke ( boleh pulak jual rm10 skg ni kn, bape bnyk mark up untung dul ...

Iols beli mask simply k kat mydin harga rm5.50. Tapi getah mudah tercabutlah pulak. Terpaksa stapler getah.

Quote CiliPadiSedap 17-8-2023 11:43 PM
Ramai dh meninggal dunia sama ada sbb cucuk atau sbb covid

Moga yang cerdik pandai tu tlg lah hapuskan covid. Xsanggup dh nak hidup dalam ketakutan dan tengok orang lain kena buang kerja, rakyat angkat bendera putih, mesin kt hospital xcukup untuk tampung kebanjiran patient kritikal

Moga xberlaku lagi. Kalau berlaku lagi kaka duduk hutan yang ada internet.. beli kabin kontena, buat boring air, beli generator diesel and solar

Serabut kalau lockdown semula rasa xbernafas.

Quote edayildiz 18-8-2023 12:35 AM
ptt  arini i perasan kt ofis ramai pakai mask..mcm xcaya jer..selalu i jer pakai mask..tp skrg i dh mls..i jrg pakai kecuali xsempat pakai bedak kt umah..so i pakai je mask..sampai opis br tepek bedak sikit
Quote Page88 18-8-2023 02:24 AM
Just make it permanent the mask thing.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.155609 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top