CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Beranak Di Kelantan Hanya Makan Nasi Goreng Kosong, Tunggu Masa Diusir Dari Rumah Sewa

17-8-2023 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5780| Komen: 72

Kota Bharu: Orang kurang upaya (OKU) fizikal, Ab Hamid Othman, 49, isteri, Suraya Hassan, 40, dan lima anak mereka yang berumur lima hingga 18 tahun hanya dapat menjamah nasi goreng kosong untuk mengalas perut dan menunggu masa diusir keluar dari rumah sewa.


Ab Hamid yang menetap di Kampung Jaya Setia, Pantai Cahaya Bulan, di sini, berkata, kecacatan tangan dialami menyebabkan dia tidak dapat bekerja dan hanya bergantung kepada elaun bulanan sebanyak RM450 sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Manakala, isterinya perlu menjaga bapa mentuanya yang sakit menyebabkan dia tidak dapat bekerja dan membuatkan mereka sekeluarga hilang punca pendapatan.

Foto: Harian Metro

"Empat anak kami pula masih bersekolah, jadi memang tak cukup kalau nak harapkan elaun bulanan diterima saja.

"Jangan kata nak makan, bayar rumah sewa pun tak mampu. Tuan rumah beri masa sampai akhir bulan ini saja dan jika tak bayar tunggakan, kami kena siap sedia untuk angkat kaki.


"Nak menangis tengok anak tahan lapar kerana sejak kelmarin, saya mampu beri anak makan nasi goreng kosong saja dan itu pun makan sekali sehari.

"Tak tahu sampai bila mampu bertahan dan kasihan juga kerana anak tak dapat ke sekolah kerana saya tiada duit nak isi minyak motosikal untuk hantar mereka," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Lebih menyedihkan Ab Hamid apabila tidak dapat menyediakan pendaftaran buat anak sulungnya, Muhammad Zikri Halim, 18, yang ditawarkan menyambung pengajian peringkat sijil Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Struktur di Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu, Sarawak.

"Anak sulung saya dapat peluang belajar dan sepatutnya melapor diri pada 24 Julai lalu.

"Bagaimanapun, saya tak mampu nak sediakan wang sebanyak RM340 sebagai bayaran untuknya mendaftar masuk ke institusi pengajian.

"Memang sedih apabila mengenangkannya kerana itu peluang untuk dia timba ilmu seterusnya bekerja bagi mengubah nasib sekeluarga namun apakan daya, bukan rezekinya," katanya.

Ab Hamid mengaku malu untuk meminta namun berharap ada yang sudi membantu meringankan bebannya sekeluarga.

"Tak tahu nak minta pada siapa tapi saya merayu ada pihak tampil membantu seikhlas hati mereka kerana saya fikirkan anak saja buat masa ini.

"Kalau mampu dan boleh bekerja, sudah lama saya keluar kerana berat rasanya nak meminta-minta," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 153038891003 atas nama Ab Hamid Othman atau akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor  0310029816476094 atas nama Suraya Hassan atau menghubunginya di talian 016-4444950. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal 17-8-2023 06:41 PM
Takpa....kerajaan sana perihatin dan sedia membantu insan yang lemah..
Quote Thunderclouds 17-8-2023 06:46 PM
Muda maknya kawen.
Baru 40 ank 5org.
Yg sulung dh 18.
Quote B40tastePosh 17-8-2023 06:53 PM
Edited by B40tastePosh at 17-8-2023 06:55 PM

Minta la sedekah kat Wakaf Che Yeh.

Tak pun minta sedekah dari Melayu Sarawak terpaling semenanjung @kemaruk
Quote Minami2013 17-8-2023 07:01 PM
Edited by Minami2013 at 17-8-2023 11:04 AM

Cacat tangan tu since bila? Kalau dari sebelum kahwin, tak kuase nk tolong org gini. Kesian anak2 tau beromen je.

Anak lelaki tu boleh je hantar giat MARA yg dekat2. Tak yah lah hantar jauh sampai ke Sarawak nun. Masa ni lah gunakan wakil rakyat sana mintak tolong.
Quote kelapaparut 17-8-2023 07:14 PM
kjaan negeri yg br menang xkan tgk je, adun2 sumer bwk mercedes belaka..tu lah org kelantan beranak byk, undi parti bodoh, dpt air taik, stesen bas reban ayam, you are all worth it!
Quote honeybee1802 17-8-2023 07:14 PM
Minami2013 replied at 17-8-2023 07:01 PM
Cacat tangan tu since bila? Kalau dari sebelum kahwin, tak kuase nk tolong org gini. Kesian anak2 ta ...

Iols rs kalo dpt offer tu pegi berunding kt pejabat mara ke..insya Allah boleh tukar dpt yg dekat..tak kisah le course apa...asalkan skills yg much needed skang...
Iols tatau ikm isi camno...anak iols isi poli ritu kira dpt caw yg kita minta la..ikut hati bdk kekonom nak amik caw jauh konon payah le nak dgr mak pak bebel kan...aku scrèen dulu pilihan tazkirah apa yg ptt..
Quote jazaa100 17-8-2023 07:22 PM
Edited by jazaa100 at 17-8-2023 07:23 PM

Kau dah 18thn....dah blh pikir mak pak kau mampoo ke tak nk beli tiket kapalterbang ke sarawak....apsal kau mintak ikm sarawsk.....

Ikm ni merata² ada kat senenanjung ....ke kursus kau amik tu kursus kemahiran menggunakn sumpit yg  ada kt sarawak je....
Quote TOPwind 17-8-2023 07:24 PM
peliklah
asal miskin je
anak berderek


Quote Skuau 17-8-2023 07:34 PM
"butul...abang...kakak...lagi baek tulong sama kita Rohingya..kita..'Selayang worang,satu Selengor,satu Malezia...jugak"-Rohingya,Selayang,Selangor jugak...
Quote otai_g 17-8-2023 07:49 PM
Org kelantan rmi kaya2 tp style low profile.
Quote krustykrab 17-8-2023 07:55 PM
Kat tiktok kemain lagi warga sskjp dok bangga diri canang wpun mundur tp tanah tk tergadai.
Kira ni kes ada tanah tp ttp tk boleh nk sara hidup sekeluarga, sbb apa?, sb sendiri belagak tk nak pembangunan konon akn bawak pd maksiat, hidup tk tenang sb jln jem, nk hidup suasana kg. Dlm masa yg sama warga sskjp yg hidup terlebih makam minum dah nafikn hak² sskjp lain yg hidup susah utk survive.
Dlm kepala otak, janji hidup aku dh terjamin. Org lain dulik apa aku...kan warga sskjp otak senget?
Quote haruslah 17-8-2023 08:00 PM
krustykrab replied at 17-8-2023 07:55 PM
Kat tiktok kemain lagi warga sskjp dok bangga diri canang wpun mundur tp tanah tk tergadai.
Kira ni ...

Tanah byk
Gelang mas penuh tangan
Tu je modal nye
X perlu maju bangunan tinggi2
Tp cukup la infra asas yg seiring kemajuan

btw, kes ni dah dpt jkm 450
Selebihnya kena la ikhtiar
Xkan nak harap sumbangan jer
Quote ultra78 17-8-2023 08:08 PM
krustykrab replied at 17-8-2023 07:55 PM
Kat tiktok kemain lagi warga sskjp dok bangga diri canang wpun mundur tp tanah tk tergadai.
Kira ni ...

Ada la seorang mamat dlm twitter duk bangga beritahu orang kelantan kaya duduk atas rumah sendiri atas tanah sendiri. Seolah-olah semua rakyat kelantan mcm tu. Teruk dia kena hentam termasuk orang kelantan sendiri..
Quote riena3321 17-8-2023 09:53 PM
Assalamualaikum YBhg Dato’, YBhg Panglima, Puan TKP, Tuan-tuan dan Puan-puan.

*KES VIRAL: HARIAN METRO PADA 17 DIS 22 bertajuk “Bantu saya……. anak menangis kelaparan”*

1. Maklumat Bekas Tentera

a. Nama: Ab Hamid bin Othman
b. No Ten: T1090048
c. Umur: 48 tahun
d. TMB: 26/2/1992
e. TTP: 30/10/1999
f. Pangkat: Pbt
g. Kor: RAMD
h. Peraturan Pemberhentian: 49L (Kes Tatatertib)

*2. Maklumat Keluarga*

a. Beliau berkahwin kali pertama mempunyai 3 orang anak dan telah berpisah dan kesemua anaknya dijaga oleh bekas isterinya.

b. Beliau telah berkahwin kali kedua di Thailand dan mempunyai 5 orang anak sehingga sekarang.

*3. Bantuan dari JHEV ATM*

a. Walaupun beliau tidak diiktiraf sebagai veteran dan tidak layak menerima apa-apa bantuan dari JHEV ATM, namun pihak Jabatan atas dasar ikhsan dan kemanusiaan telah memberi beberapa bantuan kepada beliau dan keluarga beliau iaitu:

*i. Bantuan Khas Kerusi Roda*

Bantuan kepada beliau telah disampaikan oleh mantan PAT, YBhg Yang Mulia Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor pada 2018 di Dewan Batalion Pertama Rejimen Sempadan Kem Batu 11 Tanah Merah.

*ii. Bantuan Khas Kewangan RM 1,000*

Bantuan kepada beliau telah disampaikan oleh YBhg Brig Jen Dato’ Nazari bin Abd Hadi mantan Panglima Briged Kelapan Infantri pada Tahun 2018.

*iii. Mengurus Bantuan OKU dari JKM*

Pengarah JHEV negeri ketika itu, Mej Aman Shah bin Alias telah berurusan dengan pihak Hospital Kota Bharu untuk pengesahan OKU tetapi gagal kerana pihak hospital memaklumkan tiada rekod perubatan untuk dirujuk.

Seterusnya Pengarah JHEV telah berhubung dgn pihak RSAT dan Doktor ATM bagi pengesahan Borang OKU.

Setelah berjaya mendapat pengesahan Borang OKU, beliau telah dirujuk ke JKM dan mendapat bantuan JKM RM 450 sebulan.

*iv. Mengurus Penyambungan Persekolahan*

Anak-anaknya yang Terhenti Persekolahan.  Pihak Jabatan telah berhubung dgn Jabatan Pendidikan Negeri dan telah berjaya menyambung balik persekolahan anaknya seramai 3 orang yang telah terhenti bersekolah selama 1 tahun 3 bulan.

*4. Bantuan Peribadi oleh Mantan Pengarah JHEV ATM Kelantan & Terengganu*

a. *Bantuan Khas Kewangan*

Bantuan bagi ketiga-tiga anak beliau untuk mula persekolahan (baju persekolahan dan beg sekolah) dianggarkan RM 700.

b. *Bantuan Khas Kewangan Yuran Persekolahan*

Yuran ketiga-tiga anak beliau telah dibayar oleh mantan Pengarah JHEV Negeri selama 3 tahun dan pada masa sekarang pembayaran telah dihentikan kerana pihak sekolah telah memberi bantuan pembayaran yuran ini.

c. *Bantuan Memulakan Perniagaan Gunting Rambut*

Mantan Pengarah JHEV negeri telah mengeluarkan RM 700 kepada beliau agar dapat memulakan perniagaannya dihadapan rumah sewanya. (kerusi gunting  rambut terpakai dan mesin gunting rambut).

d. *Bantuan Kewangan untuk Sewa Rumah*

Mantan Pengarah JHEV Negeri telah membayar sewa rumah termasuk elektrik dan air RM 250 sebulan dan dibayar selama 2 tahun.

Pembayaran sewa ini dibayar  terus kepada Tuan Rumah. Pembayaran sewa ini terhenti kerana bekas  tentera telah keluar dari rumah sewa ini tanpa memaklumkan kepada  mantan Pengarah JHEV negeri.

e. *Bantuan Makanan dari Semasa ke Semasa*

Secara tidak tetap Mantan Pengarah JHEV Negeri memberi bantuan makanan dari semasa ke semasa.

f. *Pembelian Basikal*

Bagi memudahkan anak-anak beliau ke sekolah, mantan Pengarah JHEV negeri telah membeli 2 buah basikal.


g. *Bantuan Kewangan Pembelian Baju Raya*

Bekas tentera ini pernah mengadu dia kesian anak-anak dia tiada baju raya. Mantan Pengarah JHEV negeri telah membelikan baju raya kepada kesemua anak beliau (RM 800).

h. *Bantuan Kewangan RM 1,000*

Kali terakhir mantan Pengarah JHEV bersama YDP PVTTBM (Encik Rani) berhubung dgn bekas tentera ini pada tahun 2021 setelah timbul isu bekas tentera tidak membayar sewa rumah selama beberapa bulan sebanyak RM 1000.

Bekas Pengarah JHEV telah berhubung dgn Tuan Rumah ini untuk meminta penangguhan untuk keluar dari rumah sewa ini.

Walaubagaimanapun Tuan Rumah tidak bersetuju malah memaklumkan jika bekas tentera ini keluar dari rumah sewa ini dalam masa 3 hari, Tuan rumah memberi potongan dan hanya perlu membayar RM 500 sahaja.

Tuan Rumah tidak mahu bekas tentera menyewa rumahnya kerana dia seorang balu dan berasa tidak selamat kerana bekas tentera ini pernah ditangkap oleh polis di rumah sewanya.

Bantuan terakhir dari mantan Pengarah JHEV negeri telah membayar Tuan Rumah RM 500 dan memberi RM 500 kepada bekas tentera ini dan menasihati kepada beliau agar dia berubah dan memaklumkan kepada bekas tentera ini dia tidak akan membantunya lagi.

5. *Bantuan dari Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen*

Pada masa yang sama, PVTTBM telah memberi bantuan bakul makanan dan beras dari masa ke semasa dan telah terhenti sejak setahun yang lalu kerana beliau telah berpindah.

6. *Lain-lain Hal*

a. Bekas Tentera ini diberhentikan disebabkan THTC dan *beliau pernah menyertai Misi Pengaman di Bosnia* tetapi kecederaan pada beliau bukan disebabkan beliau berada di Bosnia tetapi dipercayai kecederaan berlaku di malaysia beliau terlibat kemalangan jalan raya (Perkara disahkan dengan anggota dan skot bekas tentera yang terlibat dengan Misi Pengaman di Bosnia).

b. 2 buah basikal yang telah dibeli untuk kegunaan anak beliau telah dijual oleh beliau.

c. Peralatan Gunting Rambut juga telah dijual oleh beliau.

d.Beliau pernah bekerja di kantin Briged Kelapan Infantri walaubagaimanapun beliau terpaksa diberhentikan kerana telah mencuri telefon bimbit salah seorang pekerja kantin.

e. Cikgu Sekolah pernah menghubungi pihak JHEV memaklumkan bahawa bekas tentera ini ada meminjam wang dari Along dan pihak Along ini telah menelefon cikgu sekolah bertanya berkaitan pembayaran hutang ini.

Maklum
Quote ezacbee 17-8-2023 10:00 PM
Aiyoh semua benda ko jual. Apa punya bapak laaa.. baik ko jual diri ko je.. laku ke x..

Quote orion_pax 17-8-2023 10:03 PM
Encik hamid boleh minta dengan adun kawasan encik hamid..sebab setahu saya, alasan utama adun kelantan naik gaji adalah disebabkan adun kat kelantan sama fungsinya dengan jabatan kebajikan masyarakat
Quote riena3321 17-8-2023 10:41 PM
Taik dadah. Habis semua nak jual
Quote zehra2 17-8-2023 10:52 PM
tk tau nk ckp apa.. kesian anak bini
Quote Tinot7 17-8-2023 10:54 PM
Weh, baper ramai dah tertipu dan bg duit teruih kat akaun dia ni..

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.104638 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top