JAKARTA – Seorang pengemis lagak samseng meludah cermin hadapan sebuah kereta selepas pemandu enggan memberikannya wang. Liputan6 melaporkan, aksi pengemis itu dikongsikan di laman Instagram selepas dirakam pemandu kenderaan tersebut.
Menurutnya, dia ketika itu sedang berhenti di lampu isyarat Pasir Koja, Kota Bandung pada Jumaat lalu. Seorang pengemis tiba di tepi kereta lalu meminta wang daripadanya. Disebabkan tidak mempunyai duit kecil, si pemandu tidak memberikan wang kepadanya. Secara tiba-tiba, pengemis itu berjalan ke hadapan kereta lalu meludah cermin kenderaan sebelum dengan pantas beredar. Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen. “Sudahlah miskin harta, akhlak juga miskin,” kata seorang pengguna media sosial. “Tangkap sahaja dan ludah dia kembali. Itu pemeras ugut, bukan pengemis,” kata netizen lain. – CARI
Sumber: Kosmo
|
B40tastePosh replied at 17-8-2023 10:58 AM
Little New York kata Indon.
Minami2013 replied at 17-8-2023 07:08 PM
Statement student indon i kenal dulu jakarta syurga dunia kata nya
Atata replied at 18-8-2023 02:08 AM
Friska40
KamikuP replied at 18-8-2023 10:41 AM
HAHAHAHAHAHA.....
ADVERTISEMENT