CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Wanita Tuntut Ganti Rugi RM170,000, Rolls-Royce Dilanggar Trak Pikap

17-8-2023 07:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1679| Komen: 3

BANGKOK – Seorang wanita warga China menuntut pampasan 1.3 juta baht (RM170,080) daripada pemandu trak pikap warga Thailand kerana melanggar kereta Rolls-Royce miliknya.

Thaiger melaporkan, dalam kemalangan pada Isnin lalu, lelaki Thailand itu bertegas bahawa wanita tersebut berhenti mengejut, menyebabkan kenderaan mereka berlanggar.


Dia berkata, wanita terbabit tidak meminta sebarang bayaran ganti rugi ketika kejadian. Netizen memuji tindakan wanita itu kerana kos membaiki kerosakan keretanya dianggarkan mencecah 2 juta baht (RM261,807).

Plot insiden itu bagaimanapun berubah apabila peguam wanita tersebut, Anirut Kongsub menghubungi Polis Lebuh Raya dan menafikan keterangan pemandu trak pikap itu.

Anirut bertegas anak guamnya langsung tidak memaafkan lelaki itu. Dia meninggalkan lokasi kejadian hanya kerana tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Thailand.

Wanita dikenali sebagai Sun Yuhan itu pergi ke pejabat Polis Lebuh Raya hari ini untuk memfailkan aduan terhadap lelaki tersebut.

Yuhan memberitahu, dia mempunyai beberapa restoran di Bangkok dan Pattaya tetapi tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Thailand.


Pada hari kejadian, Yuhan menjelaskan bahawa dia memandu ke pusat servis kereta untuk menukar minyak enjin. Dia memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam sebelum memperlahankan kenderaan kerana kesesakan lalu lintas di hadapannya.

Foto: Thaiger

Trak pikap yang dipandu laju itu merempuh keretanya dari belakang. Yuhan yakin dia bukan punca kemalangan itu.

Timbalan Pengarah Polis Lebuh Raya, Sophon Komolsutthi mendedahkan bahawa tiada sesiapa yang membuat aduan kepada pihaknya selepas kemalangan itu. Pemandu trak itu dipanggil ke pejabatnya untuk disoal siasat esok. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.128233 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top